Friday, 26 February 2010
lagu best-realisation
Sunday, 21 February 2010
~Shut uP ~
www.iluvislam.com
Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.
Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)
Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label'budak yang pendiam'.
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,
"Diam-diam ubi berisi"
atau
"Diam-diam tong kosong"
atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"
HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)
Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Monday, 8 February 2010
epi2
Saturday, 6 February 2010
GagaL..Oh NO!!
Dari sudut mental, selain dari menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, adakalanya ramai juga yang akan mengutuk diri sendiri, atas kegagalan yang menimpanya. Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa putus asa.
Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang. Diri akan terus menjauh dari masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya.
(mcm aku ja kekadang =p)
Dari sudut fizikal, bagi sesetengah individu, selera menjadi menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Manakala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negative kepada kesihatan fizikalnya.
Akhirnya tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot, akhirnya kedua-duanya rebah dan sukar untuk bangkit kembali.
(ni mcm best,leh kuruss =p)
Dari sudut spiritual, kegagalan boleh mendatangkan dosa, ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada' dan qadar Allah. Imannya tergoncang.
Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah ta'ala sewaktu menghadapi sebuah kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh dari sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal. Sukar dirawati.
(astaga,berdosanya aku..)
Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi asbab seseorang mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Kembali kepada jalan lurus setelah bengkok. Lalu dia kembali bangkit dengan azam, plan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.
Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat.
Friday, 5 February 2010
Program usahawan muda di sekolah
KUALA TERENGGANU 2 Feb. - Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memperkenalkan program Usahawan Muda dan Perintis Usahawan di sekolah-sekolah bagi memupuk lebih ramai generasi muda meminati bidang perniagaan.
Timbalan Pengurus Besar (Perancangan dan Pembangunan) PMINT, Mohd. Harith Hassan berkata, program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini itu membabitkan 56 buah sekolah menengah dan 12 sekolah rendah di seluruh negeri.
Program Usahawan Muda merupakan program usahawan yang dikhususkan untuk pelajar sekolah menengah, manakala program Perintis Usahawan diwujudkan untuk pelajar sekolah rendah.
Mohd. Harith berkata, langkah tersebut wajar diperkenalkan kerana setiap usaha atau pengubahan sikap dalam sesuatu sektor seharusnya bermula dari peringkat awal.
"PMINT mahu lebih ramai golongan muda yang masih berada di bangku sekolah menceburi sektor keusahawanan selepas menamatkan pengajian," katanya selepas merasmikan Kursus Keterampilan Diri anjuran PMINT di sebuah hotel di sini hari ini.
berita dri utusan malaysia
memori : Tingat zaman skola dlu kat gopeng..aku terlibat gak ngn bnda ni..masa tu bru ja diperkenalkan diskola aku..so batch kmi la pioneer dlm persatuan ni..persatuan ni under Ustz Zalan..salah sorg ustz favourite aku kot..he3..aku pegang jawatan as pengurus kewangan kot if x slh..ketua kmi bob kot..haishh..lupa dah aku organisasi bnda ni..tpi mcm2 pengalaman dpt dikutip time penglibatan kmi dengn PUM ni..plus aku mmg suka sgt berniaga..hahaha..bila bca artikal ni teringat akan dulu2.. i miss the team n that time =)
by paahPUM
Thursday, 4 February 2010
dah abis exm =)
Hari ni hari ke4 aku puasa gula..semalam time nak wat teh,like usual aku buka la peti ais..pastu tgn tros grab container gula..automatically kot..hahaha..then tros aku "Haishh,padiah amik gula.Posa gula kot"..hahaha..
Tuesday, 2 February 2010
gayut smpai panas telinga
Hari ni hari selasa..tinggai lgi 2hri ja lgi dak dentist leh praktis ukir b4 ari khamis.
- memula masukkan sim celcom dlm hp
- Pastu gunakan line vodafone
- Pastu just dail no mesia but kena buh +6
- Then cakap byk2 dengan org tersayang. =)