Monday, 28 December 2009

Menggunakan Flos



Salam alaik..Post kali ni khas utk Latifah Ibrahim a.k.a kwn rpt ku
di mesia..Dia y request nak sgt aku post entry sal ni.I'm sure that almost of us malas nak flos.Kekadang semangat flos tu mai sat ja,lepas dua tiga minggu semangat tu hilang(cakap ats pengalaman sndri=p.selalu terjadi lepas jumpa my dentist).Nak flos ni kena ada disiplin y tinggi klu nak gigi sihat n cantik.he3.So,jom kongsi serba sedikit sal flos ni..Harap ngn info ni kita semua pakat rjin flos gigi ya.(padahal aku pun mls kot=p)



Apakah yang dimaksudkan dengan menggunakan flos?
Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa
makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika
memberus gigi.

Mengapa menggunakan flos penting?
Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika memberus gigi.


Jenis-jenis flos gigi

Ada beberapa jenis flos gigi :
• Flos berlilin atau tanpa lilin.
• Flos berperisa atau tanpa perisa.
• Pita gigi.
• Super flos.

Kesemua jenis flos yang dinyatakan di atas berkesan untuk membersihkan gigi jika anda menggunakan flos dengan teknik yang betul.

Berapa kerap anda perlu menggunakan flos?
Biasakan amalan menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum
tidur.

Bagaimana sepatutnya anda menggunakan flos?

Ikut langkah-langkah berikut :
• Lilitkan sepanjang 18 inci flos di jari hantu dan pegang bahagian 1 inci dengan tegang.
• Arahkan flos dengan lembut di celah gigi anda.Gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali dan lengkokkan keliling gigi dan tepi garisan gusi.
• Gunakan flos untuk membersih gigi belakang yang akhir.
• Buka flos yang bersih dari lilitan jari dan teruskan membersih gigi.

Bagaimanakah cara menggunakan flos untuk mereka yang kurang upaya?
Gunakan flos dengan pemegang untuk memudahkan dan membantu mereka yang kurang upaya.

Apakah yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan flos?
• Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul. Teknik yang salah akan
menyebabkan kecederaan pada gusi.
• Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian gusi ketika mula
menggunakan flos. Jika pendarahan masih berlaku selepas seminggu meng
gunakan flos, berjumpalah dengan doktor pergigian.

info dri menteri kesihatan malaysia..

copy n paste by paah

3 comments:

Ifah Ibrahim said...

hehe thnk u my paah ! lebiu ! toink2

k u c e n g said...

paah . gg aku ade karang . scaling lah tolonggg ~

merpatiputih said...

tipah:no hal la..small matter ja

ili:he3..lmbt agi la ili..agi 5thn agi kot..sabaq ya ili..free ja utk ang(utk 1st rawatan ja la=p)