Sunday, 31 January 2010

matangkah aku? :)




Sejak 2menjak ni,word matang selalu ja disebut-sebut by me.Maybe aku selalu sebut sbb usia dah nak mencecah 20thn.
Tambah pulak aku lately ni dok hadapi mcm2 cabaran n rintangan y buat aku lgi ingin mnjadi matang.Pastu tetiba plak lepas tau first gigi 3rd molar aku dah kluaq..Lagi la org dok pkena kat aku sal kematangan ni...hurm,,tpi apa y wat kita mtg?apa y dikatakan ngn mtg??perlukah kita mnjadi mtg??
Then time dok lusuri iluvislam,terjumpa artikel ni..he3..menarik tol..kebetulan gak la..tros aku pun baca n nak kongsi ngn suma2 =)


Tanda-tanda kematangan
  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.


sumber:iluvislam


Bebelan: lepas ja baca tanda2 ni,bru aku sedaq bahawasanya aku jauh sangat dri perkataan matang ni.Nak sebut perkataan ni pun rasa mcm x layak(over la tu)..=p.Banyak lagi aku perlu tingkatkan if nak capai tahap kematangan ni.Usia bukan pengukur kematangan seseorg.Perwatakan mungkin kayu pengukur,xpun pemikiran.he3..xpa la..apa2 pun aku cuba nak jdi mtg..sbb aku perlu mtg bgi hadapi cabaran didunia ni =).

copy n pasted by paahnakmatang =)

Friday, 29 January 2010

aku rindu budak ini



Yeah..aku rindu sama budak ini..nama beliau azlan daniel mesen..comelkan??he3..ni la budak aku jaga masa kat uk dlu..masa cuti summer break 09..dlm 2bulan juga la aku di bumi england

Skang azlan dah dpt adik..nama adik azlan ialah aisyah gabriella(x sure eja mcm mna).dua2 ni anak sepupu aku,iaitu kak azian..hasil perkongsian kak azian n abg ali(sergio mesen)

xtau tetiba aku rndu akan azlan..bila tengok baby2 kat sini,bila tengok rengekan baby2,bila tgk kenakalan baby2,sure aku tingat akan azlan..azlan dak y hyperactive..

Tingat masa bwa dia strolling down kat taman,yaAllah..aktif gila..penat nak kejaq..haishh..azlan ligan burung,aku lak kena ligan azlan..kurus aku kot..(tpi xdak la sgt)

Tingat masa nak bgi dia makan,azlan xleh dok statik kot..klu buh dlm kerusi mkn dia tu,sure nak kluaq..so kena lepaskan dia..konklusinya,time nak bgi azlan mkn,aku kena ligan gak azlan..n plg aku suka,klu aku wat sup aym,azlan mkn sgtlah byk...terharu aku(ka x yah)

Tingat masa nak bgi dia pakai bju,payah gak la..maybe skill aku nak jdi mak zero agi kot..kekadang nak bgi pakai bju pun aku kena ligan kot..asyik nak lari ja keja azlan..

Tingat masa nak cuci berak azlan,he3..mula2 azlan xmau..nak nanges ja keja..tpi bila dah jumpa air,sgt lah beliau suka..smpai xmau kluaq dri bath tub...smpai nanges2

Tingat masa bwa jejalan pgi,bila aku letak dlm stroller,sure nak kluaq..bila aku lepas dia bebas ditaman,dia plak nak tolak stroller tu..pastu sapa nak duduk dlm tu??azlan2..smpai ayh dia ckp dia nak praktis jdi abg utk adik dia nnti..so sweet

Tingat klu aku wat2 mrh kat dia,bila aku start wat muka garang,dia akn wat bnda y aku marahkan itu lgi..pastu dia akan gelak bila tgk muka aku..tros sejuk hati aku..xjdi nak mrh lebih2..azlan2

Tingat masa nak bgi dia tidoq..agak amik masa la..kadang2 sampai aku kena wat2 tidoq..bru azlan mau tidoq..klu aku 'bernasyid' nak bgi dia lali,dia akan senyum tmbh2 bila aku alunkan nama2 Allah..or sebut nama rasul..azlan dak baik =)

Tingat waktu aku tgh chatting ngn kwn2,sure dia akn mai nyibuk..nak gak join aku chatting..he3..smpai dia qabat(pnjat) akunya lappy..he3..haishh..risau gak lappy rosak..tpi aku pndai tackle dia nak bgi dok diam.. ;)

Azlan suka tengok bas...klu bas lalu depan umh dia ja..sure excited abis..smpai sebut bus..bus...he3...maybe azlan suka tengok kenderaan besaq kot..klu treler lalu pun dia bgi nama bus..klu lori bersaiz besaq pun dia bgi nama bus juga..hahaha

Azlan suka tengok burung y terbang bebas diruang udara..semua burung dia bgi nama burung kakak tua..maybe sebab kak azian ajaq dia nama burung tu ja kot..even kekadang tu aeroplane,azlan bgi nma burung gak...he3

Aku suka tengok bila azlan geram akan sesuatu..dia akn pegang bnda tu smpai terketaq-ketaq tgn dia smbil wat mimik muka y sgt comel..so sweet

Hurm...mmg aku rndu akan dia..aku rndu rengekan dia..aku rndu akan kenakalan dia..

Kak azian ckp,azlan dah pndai bercakap..tpi semua kluaq word english..but dia phm ja if mak or ayh dia bgi command dlm bahasa melayu or spanish..azlan budak y pndai

AZlan,mak paah rndu sama kamu..sure azlan x ingt mak paah dah kan??he3..sbb msa mak paah jaga,azlan masih kecik lgi..x smpai 2thn agi..

Bila azlan besaq skit nnti,nak ja mak paah cita semua ni kat azlan..sure azlan malu kan??ka x?? =)



Wednesday, 27 January 2010

gigiku sakit

aloha..lma dah x post bebelan aku kat sini..okeh..rini aku nak cita
my aktiviti..cewah..sure ada org rasa bosan..tpi nak cita gak..hahaha...

Baiklah.semalam(rabu) dlam pukul 10.10pgi aku ada wat appointment ngn dentist-wanna-be iaitu kak Ainaz..dia senior pergigian paling tua kat sini(tua disini dirujuk bukan atas dasar umur,tpi tahun pengajian k).
Okeh,aku dipersilakan masuk dalam bilik rawatan,tpi bilik rawatn ni share ngn pesakit len la,sebab kak ainaz time aku jumpa dia,dia tengah ada kelas praktikal la kira n aku as her patient la kiranya.he3.menarik gak.Then,kak ainaz tnya la aku just nak soh dia usha gigi aku ja or nak wat rawatan..Aku pun ckp nak soh tgk lu,n klu leh wat apa y ptut,buat la.Sbb aku xkisah as long as leh save duit sbb byk duit abis dah bulan ni..mna xnya,asyik melencong ja keja..he3
Then,aku pun amik la tempat kat kerusi patient tu kan..Memula tugas aku as patient terangkan apa masalah aku.Then,aku pun bgtau la..
1) 2minggu lepas sakit kat 2nd molar ats belah kiri. Ingat nak tumbuh gigi bongsu..siap kat dinding mulut ada ulcer agi..sakit kot tpi alhamdulillah,dah ok
2) 2 3 hri ni plak sakit kat 2nd molar bawah belah kanan plak..Pun rasa nak tmbuh gigi bongsu maybe

Pastu kak ainaz pun suruh la aku nganga mulut..dia nak tgk apa y ptut.Dia tengok dlu kat tempat yang dah lma aku sakit sampai ter'cure' sendri dah.Bukan xmau jumpa kak ainaz awl2..tpi masing2 busy dengan exm..Skang ni bru free skit..Tu smpai dah sembuh bahagian y sakit,tpi bahagian lain pulak y sakit..Haish.bakal dentist ni pun xpndai jaga gigi dengan baik.trok2.he3..
Ok,pas dikaji keadaan gigi n gusi aku,n lepas mendapatkan nasihat dari doc kak ainaz,aku mendapat konklusi bahawa gigi kat bahagian bawah belah kiri tu ada caries.opss.malu disitu =p
So jalan penyelesaian dia kena wat tampalan..Aku agak x puas hati kat situ,sebelum ni,paling last aku jumpa dentist kat mesia,beberapa hari b4 puasa Ramadhan thn 2009,Aku just wat scaling as usual,tpi dentist aku xdak plak komen sal ada caries ni.Haish..just cakap gigi kamu cntik,tpi kena jaga2 sebab berkemungkinan leh dapat gigi sensitif.Ya,mmg aku ada masalah gigi sensitif la ni.So gunalah Sensodyne..he3..eh,melalut plak.Pastu kak ainaz cakap la,'maybe time tu x severe mcm ni.Y kale itam kat gigi awk tu just stain,not caries.Skang baru jadi caries'.OOOO..haish,x baik tol aku berburuk sangka kat dentist aku tu.Maalish doc..he3.
Pastu kat bahagian gigi yang bru sakit tu,doc kak ainaz nasihat soh wat xray dlu,tkut2 gigi 3rd molar nak tumbuh,tpi xdak ruang n takut dia duduk bawah gigi 2nd molar..dari xray bru leh tau masalah sebenar gusi kat area tu.Haish..ni kena duit sebab kena wat kat klinik private.nnti2 la aku p xray..keadaan ekonomi aku x mengizinkan lagi kot.
So kak ainaz offer la nak wat tampalan tu.Aku dengan yakinnya bagi kebenaran..Kak ainaz berulang-ulang kali gak tnya,'betoi ni awk x kisah kak buatkan??'.Aku pun balas..'betoi la kak..wat pa nak takut'.Hahaha,mcm nada berlagak disitu.Bukan itu yang nak aku ceritakan..Just nak bagitau yang kak ainaz suka la sebab aku bagi kepercayaan kat dia nak proses gigi aku. Kak ainaz berkata lagi,'Bila seseorang patient tu bagi kepercayaan kat doc tu nak wat treatment kat dia,secara x langsung confident level seseorang doc tu akan naik'.So dia hepi la sebab aku yakin dengan dia.
Bagi aku,awt kita xmau cuba bagi senior2 ni wat rawatan kat kita??Awt kita x mau bagi sepenuh keyakinan kat senior2 ni??Awt kita perlu ragui kerja mereka?? YAA,memang mereka dalam proses pembelajaran dan masih kekok dalam menyelenggara gigi2 pesakit,tapi if diri sendri(as junior dentist) x bagi semangat,kerjasama,kepercayaan kat kakak2 ni,mcm mna pulak nanti jika kita ditempat mereka??Macam mna if adik2 gigi y len x percaya atas kebolehan aku nak proses gigi depa??Sure kita akan down kan??Satu bangsa,satu agama,satu negara sendri xmau bagi semangat n kepercayaan kat kita..Kalau aku yang bernama Farhah Shabir,sure down gila.Sure semangat turun abis.Trok sangat ka aku ni smpai depa xleh bagi kerjasama??Macam mna plak aku nak berhadapan dengan pesakit lain nanti??Hurm..(sory terlalu emo)..hahaha.xleh blah kan??haishh

Pastu,aku plak jadi excited bila dengaq dentist2 len dok apply mesin 'gerudi' kat pesakit2 arb yang lain,smpai tnya bila plak turn aku nak kena rawat guna mesin tu.Kak ainaz just gelak ja n dia ckp,"Haish,xpernah jumpa patient suka dengaq bunyi mesin agi.he3".Aku bukan apa,bukannya x penah jumpa dentist time kat mesia,tpi xtau awt excited sgt.Maybe aku nnti akan menggunakan alatan itu kat org len kot.Tu excited lebih tu.
Xpa la.,pastu rawatan pun dimulakan sambil dipantau oleh doc kak ainaz..he3..best la gak time wat tampalan ni. Ni lah 1st time gigi aku kena tampal.b4 ni klu ada dentist mai check kat skul,ayik bgi komen gigi kamu cantik ja.padahal ada ja stain kale hitam tu,tu aku agak x puas hati.Org len kena tampal apa semua,aku xpun.Tapi bila dah terjum ke bidang gigi,baru aku tau kondisi gigi macam mna yang membolehkan gigi kita kena tampal or what.Mula2,kak ainaz amik 'gerudi' yang menggunakan high speed nak buang n buat lubang skit kat tempat y ada caries tu. Agak lama gak la nak wat bnda ni.Maybe kak ainaz berhati2 xmau terbuat lubang besaq sangat kot.Tambahan pula xdak 'sucker' y memaksa aku berkumur-kumur selang beberapa
saat.Sucker tu penyedut saliva or bnda asing,sure tau kan?ala.bnda ni assistant dentist yang selalu apply kat mulut kita bila doc tu wat rawatan.Aku xtau la kat mesir xdak bnda tu or kak ainaz payah nak letak dlam mulut aku sebab dia dok gerudi gigi aku.tapi xpa la.Pengalaman buat tampalan for da 1st time n kat bumi mesir ni.Aku just redha..he3.Selesai ja dibuat lubang,doc yang pantau kak ainaz bgi kebenaran kat dia nak buh amalgam kat tempat y berlubang tu.Part ni la yang best.Kak ainaz amik alat kecik apa ntah,dia mcm tembak skit la kat tempat berlubang tu.Tembakan tu mengeluarkan amalgam(bahan nak tutup lubang tu).Pastu,kak ainaz amik alat apa plak ntah,dia tekan2 kat lubang tu bgi amalgam tu mampat.Waaa..ni best,suka kena tekan mcm tu..xpaham gak awt aku suka..hahaha..Banyak kali gak kak ainaz wat smpai la last tu dia membentuk occlusal(permukaan atas gigi premolar n molar).Pastu dia soh aku tutup mulut,or biting.If aku rasa ada mcm bonggolan,dia nak buang skit agi amalgam tu.Hurm,aku rasa ada naik skit mcm bukit,so kak ainaz pun buang la amalgam tu smpai la aku rasa ok..Pastu,aku disuruh gigit kapas selama sejam.Kira dah selesai dah rawatan aku,cuma aku leh buang kapas tu selepas sejam sebab amalgam tu nak setting jdi keras.
Kak ainaz nasihat lagi,'Utk hari ni makan belah kanan ja ek'.Aku pun,'baikk n terima kasih kak ainaz.he3'.B4 berpisah ngn kak ainaz,dia pesan if dah jumpa dentist private tu,bgtau la apa masalah gigi aku ni.dia nak tau..InsyaAllah kak ainaz if saya jumpa.He3..
So semalam aku mkan agak tertekan,sebab just guna side kanan.Tapi ada gak termasuk side kiri.he3.Macam apa ja kan aku?Maybe ter'excited' sebab bru penah wat tampalan.N b4 terlupa,masa kak ainaz mengelongkar gigi aku,dia cakap,'eh,gigi 3rd molar awk dah tumbuh la belah mandibular kiri(ats kiri).Awk pasan x?'.Aku terkejut siot...'Laaa,ya ka??alamak,xleh meninggi dah la saya ek??ala..xmau,bila plak dia tumbuh.hu4'..he3..gelak kak ainaz.dia pelik la mcm mna aku leh x pasan..sebab dia ckp gigi tu dah nak complete dah.Aiyaiyai...apa la paah ni.x sedaq.Maybe time nak tumbuh aku x rasa sakit or time tumbuh aku rasa sakit but i'm just ignore it.he3.
Haish..aku dah kena jdi matang la gamaknya??alamak...Pastu kak ainaz ingtkan sal gigi ni,'pasni berus gigi,make sure smpai belakang ek'..Kena jaga elok2 even 3rd molar x dak function..he3..Baikk.

p/s:kak ainaz cakap,sesapa nak wat tampalan ka,leh la jumpa dia.Scaling x lagi ek.thn depan bru dia belajaq bnda tu.He3.Aku rasa time scaling nanti sure ramai beratuq nak wat ::)

by paahkenatampalgigi =)

Thursday, 21 January 2010

hepi besday siti syg..=)



Tanggal 21 Januari.di Besut,Terengganu lahirlah seorang bayi perem
puan yang comel lagi putih kemerah-merahan(humaira).Bayi
ini adalah hasil perkahwinan antara Encik Marosadee Pataepannang@Mohd Salleh dan juga Puan Rawiah Bt Abas.Bayi ini adalah berketurunan Kemboja.Namun kini beliau pandai berbahasa Melayu k..sebab dibesarkan di Kelantan,Malaysia..Beliau diberi nama Siti Fatimah .. Besesuai dengan namanya,dia kini membesar dengan budi pekerti yang baik dan cantik paras rupa.=)


Hahaha...haishh..xpndai la nak wat ayt skema..Like always..sory la CT if ayt2 ni x sedap..
OK maa...nak amik kesempatan ni,as wakil FAFAFA nak wish kat CT
epi besday sayang...
May Allah bless u k...N kami doakan CT akan dapat apa y CT
hajati.AMINNN..=)(x membawa mksd apa2 k)


Hurm..apa agi ek...Kami doakan y terbaik wat C
T..Hope jdi doc yang cemerlang,gemilang n terbilang =)
Kuatkan hati bila ada probs ek..Hadapi probs dengan senyuman..cewahh(mcm aku mcm tu jaa).Bak kata kawan aku,enjoys da probs...he3...I know u can face it..Pastu,hope jdi pemimpin yang berkaliber...Dah lama x jumpa CT,mna xnya,busy ngn PCM..tpi xpa...kmi berbangga ada kawan nag aktif mcm CT syg..he3
Hurm..dah kering idea la CT...ok la ek

moh.hana.paah

P/S:sory CT terlambat post...=)

by paahsygct


Wednesday, 20 January 2010

motivasi Vs motibasi =)


7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat & Kejayaan


Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, stra
tegi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda impikan.

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin

Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan.

Bagaimana menyemarakkan keinginan anda?

Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila sen
arai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api!

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda

TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda

TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.

4. Tangani Halangan

Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
Seterusnya
tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
    5. Buat Perancangan

    Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4.

    RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.

    Ingatlah pesan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: Cara terbaik meramal masa hadapan ialah dengan meWUJUDkannya. (The best way to predict the future is to create it).

    6. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda

    Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang atau berkali-kali di fikiran anda.

    Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.
    Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

    7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda

    Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMAN
    GAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence).

    Tekadkan semangat.

    Tumpukan kepada kejayaan.

    Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan.

    Bulatkan hati dan fikiran.

    Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.

    Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.


    From:iluvislam
    jgn tiru aksi ini jika ingin berjaya =)


    copy n pasted by paahnakberjaya

    Tuesday, 19 January 2010

    kelas dibatalkan :(



    "alamak,kelas batal la plak..haishh..."

    Apakah perasaan anda bila kelas dibatalkan??hohoho..selalunya aku akan agak suka(haishh,dasar paah pemalas)..tpi for da 1st time maybe utk thn ni =p,aku rasa sgt sedih..mna x nya,aku smpai kat kelas practical oral morphology b4 pkul 10pgi agi..sebab kelas tu start kul10pgi..Argh!!agak terasa nak jerit disitu..Sebab??Xkan la aku sedih smpai agak nak emo semata2 sebab kelas dibatal kan??Sure hmpa semua ragu..kan2??

    Sebenarnya,aku baru ja smpai dari Cairo pagi tdi..Aku bru ja smpai dari sleep'ter'over dirumah Anah kat Sayeda Zainab,Cairo.Pagi tdi,dalam kul6.40pgi, aku dah keluaq umah bergegas ke Ramsis nak dptkan tremco pulang ke Mansoura tercenta.Dah la pgi tdi agk la sejuk.Kalau ikutkan hati,nak ja aku smbg tidoq pas subuh(jgn tiru aksi ini=p).Dah la aku ni jenis mls bgn awl pgi.Gelak ja kwn2 aku y lain bila tau aku bertolak awl2 pgi.Mereka mcm agak 'kagum' sebab aku bgn diawl pagi n tros rushing balik.Pagi tdi,pas amik Metro turun di Ramsis,aku tros mencari kelibat tremco ke Mansoura..Nak tunggu isi tremco tu penuh ada la dlm 30minit.Tepat jam kul7.40pgi tremco bergerak ke Mansoura n aku tiba di Mansoura tepat pkul9.40pgi.Ammu tu bawa laju abis la..Sebab selalunya perjalan Cairo-Mansoura memakan masa selama 2jam 30mnt..Tapi tadi just 2jam ja..Gembira gak la sebab x terlewat smpai kelas.Sampai ja kat Utubus Gadid(stesen bas),tros aku amik teksi ke Tibb Asnan(Fakulti Pergigian).

    Sesampai di makmal,kak nad pun bgtau..'Alamak paah,kelas Practical Oral MOrpho dibatalkan la'.Opss..terkesima aku disitu..huk3...Tidakk!!!!Kalau aku tau,aku pulang lewat skit kot hari ni.Xyah la aku bangun diawal pagi mengharungi kesejukkan pagi.Dah la ada satu hajat lagi x tertunai disana.Anah ada gak goda aku soh bertolak lmbat,bukan anah ja..ada ja lgi soh bertolak lmbt skit.Tapi sebab perasaan serba slh utk ponteng practical,aku kuatkan semangat gak balik pagi tu..Lagi pun kelas ni ajaq cara nak ukir gigi.Aku dah la bukan org seni.Tangan x lembut mcm org lain n senang cakap x pandai buat gigi mcm org lain.Payah gak kott.Haishh....Nasi dah jadi bubur..(mcm la probs besaq sgt=p)

    Tapi xpa la,betoi la kot ckp Anah,'ada hikmah kot sebalik ni'..Hurmm,maybe..Apa2 pun alhamdulillah aku selamat smpai kat Mansouraa..=)

    N thank you very2 much kat Anah sebab sudi layan aku even sibuk dok menelaah utk exm..To Pait sebab bwakan brg2 aku dari Mesia.Umair hantar aku ke Metro dipagi hari.x lupa gak kat housemates anah y lain sbb bagi aku bermalam disana..:)

    Hint*Tremco=pengangkutan awm ala2 van

    by paahkelamkabut