Monday 8 March 2010

sesat lagi ;;)





AMARAN KERAS:ANDA AKAN MENGALAMI SIMPTOM SAKIT MATA PABILA MEMBACA KARANGAN INI.

Hari ini 8mac.Sebaik sahaja kelas praktikal anatomi dan selesai menjadi 'ceti haram',aku bergegas ke Utubis Dauli untuk ke ARMA(Malaysia hall Cairo) di Abbasiyah,Cairo.Perjalanan memakan masa hampir 3jam kerana jalan sibuk dan dipenuhi kenderaan.Sesampai sahaja di Ramsis(ala2 Jeti la jika di Pulau Pinang),aku menghayun kaki melangkah ke seberang jalan berhampiran masjid untuk mengambil tremco(van sapu,salah satu kenderaan awam di Mesir) untuk ke ARMA.Kawan aku sudah berpesan,tanya orang disekeliling sebelum menaiki tremco ke ARMA untuk memastikan itu kenderaan yang betul untuk ketempat kejadian.

Aku:Lau samah,fein tremco ila bu'us?
Mak cik berpurdah:Ya,hena.blablablabla,bus..
(Itu sahaja aku dapat tangkap.Itulah padah tidak pndai berbahasa arab amiah=p)

Hampir 15minit aku menunggu kenderaan ke ARMA,tidak pula muncul kelibat tremco.Tiba-tiba mak cik berpurdah berkata,"YaAllah ila bu'us".Tetapi kenderaan itu mini bas.Tanpa berlengah aku terus masuk ke dalam bas itu.Keadaan amatlah sibuk,kenderaan bersimpang siur.Pada masa itu,perut ku mula berkeroncong.Nasib baiklah ada Lambada(sejenie wafer),boleh dijadikan alas perut sebelum tiba di ARMA.Keadaan dalam bas juga amatlah sesak,memaksa aku terdorong kehadapan menghampiri tempat pemandu bas.Mak cik berpurdah yang bertanggungjawab membawa aku menaiki bas itu sudah turun ditempat yang ditujuinya.

Aku:Lau samah,di ila bu'us?'Indi Taki?(kedai perabut)
Pemandu bas:La',waAllahi.Di ila Attaba.

Alamak,aku salah naik bas la pula.Terus aku turun di tengah-tengah jalan itu juga.Mata kecilku sibuk mencari kelibat manusia yang bakal aku ajukan soalan yang sama."Fein bas ila bu'us?"
Selepas lintas jalan raya besar,seorang ammu aku dekati.

Aku:Lau samah,fein bas ila bu'us?'Indi Taki?
Ammu:Eh?bu'us?La' bu'us.Behuuusss maugud.(apa?bu'us?tiada tempat bernama Bu'us.Behus ada la)
Aku:La'2.Ba ain wau 'thin.Bu'us.La' Behusss.(bukan2,bu'us la ammu,bukan behus.)
Ammu:Ma fish makan bu'us.Buhus maugud.(tiada tempat nama bu'us,behus ada)

Aku dah menyerah kalah.Ok la,Behus pun Behus la.Janji aku sampai ARMA.Ammu tu pun dengan baik hatinya menulis nama tempat dan nombor bas kesana.Sebaik sahaja mendoakan kesejahteraan ammu tu dan mengucapkan terima kasih,aku pun mengorak langkah lagi ke tempat bas yang akan ku naiki itu.

Aku:Lau samah,hena bas ila di?(minta tolong,ini tempat ke sini kah?)
Sambil menunjuk kertas yang bertulis nomber bas ke Behus itu.
Org Arb:Aiwah.blablabla...
Dia membebel apa ntah,aku tidak paham.

Selang beberapa minit,orang arab itu mengajak aku naik Metro saja.Metro ni kenderaan ala2 LRT di Malaysia.Org arab tu cakap lagi,bas payah dapat masa ni.Aku terpana sebentar,ada ka stesen Metro dekat dengan bangunan ARMA??Otakku ligat berpusing memikirkan masalah ini.Hahahaha(Gelak skema seperti penulisan Bahasa Melayu aku sekarang ).Aku mula membuat panggilan keluar untuk bertanyakan hal ini.Kawan aku memberi tindak balas positif mengatakan bahawa terdapat stesen Metro berhampiran dengan ARMA.

Aku:Mum kin ila Metro?Alakin fein?Ana mush a'rif.(Boleh tak bawa saya ke Metro,sebab saya xtau dimana)
Org arb:Aiwah(ya)

Sebelum tu,orang arab tu ada membuat tawaran kepadaku untuk membawaku ke stesen metro.Dia siap menyakinkan aku lagi bahawasanya cuma 1LE sahaja jika kita naik Metro.
Kami pun berjalan seiringan ke stesen metro.Aku melalui satu lorong yang menjual pelbagai jenis buku.'Menarik',tungkas hati kecilku.Sepanjang kami berjalan,ada mata-mata yang melihat sambil tersenyum-senyum kepada orang arab itu,lebih tepat lagi pemuda arab itu.'Apakah depa ni,ingat mamat ni dapat aku kah?Haishh',getus hatiku lagi.
Sampai sahaja di kaunter tiket,pemuda itu menawarkan diri hendak membeli tiket untuk aku sekali.Aku hanya menerima sahaja pertolongan dia.Selepas pemuda itu mendapatkan tiket ke Behus,aku pun menghulurkan duit untuk membayar tiket itu,tetapi dia menolak.Banyak kali juga aku menghulur,dia menolak lagi.

Aku:Syukran.
Org arb:Afwan.YaAllah hena.

Aku pun membontoti dia ke tempat untuk menaiki metro.Semasa berjalan dengan dia,pemuda itu ada bertanya perihal adakah aku sudah berkahwin.Mungkin dia ternampak cincin belah rotan yang tersarung di jari manis kananku ini.Siap tanya dah ada anak ka?Padanya aku tidak memahami apabila dia menyebut 'aulad,aulad'.Perkataan tu penah aku dengar,tapi aku lupa apa maksudnya,sehinggalah dia membuat isyarat tangan ibu mengandung dan budak kecik.Aku tergelak besar sahaja.Aku jawab tidak.Dia juga ada bertanya,adakah aku cina?YaAllah,tu lagi aku xsuka org arb ni.Aku melayu lah.Pabila dia mengetahui namaku Farhah,dia memuji2 sambil berkata alhamdulillah,muslim.Aku tersenyum syukur=p
Sebaik sampai di platform metro untuk ke Behus yang menghala ke Giza,pemuda arab itu pun meminta izin pergi ke tempat lain,ke destinasinya iaitu Syoubra.Aku mendoakan kebaikan beliau terhadap aku.Syukur alhamdulillah aku tidak salah memilih orang untuk bertanya.

Sepanjang perjalanan ke Behus,hati kecilku meragui.'Betui ka jalan yang aku amik ni?Adoiyai..Awt pelik semacam ja nama tempat2 ni?Ni macam menjauhi ARMA ada la.'
Perjalanan aku dari stesen metro Attaba ke Behus adalah melintasi 5 6 perhentian.Sebaik tiba di Behus,aku pun mengikut arus manusia,berpusu-pusu keluar dari kawasan metro. Aku menghampiri bilik yang bertulis perkataan "Information"

Aku:Lau samah,a'rif mabni malizi?Arib Taki wa Abbasiyah?(ayat sama ja aku guna,kerna bahasa amiah aku yang teruk.)
Pegawai2 metro:Eh?reh fein?(apa?kamu nak p mana??)Blablablabla.
Macam biasalah,aku tidak memahami butir percakapan mereka.

Aku:Uskud baah.(sat2)

Jari gemukku mula mendail nombor kawan aku yang menetap di ARMA untuk bertanya perihal ARMA dan bagaimana aku boleh sampai kesana dari Behus.Selepas tamat perbualan,aku bertanya lagi arah mana ke Jalan Ahmad Said.Pegawai metro tu pun menunjukkan arahnya.
Aku menahan teksi pula pada kali ini.Selepas teksi ke-5 menolak tawaran aku ke Jalan Ahmad Said,aku pun mengorak langkah bertanya pada ammu jual kusyairi.(sejenis makanan arab)

Aku:Ammu,fein teksi ila J.Ahmad Said?
Ammu:Ba'id awi.Mumkin enti blablablabla.(jauh sangat,kamu ambik metro sajalah)

Ammu tu terang metro mana patut aku ambil untuk sampai ke ARMA. Dari perbualan kami,aku dah tersesat jauh.Hahahaha.Aku perlu berpatah balik ke Ramsis,dari Ramsis,tukar stesen metro ke Ghamra pula.Allahu Akbar,apa ujian aku ni?Hahaha.Sesat di tengah kesibukan kota yang berdebu serta panas yang membahang ni.Tapi hatiku tidak memberontak.Aku tabah menghadapi semua ini.=)

Selepas membeli tiket,aku pun menaiki metro menghala ke Syoubra untuk ke Mubarak,dari Mubarak aku menukar stesen metro menghala ke El-Merg ke stesen Ghamra'.Pada ketika itu adalah waktu kemuncak,jadi ramailah orang awam yang juga sibuk kedestinasi masing2.Aku memaksakan juga tubuh kecilku(kecil la sangat,tapi ok la jika berbanding arb=p) membolosi kedalam perut kereta api itu.Sesampai di Ghamra,aku bertanya lagi dekat pegawai metro arah ke Jalan Ahmad Said sambil menunjuk kertas yang menulis nama jalan tu.Mereka dengan berbesar hati menerangkan arahnya.Tetapi aku hanya memahami bawah jambatan sahaja.
Tanpa berlengah,aku menuju kearah yang aku faham.Melilau juga mataku mencari arah mana patut aku turun dari jambatan yang besar lagi luas itu.Aku menghampiri ammu yang menjual minyak atar.

Aku:Ammu,fein bas ila Syari' Ahmad Said?
Ammu:blablablabla.

Dia terang,aku dapat tangkap sedikit sahaja.Sebelum aku minta diri,dia memberi duit tambang bas kepadaku.YaAllah,aku segan nak menerima duit itu,tetapi ammu tu bersungguh memberi kepadaku.Aku mengambil sambil mendoakan kesejahteraan beliau.Selepas berjaya turun dari jambatan itu,aku menyerang pula kedai makanan apa ntah,untuk bertanya perihal ke ARMA.Ammu jaga daging itu bertanya sama ada aku mahu jalan atau naik kenderaan awam.Aku jawab naik kenderaan awam.Aku sudah penat berjalan.Dia menerangkan arah ke ARMA serta kenderaan apa yang patut aku ambil untuk kesana.
Aku berjaya menahan sebuah tremco,tetapi ammu tremco tu x bagi aku naik.Mungkin tremco tu x melalui jalan yang aku hendak tujui.Lantas aku mengambil keputusan berjalan sahaja ke sana.
Sepanjang perjalan ke ARMA,aku ada menyapa dalam 5 6 orang untuk bertanya hal yang sama.Sepanjang berjalan kesana,aku diiringi azan asar yang berkumandang.Agak jauh juga perjalanan aku sebelum sampai ke ARMA.Ada dalam 30minit juga perjalanan aku.AKu tidak puas hati kerana pabila aku bertanya 'fein Taki',mereka akan menjawab akhir syarie'..Ala tull(akhir jalan,terus saja).Gaya mereka seperti tempat tu dekat.Padahal,jauh bertapak kot.Aku mengambil keputusan mengikut gerak hati aku untuk membuat 'short cut' sendiri untuk sampai ke ARMA.Alhamdulillah,dengan izin Allah,aku berjaya menjejakkan kaki disana pada pukul 3.30lbh ptg.Sesampai sahaja,terus aku serbu musolla untuk menunaikan solat.Kulit aku sudah terbakar kemerahan dek bahang matahari.Usai solat,aku pun menyelesaikan hal aku ke ARMA.Sebaik sahaja selesai,aku pun bergerak pulang ke Mansoura bersama Jaa yang sudah menunggu aku di Ramses. :;;;)

####################################################################
karangan bm ku dah abis.Baku x??sure cgu bm aku bangga even karangan ni x semantap dlu=p


Renungan:
Masa dalam bas balik ke Mansoura,aku tergelak mengenangkan kembali perjalanan aku ini.Jika aku mengambil teksi diawal perjalanan,semua ini tidak akan terjadi.Aku berdegil nak naik kenderaan yang selalu aku gunakan untuk ke ARMA juga iaitu bas.Tapi benda dah nak jadikan?

Peristiwa aku sesat untuk sampai ke Malaysia Hall Cairo yang memakan masa selama 3jam itu agak sama dengan peristiwa aku sesat untuk pulang ke Malaysia Hall London pada tahun lepas.Aku mula sesat selepas perkhidmatan bas hop on hop off tu tamat,iaitu tempat terakhir aku turun,Harrod's yang memakan masa selama 2jam.Aku berkeras hendak pulang ke Malaysia Hall London by walking,xmau amik public transport sebab 4sure la mahai.Lagi pun aku nak sep duit nak beli ole2 kat insan2 tersayang di mesia dat time.Punya penat aku usha peta sambil tnya org,at last aku amik keputusan ikut gerak hati dan tawakal saja.Alhamdulillah,sebelum gelap aku sempat sampai ke Malaysia Hall London.Tapi tu la..aku mmg totally lost.Bila tnya org awam,depa cakap jauh kena amik cab gak nak smpai..he3.Tegar kan aku??Maybe sebab aku sorang,aku tegar.Kalau aku sesat dengan kwn2,sure aku x setegar itu.
maaf pnjg=p




5 comments:

Ifah Ibrahim said...

nice2...panjang....dh boley seat for BM paper SPM tp x borink bc.. hihi...nt ley jdik tour guide aku kalo aku g sna insyaALLah...hihi

paahdentist said...

ni cgu bm x bertauliah mna lak komen hasil karangan aku ni??hahaha..memain ja..
bleh ja tipah..aku tgu ang mai sni..akan ku bawa satu pelosok mesir=)insyaAllah

Loki said...

aku betul2 dah sakit mataa..haha

leya_liaza said...

maher zain nyer pasal..sggup sesat yer..kihkihkih

paahdentist said...

loki:hahaha..sory lah ek

k alia:oppss..shh..jgn bsng=p