Friday 19 March 2010

malang tidak berbau ;)


AMARAN KERAS:ANDA AKAN MENGALAMI SIMPTOM SAKIT MATA PABILA MEMBACA CERITA INI.

Tok2..selamat hari jumaat suma,hari segala hari..=).
tetiba rasa nak cita satu hal ni..mengimbau nostalgia lama la kira..
tapi b4 tu nak bebel kat dri sndri jap..
semalam,pas blik kuliah,pas isi perut,tetiba syafa call ajak p tengok talent show y dianjurkan oleh uni aku,lbh tepat by manchester program la.Aku pun memaniskan mulut kata nak p.Bila letak ja phone,rasa malas menular dlm dri..hahah..tpi dah jnji,so p la jugak.aku p la ngn kinah..lepas ja blik dri sana,aku rest jap,solat isya' plak then kluaq agi,kluaq minum2 ngn k wani,k ika,yajay,jaa n kinah kat ocean.mcm2 bnda lucu jdi kat sana.=).sonok2..dlm kul12.30mlm bru blik umh..dasat gila p lepak sana.tapi aku ada la buat nilai murni skit,bwa buku practical histology p sana.sbb nak lukis skit2 tissue y aku x wat agi.bdget rjin jap..muahaha.
dasat gila semalam.adoiyai.bila la nak study ngn seyes pun aku xtau.paah memang paah.hangat2 tahi ayam dari dlu smpai la..=)

**************************************************************************
Tempat kejadian:belakang surau SPBI gopeng
Masa Kejadian:lepas solat asar,pada bulan 3 tahun 2007

Al-kisah macam ni,pada suatu petang yang hening,aku pergi la solat asar di surau skola aku.Seperti biasa,if aku nak skip riadah,aku akan bermalas-malas keluar dari asrama nak tunai solat asar,so time orang semua mengeluarkan peluh diatas padang sekolah,aku pulak beribadah dalam surau skola aku(badget baik jap=p).Dengan berpakaian tidak lengkap sebagai seorang pelajar untuk beriadah,aku pun turun ke surau untuk menunaikan solat asar disana.Lepas ja solat,aku buat la apa yang patutkan.Masa ondaway nak balik asrama,aku tertarik melihat sepasukan pemain archery sekolahku merangkap junior2 ku yang tengah gembira memegang busur dan semua2 tu lah.Pastu aku nampak pulak kelibat guru bahasa malayuku,iaitu Cgu Mardiana.Aku tertarik lihat gelagat mereka dari jauh,aku pun mula bertenggek tepi laluan yang menghala ke padang archery tu.

Terdetik rasa cemburu dalam jiwa tengok budak2 kecik a.k.a junior aku boleh main archery.Aku teringin sangat nak pegang busur tu,teringin sangat nak lepaskan satu das tembakan ngn bow tu(perkataan x sesuai,maaf).Tambahan plak,bila dengaq ja game archery,sure teringat sorang kwn aku di SMAP Labu y memang pakar dalam bidang ni,smpai masuk SUKMA thn brapa ntah.Hiash,dengki aku eh..hahaha

Tetiba lamunan aku mati.Aku terlihat Cgu Mardiana y bertubuh kecil tapi tinggi tu tengah bersusah payah memasang tali kat semua bow yang akan digunakan.Semua arifkan,peralatan untuk memanah?Dua kompenen utama dia adalah bow n arrow. Bow tu,if bila kita nak main,bru kita akan pasang tali yang akan ditarik utk melepaskan arrow tu.Boleh byg x??he3

Jap2,maksud bow dalam istilah bi ialah a weapon for shooting arrows, made of a long thin piece of wood bent into a curve by a tightly stretched string. Nak pasang benda tu adalah satu hal juga.Nak bgi kayu tu bent untuk nak bubuh tali yang akan di stretch time nak lepaskan arrow tu,kita kena ada lagi satu tali untuk lenturkan kayu tu,bru senang bubuh da true tali.Payah gak la keja ni.

Aku pun jalan mendekati Cgu Mardiana yang busy memasang tali tu keseorangan,kesian tengok cgu aku kot.Budak2 len busy dok main ngn bows tu.Aku pun p la tawarkan bantuan nak pasang tali tu dengan cgu. Okeh,bow satu ni aku xtau awt payah sangat nak masukkan tali y stretch satu ni.Kami dah bubuh satu tali dri satu ujung ke satu ujung bow tu,kira bow tu dah bengkok la kan.Time nak buat masuk tali y betul tu la satu insiden terjadi kat aku.Muahaha.ayaiyai.

Dengan sepenuh tenaga,aku try nak masukkan tali ke satu bahagian bow tu.Memang kena guna seleruh kudrat gak la memandangkan aku punya tangan ni bukan lah kuat mna.Masa dok pulun bubuh tu,tiba-tiba,tali yang digunakan untuk lenturkan bow tu tercabut satu bahagian,so apa akan jadi?Belajaq sains kan??hahaha.Salah satu hujung kayu tu dengan momentum yang laju n kuat telah membedil mata kananku.
"Pupp".bunyi kayu terkena kelopak mata kananku yang cute ni(pasan sat)
"Allahhu akbar",terjerit aku.
Terus aku bertinggung sambil menutup mata kananku dengan tangan ku yang kurus(masa ni aku kurus lagi k,xcaya tnya pizah shahidan=p).
"yaAllah paah,ok x ni"..tnya cgu.
"Okeh cgu,xdak apa2 lah",balas aku.
Pada mulanya aku tidak merasa apa2 melainkan berdenyut saja dimataku ini.
"Buka tangan tu,meh cgu nak tiup sikit."
aku pun berbuat demikian.Cgu menghembus sikit2 nak bgi ilang rasa sengal kot.He3..
Tiba-tiba,salah seorang juniorku terjerit kecil,"Cgu,mata k paah berdarah la".

Gulp2..hahaha..cuak aku.Berdarah?Terus rasa sakit mata.hahaha,biasalah.Selalu kan situasi ni terjadi,mula-mula kena x rasa apa,bila nampak hasil kecederaan,mula la nak mual la,rasa sakit yang melampau la.=p

Oh tidak,time tu mata aku berair.Biasa la kan,tindakan reflex mata bila ada bendasing or sentuh yang kuat,sure akan keluarkan air mata.Aku x menangis,tapi lacrimal gland aku galak mengeluarkan air berserta dengan darah.Mata putihku injured sebab kena momentum yang kuat dri kayu bow tu.Hah,amik kau.Sapa kata kita xleh menangis air mata darah.Now i'm prove it we can do it.I mean we can menanges air mata darah.Hahaha..terbangga jap.sengal lah anda=p

Cgu Mardiana mula menggelabah,aku plak terpana jap smbil penin2 lalat.Mana x nya,mata kena bedil ngn bnda tu.hahaha..cgu dok tnya aku ok ka x.Aku mampu tersenyum lagi dan berkata 'saya ok cgu'.Padahal sakit kot.muahaha..bdget kuat.

Tanganku asyik menutup mataku dri terdedah.Senak kot.Aku rasa mata aku time tu nak tersembul keluaq pun ada..Sakit hanya tuhan saja yang tau=).Lepas tu,cgu Mardiana pun call cgu bertugas minggu tu soh bawa aku p hospital batu gajah.Hoyeh,dapat kluaq dari sekolah.Itulah perasaan setiap kali dapat keluar dari kawasan asrama.Mana xnya,kena kurung dalam area sekolah ja kan,best juga dpt keluaq ambik angin even nak p hospital.hahaha.

Then,b4 maghrib,aku pun dibawa oleh cgu azman a.k.a cgu Mang ke hospital dengan ditemani Ain merangkap classmate aku,iaitu 5Razi.Sampai ja hospital batu gajah yang agak uzur tu,aku diminta tunggu sekejap sebab ketiadaan doktor.Dalam pukul 7 lbh malam aku diminta masuk kedalam bilik rawatan oleh para2 medik.

Sebaik melangkah dalam bilik,"alamak,segannya aku.semua laki la plak".Aku disuruh baring sebab depa nak cuci mata aku guna cecari apa ntah.Time tu keliling mata aku dah mulai lebam,mcm kena tumbuk ja.hahah..tpi aku xdak la seganas tu lagi.xpenah lagi beradu tenaga dlm wrestling =p.Aku disuruh membuka tudung sebab depa nak cuci darah2 tu tkut mengotori tdg aku y putih mulus tu.
'Alahai,ptut aku ajak ain teman aku masuk skali.'terdetik aku dalam hati.

Aku membuat demikian,tapi just buka tdg n still memakai anak tdg.Segan gila dat time.Hua..xmau dah sakit2.segan nak kena rawat=p.

Dalam bilik rawatan tu ada la dlm 4 5 org.semua lelaki.Semua dok kalut cuci mata aku ni ha.Macam major injury ja.Padahal minor ja.haha.masa dok cuci tu,dan lgi depa interview aku.Siap dok sakat aku lagi.Haish2.Aku dah la sakit mata,dan g dok wat lawak,'maaf lah bang,aku xmmpu nak layan'.hahaha.

Pastu,aku diminta untuk tunggu sebentar sebelum berjumpa doktor yang sebenar.Masa dok tunggu tu,ada la 2 kali aku p surau hospital tu nak tunaikan solat.ni part perit gak la.Penglihatan aku dah mulai kabur.Masa nak tnduk rukuk or sujuk tu,yaAllah..sakit bukan kepalang.Seyesly rasa mata nak kluaq tergolek ja atas sejadah tu.Tapi ku gagahi dri nak menghadap tuhan yang maha Esa.

Dalam pukul 10 lbh mlm,bru aku menerima rawatan dri doktor.Punya la lama aku tunggu.Kerja sekolah plak bertimbun kat kelas.Aku plak bersenang-lenang tgu doktor ja.Padahal sat ja pun dia check.Doc ckp aku bernasib baik sebab x terkena anak mata aku,juts mata putih aku ja injured n xluka dlm mna.Aku diberi ubat tahan sakit,cecair nak buh dlm mata ngn cream nak sapu keliling mata ku yang dah membiru tu.Mata putih ku kini berwarna merah.Mcam pntianak pun ada dat time.Hahaha.B4 balik tu,cgu Man bawa p jumpa ustaz razi.Ustaz razi punya turn plak nak bwa aku blik p skola.Jauh jugak la jarak sekolah dengn hospital tu.

B4 blik,ustz bawa aku p makan2 sea food terbaik punya kat area batu gajah tu.Tapi sory lah ustz,saya tengah sakit.Selera makan x tinggi.Aku xmau order makanan,just nak air ja.tapi ustz suruh gak mkn,aku pun mengalah.Orang nak belanja,rezeki jgn ditolak=p.Ain pun join skaki la kan.He3.sian dia teman aku p hospital.Dah la lama kot.Jasa anda dikenang ain.n aku rndu ang.mana ang menghilang??ntah2 dah kwen paa..hahhaa.

Aku pun order la tomyam ngn nasi putih.Tapi malangnya aku makan x abis.Sua kat ain pun,dia xmmpu nak mkn.Ain ni berbadan kecil,so mkn pun ciput.dalam hati aku terdetik time tu,klu bwa member kuat mkn kan best.hahaha.Sory ain.Masa dok makan tu,ustz p call plak ayah aku di kampung tersusun,pulau pinang.Dah la time tu nak dekat kul12 dah.Ustaz hulurkan hp dia soh ckp ngn ayah.

Haa,ni part x best ni.Aku pada mulanya nak rhsiakan kejadian ni dri mak ayah aku.Xmau la kan bagi depa risau,plus aku bukan sepatutnya dalam bidang archery ni.Just gatai punggung p tlg cgu ja.Sangkaan aku tidak melesat,kena satu das tembakan dri ayh aku.hahaha.Kena marah free dari ayah aku.Adoi,bertambah denyutan mata aku kot.Dah la sakit,kena mrh ngn ayh plak tu.ngeh22.Isi marah ayah aku tu mcm ni:
Ayah:Awat yang paah gatai sangat p tolong bnda yang bukan bidang paah?bukan paah ada kepakaran dalm bidang tu pun.
Aku jawab:ala ayah,sian la cgu tu.Tu la paah p tlg.=p

Sesampai di dorm,suma kalut hurung aku tnya ok ka x.hahaha.sonok gak bila sakit ni,suma caring kat kita.Tapi tu la,merana la sikit.

*******************************************************************************
Esok kat kelas kecoh plak mata aku kena arrow.wow.scary ja bunyi.Kalau kena bnda tu buta kot aku.hahaha.Sure ramai terbayang mata aku tecucuk kena arrow,siap arrow tu terbenam kat mata aku pa??xdak la smpai mcm tu.tu over sangat kot.he3.
Aku pntg kelas keesokkan hrinya,sebab cgu nak bwa p jumpa doc lgi.Nak periksa mata aku lagi kot.hari tu mata aku dibalut sebelah,dah mcm lanun gopeng dah aku kot.hahaha.
Esoknya pulak,ayah aku plak mai amik bwa blik rumah.Aku dapat cuti sakit.Hoyeh..hahaha..Nak bgi mata cepat ok,aku kena restkan mata,so tidoq la jwbnya.(hobi semulajdi)
Benda ni x salah jdi hari selasa,hri ahd b4 tu bru ja kembali ke sekolah after cuti 2mgu kot,cuti penggal pertama.Hari Khamis plak aku blik rumah,xdan brapa hri blik g umh.Tu yang best tu=p.Tapi tu la kena bebel ngn ayah,bru ja blik bercuti,ni blik umh balik.tapi cuti sakit la.Tu yang slack tu.

Beberapa minggu pas tu bru mata aku baik.Sepanjang tempoh nak baik,aku tersiksa bermata mcm tu kot.Ada skali tu,ada oral english,kena present kat depan kelas.ADuhai,segan kot aku.Dengan mata merah dan mcm kena tumbuk tu,aku gagah juga berlakon depan kelas tu.Aku tau,time tu sapa tengok mata aku,sure rasa sian n geli(pasan lgi).hahaha.Sebab aku akan menutup mata aku ngn tisu if nak berhadapan ngn org,segan kot nak tayang mata aku y cun ni.
Sejak kejadian tu,nama aku popular la jap dikalangan cgu.Cgu Mang plak,bila jumpa aku sure tnya, 'Paah,mata dah ok?'.hahaha..Lawak la cgu.padahal dah berzaman dah baik.=)

maf pnjg again =)

4 comments:

Loki said...

asal aku xpenah tau pasal ni weh?haha

kjojie said...

macam2 la paah ni~~ :) gopeng ni, bila kami keluaq ja baru nak ada sukan2 yg best

Ifah Ibrahim said...

gila pnjg..esok2 la aku bc hehe

paahdentist said...

loki:tu lah ang..ntah kenai aku pun x msa tu.hahha

k jojie:he3..tu la pasai..org ckp xdak pasai cri pasai =)

tipah:ngeh2..dah bca lom??