Saturday, 6 February 2010

GagaL..Oh NO!!


Bagaimana & Apa Tanda Jika Anda Gagal



Tidak dapat dinafikan, kegagalan merupakan sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil darinya boleh menyebabkan seseorang amat terganggu dari sudut fizikal, mental, malah juga spritualnya.

Dari sudut mental, selain dari menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, adakalanya ramai juga yang akan mengutuk diri sendiri, atas kegagalan yang menimpanya. Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa putus asa.

Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang. Diri akan terus menjauh dari masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya.
(mcm aku ja kekadang =p)

Dari sudut fizikal, bagi sesetengah individu, selera menjadi menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Manakala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negative kepada kesihatan fizikalnya.

Akhirnya tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot, akhirnya kedua-duanya rebah dan sukar untuk bangkit kembali.
(ni mcm best,leh kuruss =p)

Dari sudut spiritual, kegagalan boleh mendatangkan dosa, ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada' dan qadar Allah. Imannya tergoncang.

Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah ta'ala sewaktu menghadapi sebuah kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh dari sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal. Sukar dirawati.
(astaga,berdosanya aku..)

Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi asbab seseorang mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Kembali kepada jalan lurus setelah bengkok. Lalu dia kembali bangkit dengan azam, plan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.

Akhirnya, kegagalan jangan dicari, tetapi apabila ia datang, Ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal.

Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat.

Oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
sumber :www.iluvislam.com
bebelan: Aku pasti sumua manusia pernah gagal.xkira la gagal kecil2an or besar2an..Tapi insyaAllah,Allah tahu apa hikmah sebalik kegagalan kita.Aku penah gak dengaq org ckp,Allah xkan uji kita if kita xmampu nak tanggung semua2 tu.So ANDA insan terpilih..Tapi,kdg2 aku kagum tgk org y gagal mmpu berdiri lagi.Mampu menjalani hidup mcm biasa.tapi I knew it,sure b4 ni dia pun struggle nak pulihkan semangat dia balik.Tahniah kerana mmpu memulihkan semangat anda.Sampai kadang2 jiwa aku terdetik if aku kat tmpt dia,mungkin aku x setabah mereka.Tmbh2 aku y berjiwa lemah ni..TAHNIAH sekali lagi.
Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini bahawa kegagalan itu adalah sebuah proses yang amat perlu ditangani secara positif. Ia ibarat sebuah konflik yang mendesak minda dan akal kita untuk lebih agresif dan kreatif untuk mencari jalan keluar.
Tanpa disedari rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.

Hidup tanpa kegagalan ibarat jalan lurus tidak berliku.
(Bagi sesetengah kawan-kawan rempit kita kalau jalan lurus ini tidak mencabar kata mereka. Jalan yang ada selekoh-selekoh lebih mencabar.grin)

by paahyangselalugagal ;(

No comments: