Monday 18 January 2010

Penaik Semangat

Kamus Kebahagiaan


{Aku Hanya Akan Hidup Hari Ini, Hari Ini adalah Kepunyaan Saya}

Inilah harinya aku masih berpeluang untuk mengatakan yang baik-baik sahaja, menghindari bercakap perkara yang dilarang, mengherdik, dan juga memperkatakan keburukan orang lain.


Hanya hari ini aku berpeluang untuk memerhatikan kebersihan tubuhku, kekemasan penampilanku, kehalusan tuturkataku dan perilakuku.

Aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah, mengerjakan sembahyang yang sesempurna mungkin, membekali diri dengan sembahyang sunat, berpegang teguh pada ajaran Al-Quran, mencatat segala yang mendatangkan manfaat buatku.

Aku hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini, sebab itu aku akan menanamkan dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan serta ranting-rantingnya yang berduri tidak kira sifat takbur, ujub, riya’, buruk sangka dan lain-lain. Hanya hari ini aku akan menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun.

Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan kepada orang yang lapar, menolong orang yang sedang kesusahan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi kanak-kanak dan berbakti kepada ibubapa.

Aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan mengucapkan:-

"Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami samua, pergilah dan jangan kembali lagi”

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”
.


Petikan dari buku La Tahzan oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

Celoteh: Hurm..lepas jumpa petikan ni,rasa mcm sesuai nak kongsi ngn kwn2 y len..Petikan ni insyaAllah akan menaikkan semangat aku y senantiasa naik turun(macam nak turunnya iman aku kot).Petikan ni sesuai untuk org yang lemah mcm aku.Petikan ni sesuai untuk org y selalu dahagakan kata2 semangat dari manusia2 sekeliling,seperti aku.Mana laa org larat nak layan kerenah aku y asyik nak nasihat,kata2 semangat dan mcm2 agi bila putus semangat kan.So aku dah jumpa salah satu cara nak naikkan semangat aku blik insyaAllah. Hope petikan ni juga bgi org lain terus bersemangat untuk menjadi khalifah y berjaya didunia untuk mencari kebahagian diakhirat sana nnti..AMINNNN

by paahmalas

4 comments:

DLatum said...

wow..trimas sis...

menaekkan smgt saya...huuuuu,,,terharu...

jumpa link ni dr aina..hehehe...

paahdentist said...

he3..xdak masalah..bgs la dpt naik semangat..
p/s:thanks kat aina sbb promote blog ni=)

Khairi Malik said...

bertambah pahala kamu...thanks for sharing nice post.

paahdentist said...

mudah2an..amin..=)