Friday, 26 February 2010

lagu best-realisation



Ola..
sejak dua menjak ni aku jatuh hati plak kat diz song..melodi lagu ni agak menginsafkan aku seketika..lagu ni mcm bersifat ketuhanan bgi aku..ntah la org len punya pendapat mcm mna..
but moh xsuka lagu ni..hahaha...idk why..seyesly bila aku dengaq lagu ni rasa insaf..ni lagu OST Tari Tirana time chika tgh sedar akan kesilapan dia..he3..
1st time dengaq tros jatuh hati..tpi xdak plak niat nak cari..just bru2 ni ja aku try search kat utube then terjumpa la lgu ni


video


AKAN KU JUMPA BY AZFAR

Ku mengatur langkahku
jalan tanpa bayang2-Mu
langit dan bumi setia menemaniku
matahari menyinar
tak pernah berpihak padaku
ku kepanasan tanpa perlindungan-Mu

hari berganti hari
aku masih teguh menanti
hadir diri-Mu dalam hidupku ini
rasa kecewa ada
bila kaki penat berlari
namun yakinku Kau kan kutemui

ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari cinta
yang ku tahu hanya tuk diriku
kanku terus cari
sampai hujung dunia

kerna ku tahu
akan ku jumpa diri-Mu
ohhhhh
danku kan terus
menempuh mimpi-mimpiku selalu
ooooohh

kulihat semua gembira
bila mengenali erti cinta
senyumanku beri hanya duka
bila ingin teman ku berbicara

cinta jangan sembunyi
atauku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
cinta jangan kau pergi
bila langkah ku cuba
untuk mengejar diri-Mu
oooo00

by paahinsaf

Sunday, 21 February 2010

~Shut uP ~



Baik Diam
www.iluvislam.com


Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"
atau
"Diam-diam tong kosong"
atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"



HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang
.





Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


copy n pasted from ILUVISLAM

RENUNGAN:SO better aku jdi pendiam..kurang dosa,kurang sakitkan hati org,kurangkan kekusutan diotak,kurang memikirkan hal y aku buat,n dapat kurangkan macam2 kekuranganlah...idup x lama,jgn dok rajin topup dosa..satgi x tertanggung diakhirat wahai paah (peringatan utk dri sndri y selalu lalai dri-NYA ) :(

Monday, 8 February 2010

epi2



Hari y HAPPY..
1) dah leh nikmati gula..hahaha..satgi nak p mkn aiskrim kat sikkah...masyuk2
(LOVE & ADDICTED TO SWEET) =)))
2)dah decide tmpt mna nak p for this oliday
(esk nak bertolak)
3)dah tempah tiket nak start my adventurous journey..hopefully
(mhl kot hrga tiket,hope selesa laa ek =p)
4)mak sedara aku kat uk borong levi's utk aku n my sis =p.thank you..
(k long n k ngah jgn jelesss =p)
5) excited nak p tempat mummy return suma2 tu

thanks mr guide,bgi kmi2 ikut hmpa suma..;;;;)


'jln2 jugak paah,masuk sem bru kena la pulun..satgi sian kat mak ayh..'

so i must do it..
i can do it..
kena gak pulun for new sem
tpi semangat aku sure kobar2 diawal waktu saja..lepas tu sure terkubur balik..biasa la tu..
paah y hangat2 tahik ayam..busuk2..=p
but aku kena gak lulus..


tidak thn depan sure mak ayh x bgi jln2 time winter break..
tidak summer ni sure xleh blik raya kat mesia..(rndu2 mak ayh sgt2)
tidak aku akn hncurkan hati mak ayah aku nak tgk aku naik thn
tidak aku akan down gegila..hahaha



moh n hana lak dah kat puncak sinai kot aku rasa...selamat bersinai la ek..have a memorable experience ek..miss u all=)
jaa plak kat aussie wiff org tersayang..jga dri molek2 naaa...rndu ang gakk =)

p/s:utk kak longku dimesia,paah majuk ngn kak utk seminggu,tapi paah xmau ngaku bila kak tnya..huhuuu

by paahhappy =)

Saturday, 6 February 2010

GagaL..Oh NO!!


Bagaimana & Apa Tanda Jika Anda Gagal



Tidak dapat dinafikan, kegagalan merupakan sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil darinya boleh menyebabkan seseorang amat terganggu dari sudut fizikal, mental, malah juga spritualnya.

Dari sudut mental, selain dari menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, adakalanya ramai juga yang akan mengutuk diri sendiri, atas kegagalan yang menimpanya. Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa putus asa.

Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang. Diri akan terus menjauh dari masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya.
(mcm aku ja kekadang =p)

Dari sudut fizikal, bagi sesetengah individu, selera menjadi menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Manakala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negative kepada kesihatan fizikalnya.

Akhirnya tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot, akhirnya kedua-duanya rebah dan sukar untuk bangkit kembali.
(ni mcm best,leh kuruss =p)

Dari sudut spiritual, kegagalan boleh mendatangkan dosa, ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada' dan qadar Allah. Imannya tergoncang.

Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah ta'ala sewaktu menghadapi sebuah kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh dari sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal. Sukar dirawati.
(astaga,berdosanya aku..)

Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi asbab seseorang mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Kembali kepada jalan lurus setelah bengkok. Lalu dia kembali bangkit dengan azam, plan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.

Akhirnya, kegagalan jangan dicari, tetapi apabila ia datang, Ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal.

Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat.

Oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
sumber :www.iluvislam.com
bebelan: Aku pasti sumua manusia pernah gagal.xkira la gagal kecil2an or besar2an..Tapi insyaAllah,Allah tahu apa hikmah sebalik kegagalan kita.Aku penah gak dengaq org ckp,Allah xkan uji kita if kita xmampu nak tanggung semua2 tu.So ANDA insan terpilih..Tapi,kdg2 aku kagum tgk org y gagal mmpu berdiri lagi.Mampu menjalani hidup mcm biasa.tapi I knew it,sure b4 ni dia pun struggle nak pulihkan semangat dia balik.Tahniah kerana mmpu memulihkan semangat anda.Sampai kadang2 jiwa aku terdetik if aku kat tmpt dia,mungkin aku x setabah mereka.Tmbh2 aku y berjiwa lemah ni..TAHNIAH sekali lagi.
Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini bahawa kegagalan itu adalah sebuah proses yang amat perlu ditangani secara positif. Ia ibarat sebuah konflik yang mendesak minda dan akal kita untuk lebih agresif dan kreatif untuk mencari jalan keluar.
Tanpa disedari rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.

Hidup tanpa kegagalan ibarat jalan lurus tidak berliku.
(Bagi sesetengah kawan-kawan rempit kita kalau jalan lurus ini tidak mencabar kata mereka. Jalan yang ada selekoh-selekoh lebih mencabar.grin)

by paahyangselalugagal ;(

Friday, 5 February 2010

Program usahawan muda di sekolah



Program usahawan muda di sekolah

KUALA TERENGGANU 2 Feb. - Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memperkenalkan program Usahawan Muda dan Perintis Usahawan di sekolah-sekolah bagi memupuk lebih ramai generasi muda meminati bidang perniagaan.

Timbalan Pengurus Besar (Perancangan dan Pembangunan) PMINT, Mohd. Harith Hassan berkata, program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini itu membabitkan 56 buah sekolah menengah dan 12 sekolah rendah di seluruh negeri.

Program Usahawan Muda merupakan program usahawan yang dikhususkan untuk pelajar sekolah menengah, manakala program Perintis Usahawan diwujudkan untuk pelajar sekolah rendah.

Mohd. Harith berkata, langkah tersebut wajar diperkenalkan kerana setiap usaha atau pengubahan sikap dalam sesuatu sektor seharusnya bermula dari peringkat awal.

"PMINT mahu lebih ramai golongan muda yang masih berada di bangku sekolah menceburi sektor keusahawanan selepas menamatkan pengajian," katanya selepas merasmikan Kursus Keterampilan Diri anjuran PMINT di sebuah hotel di sini hari ini.

berita dri utusan malaysia


memori : Tingat zaman skola dlu kat gopeng..aku terlibat gak ngn bnda ni..masa tu bru ja diperkenalkan diskola aku..so batch kmi la pioneer dlm persatuan ni..persatuan ni under Ustz Zalan..salah sorg ustz favourite aku kot..he3..aku pegang jawatan as pengurus kewangan kot if x slh..ketua kmi bob kot..haishh..lupa dah aku organisasi bnda ni..tpi mcm2 pengalaman dpt dikutip time penglibatan kmi dengn PUM ni..plus aku mmg suka sgt berniaga..hahaha..bila bca artikal ni teringat akan dulu2.. i miss the team n that time =)

by paahPUM

Thursday, 4 February 2010

dah abis exm =)



Hari ni hari ke4 aku puasa gula..semalam time nak wat teh,like usual aku buka la peti ais..pastu tgn tros grab container gula..automatically kot..hahaha..then tros aku "Haishh,padiah amik gula.Posa gula kot"..hahaha..
jujur x aku kinah?? =p

Eh2,bukan ni nak cita..nak cita sal wat gigi tdi..masa exm practical tdi..
ok,i got right upper lateral incisor..Pas ja dpt a block of wax,aku pun start la 'design' nak jdikan incisors tooth tu..
Masa dalam practical class,xdak plak doc nak titik beratkan side kanan or side kiri gigi kita..tpi mai time exm tdi,doc y jaga kmi tetiba mencetuskan kontrabasi ckp kena wat gigi ikut kanan or kiri y kita dpt..
haishh. aku dah start menggelabah abis kot dat time.mana xnya,aku dpt right upper lateral incisor..salah satu gigi y rootnya bengkok..aku dah la lemah nak curve root..dpt plak bengkok2..haish2..pastu,y selalu aku dok praktis,root aku bengkok side kiri,tpi tu if gigi aku bernama left upper lateral incisor,but now my gigi is bernama right upper lateral incisors so maknyanya my root kena senget distaslly ke kanan la syg..not kiri..
tros lab kmi mcm kecoh sebentar..aku plak,
"Alaaa doktor..dah la xpndai nak wat senget2 ni,ckp org senget pndai la..hak3"

alatan nak wat gigi =)

block of wax,gigi upper lateral ku

koleksi gigi 1,2n 3 ats n bawah sepanjang tempoh praktis

Semua org kelam kabut sat..just sesapa y dpt root kena senget2 la y bising tu,termasuklah aku..ok,pas doc tgk gigi aku,dia soh la sengetkan belah kanan,not kiri..
'baiklah doc..'
X smpai beberapa saat pas aku meluruskan root utk 'kona' ke belah kana,tetiba doc ckp..
"students,it's ok..doesn't matter whatever the side..just continue ur work."
Haiya doc,aku dah meluruskan dah kot akar aku..sabaq ja la..dah la aku ni bukan dikalangan student y berseni dlm buat gigi ni..huk4..xpa la..sabaq paah..

So aku continue la sengetkan belah kanan sebab dah luruskan root kan tadi..k2.
Setiap beberapa minit aku amik langkah tnya doc nak bgi gigi y aku ukir tu sesempurna y mungkin..bila dpt komen dri doc,aku pun perbetoi mna y x cntik n best..
Thanks doc 4 helping us..u r so kind n cun..hahaha..tapi doc ni mmg cun pun..suka tgk muka beliau

Masa wat tdi,alhamdulillah aku dpt control syndrome 'pakinson' aku..hahaha.. i mean menggeletar tgn2 ni la..aku kekadang bukan leh,klu dah gabra sgt,mula la nak shaking..haish2..
maybe doc y baik hati dan suasana exm y 'selamba' tu kot bgi aku x ketaq2 tdi..selamba disini dirujuk kepada pelajar boleh bersembang-sembang,bertepuk tmpaq,bergurau senda masa tgah ukir gigi..=p

Ingat lgi zaman dolu2..time f3 kot..
aku msuk pertandingan pateri litar wakil kelas time bulan bnda ntah kat skul,alhamdulillah aku dpt tmpt ke2 kot dlm pertandingan tu..
tpi masa nak siapkan litar bgi berfungsi,terketaq-ketaq tgn aku kot..mna xnya,byk student dah surrender pastu mai usha lak kami dok beradu,plus just tinggai aku ngn ulfah ja kot nak tentukan tmpt ke2 n ke3..semua pakat dok tumpu tgk kami pateri,termasuk cgu2..
budak laki suma dah siap pateri,ha la..terer la depa bab2 kerja pateri kan..(ka xyah nak classified ikut gender bnda alah ni???he3..)pakat gelak y len tgk tgn aku shaking nak mmpus..sengal tol..
ingt agi,cgu sharibi ngn cgu bob pun pakat dok gelak kat aku..tpi at last,litar aku berjaya dismbg even ada syndrome 'pakinson' disitu..

Alhamdulillah,masa y diberikan aku guna sepenuhnya tdi utk siapkan gigi..Kat sini nak amik kesempatan nak wat penghargaan n ucapan ribuan terima kasih kepada
1)sifu&tongga aku y kini berada di Mesia iaitu kak aina cun y byk ajaq aku teknik2 y betoi utk wat cervical line,root,ilgkan line angle,twist dan mcm2 agi..
2)kak iba y byk juga komen n tunjuk ajar segala hal bout gigi..membetoikan gigi aku y xbetoi
3)kinah sbb sudi ajak aku wat skali(ka aku y nak p wat ngn dia?? =p) n menyediakan alatan seperti minyak pelita,sumbu,kertas n bla3..dan juga buat supper dupper utk aku..hak2
4)kak long y sediakan supper dan juga wat spa kecil2an..kekadang menyuap mknn kemulut pabila tgnku dikotori ngn wax.
5)jaa y bgi pinjam pisau butter..he3
6)kak nad dan k ika y menenangkan aku time dok gelabah pasai root tu
7)The most important person is doc y bgi komen sal gigi aku smpai la gigi aku jdi agak sempurna la jugakk..=)

Jasa hmpa2 amat saya hargai..InsyaAllah Allah akan balas jasa anda semua diakhirat sayaa..amin..

Ok la..abis ja exm bermakna cuti winter break kmi bermula..Aku still dok merangka aktiviti y akan dijalankan sepanjang 2mgu ni..Tapi aktiviti plg hmpir ialah hntaq my lovely housemate iaitu Jaa nak p airport cairo coz pgi japgi dianya flight nak p Aussie utk berjumpa ngn org tersayang..Jga dri elok2 Jaa kat tmpt org nnti k..n have a safe journey =)

petanda:upper lateral incisor=gigi atas ke2

by paahbersyukur =)

Tuesday, 2 February 2010

gayut smpai panas telinga


Hari ni hari selasa..tinggai lgi 2hri ja lgi dak dentist leh praktis ukir b4 ari khamis.
Sbb khamis dah ada exm practical Oral Morphology..
Tiap student akan diberi satu tugasan gigi utk diukr..hurm..
doakan kmi semua yaa...lgi2 aku y kurng berseni..agak cuak kot..


K2,bukan ni aku nak kongsi..ni ha..bgn2 pgi tdi(xdak la pgi sgt),aku nmpk status kwn kat Cairo berbunyi 'Thanks Celcom'...Jiwa aku terdetik,apa lak Celcom bgi free tu..haishh..he3..dgki2
Pastu tetiba dpt ym dri org len ckp sal bnda ni..Wow,gila baik hati Celcom..depa bgi wat free call for today ja..Kawan aku ckp just utk hri ni,so

'Wahai warga Mesir y mempunyai sim Celcom,marilah sama2 kita call Mesia selagi ada wktu dengan kadar zero ' ;;)

Mcm ni step dia..simple ja
  1. memula masukkan sim celcom dlm hp
  2. Pastu gunakan line vodafone
  3. Pastu just dail no mesia but kena buh +6
  4. Then cakap byk2 dengan org tersayang. =)
P/s:sesapa ada sim celcom,bgtau la aku..nak jaaku p serang umh hmpa kot..hahaha...=p
but dlm otak aku dah terbayang muka sapa y ada simcelcom..tgu la kehadiran aku ptg ni..ngeh2

by paahnaksimcelcom

Monday, 1 February 2010

kapasiti


Ptg tdi pas pass brg kat Yajay,Kak Nad n aku p plak umh Kak Aina..Nak melawat kak Aina b4 dia balik mesia mlm ni dan nak smpaikan amanat skit..he3..Masa p melawat tu,Kak Aina still dok busy sumbat brg2 dalam beg dia..byk gila brg kot..termasuklah brg2 org kirim nak balik mesia..sian kak aina..he3..brg aku ada gak,tpi kat Yajay,tpi smpai mesia nnti kak aina la kena take over brg aku..Hurm,sory la kak aina,nyusahkan plak..Serba salah gak tumpg berat brg org ni..hahaha.Lagi pun,penuh gila kot beg cargo kak aina..Hope xdak la lebih muatan =)

Hurm..just tingat mcm mana kekalutan aku time kat Heathrow dlu.Masa nak balik mai Mesir..dah la aku sorang ja kot kat sana..tercongak sorg2 ja nak balik Mesir.Pagi tu flight aku ke Mesir ada la kot dlam pkul 10pgi wktu UK..disebabkan kak azian dah pindah Bristol,n berbadan dua serta kehadiran Azlan,dia xleh hntaq aku ke airport by car.So aku kena la amik bus nak balik Mesir tu.Okeh,pgi2 lgi aku dah naik bus express y direct tros ke airport Heathrow..tmbg bus ni bleh tahan mahalnya..Perjalan amik masa dalam 3jam gak la..So dlm kul5pgi aku dah smpai kat airport..but my flight kul10pgi..xpa la kan..Pastu dengan muka bdget tahu akan keadaan sekeliling,dan dengan kekuatan y ada,aku pun p la cri terminal aku..Jauh gak la kena jalan..Nasib la papan tnda kat sana efisyen,so memudahkan gak la aku nak smpai dri terminal lain ke terminal lain..

Lepas ja jejak kaki kat tempat y kena check-in,mata aku melilau cari port terbaik nak tgu b4 departure..Sebab still awl pgi kot..Kedai2 kat situ pun bru nak buka..Lengang gak la time tu..
Okeh,masa dok tgu tu aku usha ja gelagat mat2 saleh,minah2 saleh,n macam2 etnik lagi la..Tapi dalam masa y sama,otak n perasaan aku dok gabra sal ka
pasiti muatan beg aku..Sebab masa smpai2 sana,n pas aku tnya org y berpatutan..rupa2nya kapasiti muatan beg just 20kg kot..gila ahh...mati akal aku nak sumbt mcm mna brg2 aku satgi..mna xnya,masa flight Mesia-London,kapasiti MAS bgi sorg 25kg..Tup2,London-Cairo just 20kg..Dah la time kat umh kak azian,mcm2 bnda agi aku beli nak bwa mai Mesir..

Disebabkan London adalah salah satu kota y termahal didunia,surelah kemudahan airport depa superb abis kan..If kita nak check-in,kita just perlu guna mesin mcm ala2 mesin ATM gak la..aku agak kekok disitu plus aku just sorg..Nasib ada org tlg aku nak settle bnda kat situ.Pas ja lepas fasa tu,aku kena check-in beg plak.Okehh..time ni la peluh aku trun xmau2..hahaha.Bila ja beg aku ditimbang,tros muka aku berubah..

"Sorry miss,u overload".
Maknanya aku kena punggah la dlu brg2 tu klu nak wat blik semua brg tnpa dibayar satu sen pun.Kalau tak aku kena byq la..satu kg brapa GBP ntah..alaaa...
So aku amik jalan nak carry hand luggage ja la..xmau aku korban kan duit sebab muatan just bleh 20kg..beg aku berat dah 28kg..8kg kot lebih..gila paa..g pun b4 ni abg ali ada ckp selalunya international penerbangan bgi kapasiti beg 25kg..time tu aku dah tarik nafas lega..tpi semua sangkaan tu melesett...
"Hurm, pity of me.I'm alone plus i dont have enough money to pay for the overload thing."(ayt bodek la kan..)
"Nope,sorry.I can't help u coz today flight is full."
Allahh,awt la time2 ni la org nak balik/p mesir mcm aku..haish2...hahaha.Ok la,aku surrender ngn muka y sgt sdh....
"Miss,can i carry food in the cabin?"..
"Sure u can,as long as u don't bring liquid over then 100ml"..
haishh...sengal la rules ni..hahaha..padahal utk kesejahteraan aku gak as penumpang nnti. ^_^
Okeh,operasi memunggah beg dijalankan..Punya la byk brg aku kena pindah beg..Dah la time tu aku dah ada 3 hand carry beg..
1)beg silang
2)beg laptop
3)beg galas belakang ala2 cmpg

Gila kembung semua beg2 tu.Lepas tu alhamdulillah aku ada beli beg utk aku dri london.So beg tu jadilah beg ke4..so i have 2beg silang y gemuk2 belaka utk dibawa naik cabin.YaAllah,time tu hanya tuhan ja tau mcm mna aku gabra+kalut+sedih sgt.hahaha..bnda la nak gabra bnda ni.
Masa tmbg 2nd time tu,alhamdulilah beg besaq y boleh diisi lebih 40kg just tinggai 21.8kg..Dengan baik hati pegawai tu pun lepas aku..alhamdulillah even skang ni aku y tersiksa jiwa rga nak bwa semua2 tu on my body.Aku rasa la kan,hand carry aku lgi berat dri beg cargo.
Time tu,otak aku dok ligat pk apa sebab musabab rules ni dibuat.Padahal semua brg aku diangkut jugak dlm plane y sama..y bezanya satu dlm cargo,satu dlm cabin.Wahai kwn2 sekalian,sapa tau jawapan pada persoalan ini??he3

Pas settle suma ni,aku pun p la isi perut kat Costa Coffee.Aku just mkn muffin+coffee ja..Aku lepak sana lama gak la..tpi keadaan kat situ xbgi aku lepak lama2..Haish..mna xnya,sebelah meja aku ada plak mat saleh n minah saleh dok kissing2..alaa..xbiasa kot aku situasi mcm ni..b4 ni klu tgk dlm tv ja..la ni amik hang,depan mata aku kot..sepanjang aku kat uk,adegan ni mmg leh tgk live kot kat public area..hahaha..xmalu tol la..aku y naik segan..haish2.Then aku pun blah la..dah ready nak fly balik mesir..=) I really miss mesir a lot.=p
Aku rasa,sure hmpa suma akan kesian tgk aku terkocot2(xtau wujud ka x word ni =p) dat time sbb bwa 4 beg on my body.dah la semua gemuk2 belaka.Aku rasa ratio hand carry ngn cargo beg lbh kurg 28:20..huk3..

So nak memudahkan aku bwa brg2 tu masuk cabin,aku amik lgkh msuk plane group belakang2.kira mcm leh la aku jalan slow2,xdak la rushing.
Nak jadikan cerita,maybe kebetulan or repay for my kesusahan tu,seat aku adalah kat 2nd class..
below business class dan tinggi dri economy class..hahaha.Gembira bukan kepalang aku.Seat dia selesa abis..mmg sesuai nak tidoq la..(tu ja aku ingt).Layanan plak cara 2nd class la kan.Makanan pun,fuhhh....suka sgt2.Maybe aku dpt seat ni sbb mcm org kat kaunter tmpt check-in beg tu ckp la kan,flight penuh rini+aku plak alone,so depa buh ja aku kat situ.

Then,almost kul3ptg mesir,BMI plane tu pun selamat mndarat di Cairo.Nak jdi cita,pilot salah landing plak.Patut terminal brapa ntah,dia landing kat terminal lain.Sengal tol..hahaha..haishh
Sampai2 ja,tros aku kalut cari kelibat moh,kinah,n k ika.Sebab depa y jemput aku.He3..thanks hmpa semua..Nasib mau gak amik aku.

Tapi x jumpa,mata aku plak melilau cari public phone.xdak la plak..haishh.. hp aku xdak credit kot,bru smpai mesir kan..he3.Sementara tgu solution nak call moh,aku punggah la blik brg2 den sumbat blik dlm beg cargo aku tu.Selesai ja tu,aku terdengar ada org laki berbahasa melayu ala2 indon.Tros dengan muka xmalu aku sapa..

"Assalamualaikum,tumpang tanya... sini terminal 3 kan?"(ayat cover nak minx tlg).hahaha
"waalaikumussalan.haah.Betoi la tu.Sorang ja ka??"
aku pun.."haah,sorg.tgah tgu kwn mai amik ni.tapi xdak kedit la plak"(Smbil senyum ala2 kerg busuk..hahaha)
Akhi tu bls,"oh,nah amik hp ana,xpun ana tlg hntaqkan ja"
Aku bls,"haa,pinjam sat ek.Hntaq??xpayah la kot,kwn saya dah jnji nak amik"
Tu la kelebihan dok perantauan..senang minx tlg sesama melayu =)

Pastu aku pun call la moh..Then Moh blur number mna aku pakai plak.hahaha..aku just ckp biarlah rhsia..=p
Selang beberapa minit,org y akhi tu tgu pun smpai.Akhi tu dok tgu kwn dia,kwn dia melancong kat london smbil cari kerja smbilan msa summer break ritu..
"ha,tu pun dh smpai,k la adik,ana g dlu ek."
"Baikk..n thanks bgi pinjam hp"..balas aku

Lorh..rupa2nya ada melayu dlm satu flight ngn aku tdi.Memang aku ada pasan mamat tu time kat Heathrow tdi,tpi xbrani plak nak teguq n tkut bukan org mesia..Haishh...klu x,sure aku xyah susah2 angkot brg dri beg cargo ke hand carry plus security time nak boarding tu amatlah nyusahkan.haishh2

by paah