Thursday, 31 December 2009

epi besday


Today 31 Dec 2009,the last day for this year therefore i want to take this opportunity

To wish a hepi besday to my fren, a good listener fren n good in given me an advice iaitu

AHMAD NUBLI BIN MOHD TAHIR...
he3...

epi 19th ek...may Allah bless u weh...n hope u'll get whatever u want..aminnn!!



inilah beliau(bdget stylo =p)
jgn mrh nub,t kena jualll ::)

posted by paahbaik=)

Tuesday, 29 December 2009

surat dah smpai

Salam alaik..tdi bru dapat berita agak boleh digembirakan la..Alhamdulillah surat y aku pos ngn k iba hari khamis ritu dah sampai kat mesia..So perjalanan surat aku tu amik masa dalam 5hari ja...Berbaloi jugak la aku bayaq mahai2..
Now,turn family aku lak uruskan dokumen aku tu..he3..selamat mengurus ya benah n ayah..thanks suma..


by paahsyukur

Monday, 28 December 2009

Menggunakan Flos



Salam alaik..Post kali ni khas utk Latifah Ibrahim a.k.a kwn rpt ku
di mesia..Dia y request nak sgt aku post entry sal ni.I'm sure that almost of us malas nak flos.Kekadang semangat flos tu mai sat ja,lepas dua tiga minggu semangat tu hilang(cakap ats pengalaman sndri=p.selalu terjadi lepas jumpa my dentist).Nak flos ni kena ada disiplin y tinggi klu nak gigi sihat n cantik.he3.So,jom kongsi serba sedikit sal flos ni..Harap ngn info ni kita semua pakat rjin flos gigi ya.(padahal aku pun mls kot=p)



Apakah yang dimaksudkan dengan menggunakan flos?
Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa
makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika
memberus gigi.

Mengapa menggunakan flos penting?
Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika memberus gigi.


Jenis-jenis flos gigi

Ada beberapa jenis flos gigi :
• Flos berlilin atau tanpa lilin.
• Flos berperisa atau tanpa perisa.
• Pita gigi.
• Super flos.

Kesemua jenis flos yang dinyatakan di atas berkesan untuk membersihkan gigi jika anda menggunakan flos dengan teknik yang betul.

Berapa kerap anda perlu menggunakan flos?
Biasakan amalan menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum
tidur.

Bagaimana sepatutnya anda menggunakan flos?

Ikut langkah-langkah berikut :
• Lilitkan sepanjang 18 inci flos di jari hantu dan pegang bahagian 1 inci dengan tegang.
• Arahkan flos dengan lembut di celah gigi anda.Gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali dan lengkokkan keliling gigi dan tepi garisan gusi.
• Gunakan flos untuk membersih gigi belakang yang akhir.
• Buka flos yang bersih dari lilitan jari dan teruskan membersih gigi.

Bagaimanakah cara menggunakan flos untuk mereka yang kurang upaya?
Gunakan flos dengan pemegang untuk memudahkan dan membantu mereka yang kurang upaya.

Apakah yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan flos?
• Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul. Teknik yang salah akan
menyebabkan kecederaan pada gusi.
• Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian gusi ketika mula
menggunakan flos. Jika pendarahan masih berlaku selepas seminggu meng
gunakan flos, berjumpalah dengan doktor pergigian.

info dri menteri kesihatan malaysia..

copy n paste by paah

Thursday, 24 December 2009

jom pos surat=)



Salam alaik.kali ni aku just nak kongsi my experience n skit information bout pejabat pos dalam gamaah mansoura.Baiklah,pgi tdi aku n kak iba pegi pejabat pos dalam gamaah dekat area ULUM.tujuan kami nak pos surat/dokumen ke mesia.Actually,tu borang2 medical check up y bru2 ni aku dok kalot buat tu la.

Kami guna perkhidmatan barid sarie' atau nama melayunya pos laju antarabangsa kot(men bedal ja)he3.
Harga dia if 0.0-0.5kg = 121LE + 1LE(sampul surat plastik tu).Sampai insyaAllah dalam msa seminggu ++.Tapi hrga utk brat selanjutnya aku xtau la
plak..maalishh

But if kita nak pos surat guna cara biasa or pos biasa 0.0-0.5kg just 30LE ja..okeh la tu kan.Perjalan surat kita ambik masa dalam 2minggu ++

If kita terima parcel or sumting,nak amik tu kena bayaq duit,x slh duit tu utk airport tax.Aku xtau la sekilo kena brapa genih,but tdi ada la sorg jr tu amik parcel dia dalam 14kg,dia kena bayaq just 140LE mcm tu la..b4 ni dia dapat parcel dlm 20kg kena bayaq hampir 200LE gak la..kira ok gak la.Then aku tnya la,sekilo from mesia brapa kena bayaq??Dia cakap sekilo dalam RM3o.Affordable right??he3.Parents dia guna pos laju mesia n dapat dalam masa 10hari jugak la.N paling penting,alhamdulillah barang dia diterima dalam keadaan selamat..=)

So,aku just nak suggest kat student2 sini if nak pos sumtg or nak bgi alamat utk org pos sumtg,just guna alamat uni kita pun bleh.Tak payah dah la nak p jauh2 kat utubis gadid tu.Just suggestion,xdak la plak aku nak soh hmpa2 boikot markaz tu plak..he3.

But,bila dah guna alamat post office uni kita, kita kena alert la bila rasa2 nak smpai surat kita,p la check tgk smpai x agi.Sebab,ammu2 kat situ even kita buh no hp kat parcel tu or sumtg,xdak plak depa nak call.Nak gak suruh dak2 mesia bgtau tuan empunya barang tu.Boleh ja nak bgtau,tpi bukan semua student kat sini y kita kenai kan??he3

If not mistaken,ni kot alamat u kita
POST OFFICE OF UNIVERSITY MANSOURA
P.O.Box 116,MANSOURA,EGYPT

ni resit pas aku wat bayaran tdi;)

Okeh,selamat mengepos barang kemesia..;;;)


by paahpostgurl=)

Wednesday, 23 December 2009

medical check up




Salam alaik..kali ni aku nak cita my experience wat medical check up kat bumi mesir ni..he3..Semalam(22/12/09) lps kelas praktikal Oral Histology,aku n kak iba pegi la merajinkan diri ke 'Mushtasfa Salab' atau nama melayunya Hospital Salab..Ni private hospital kat Mansoura,xdak la besaq mana,but better la skit service dari hospital2 public yang lain.Confident juga la kami nak wat medical check up kat sini..he3..

Kami tiba kat hospital tu around 11.45pgi waktu mesir.Kami kena menjalani 3 fasa bagi nak memenuhi borang medical check up tu.

Fasa pertama,kena jumpa doc or maybe pegawai perubatan kat bahagian blood test n urine test,tros ja kami dikerah untuk memberi darah.Macam biasa la nak amik darah n urine kami nak tengok tahap kesihatan masing2.Untuk urine test termasuklah untuk pregnancy test.Of course la aku x ngndung,kwen pun x agi kan..ha3 ::).Bagi ujian darah lak nak detect penyakit hepatatis B,HIV/AIDS/VDRL n TPHA. Okeh,just 2 bnda ni kami kena bayaq 138.50LE.Aku mula2 ingt ni total untuk semua rawatan kmi,tros senyum pnjang lebaq ingt murah la kan..hahahah..padahal tu baru untuk 2 test ni ja.Then kena trun tingkat bawah nak buat bayaran ni.

Fasa ke2,kena wat chest x-ray.Kali ni juru x-ray kami seorang laki y agak alim.Segan gak la kan sebab x-ray test kan kena buka abis semua..he3.Tapi nasib la mesir ni memudahkan bnda2 mcm ni.Dia just soh aku selepang tudung kat tengkuk ja.Tak payah mcm kat mesia,kena buka abis semua just pakai kain khas tu ja.Mesin X-ray kat sini agak unik,aku xtau mesin kurun ke brapa la.Sebab mesir xdak la semaju mesia kan.Okeh,selesai bnda ni,kmi dapat resit untuk wat bayaran another 35LE.Seperti biasa kena turun kat tingkat bawah bayaq kat abang jaga kaunter tu.Ngada skit dia tu,nak fakkah(duit kecik),klu duit besaq dia soh kita sendiri cari baki(APAKAH??)haish..sabaq ja la.

Then,kali ni adalah fasa terakhir iaitu fasa ke3.Lama juga la kami tunggu kelibat doc.Hospital ni xdak la busy sangat.Maybe sebab swasta kot kan.Tapi tu la,doc xbanyak mana pun.Lama juga kami tunggu doc utk dapatkan rawatan terakhir like kena check vision,skin,ENT,CVS,respiratory,CNS n PNS,phychiatric,etc.Macam2 juga la..Aku n kak iba expect doc ni nak wat semua rawatan ni or check apa y ptut la kan.Almost 1hour n half tgu,baru kami dipanggil jumpa doc.Okeh,bila jumpa,y bestnya doc hanya main tanda right2 n then ada some ques dia just buh NO,NO,NO.Then doc tu soh assistant dia amik bacaan blood pressure kami.Pastu semua2 ni kena bayaq 33LE..haish,klu aku tau la mcm ni ja dia nak wat,xpyh kmi tgu lama2.aku sndri leh jdi doc x bertauliah main right2 n NO NO.pastu blood pressure buh ja la pressure as normal person.hahaha...xpa la..semua dah selesai.ALHAMDULILLAHH

Hari ni baru aku leh amik result untuk semua2 ni.Hope xdak la sakit apa2.N hope borang kami juga akan sampai ke Mesia b4 due date.Bout nak pos surat ni ke Mesia lak,kmi just amik pos laju international biasa ja..Tu pun lepas ditimbang n dikira jarak maybe dalam 120LE..(Okeh la tuu)

Hurm,so dlm 2 hari banyak la duit habis untuk borang2 ni,xpa la.Bersusah payah dahulu,bersenang-lenang kemudian..hak2..suka ati aku ja menyedapkan peribahasa ni ;;)

p/s:ayah,sorry bulan ni paah buat keluaq duit banyak skit untk bnda2 ni ;)
by paahsihat

Saturday, 19 December 2009

activekan dirimu...

wah blog FAFAFA dh kembali active!!
so koram sume meh la singgah balik blog ni yer...
ke aku dh terlambat nk ckp blog ni dh active...
aku xdek la update lg blog ni lately ni paah je yg rajen nk update
bia la kte bg peluang kt die selagi die ade semangat nnt xdek tu xtau la
bile leh bc karangan die kt blog ni..
tp blog ni still dh penyelanggaran...
aku tgh edit2 n tambah2 sket ape yg patut utk bg lawa sket...hihihi
(kire aku update kt belakang tabir la ni)
hope nye koram suke la ngnwajah baru blog kteorg ni
nnt aku update ye...
skrg ni cm mls lg nk mencoret kata2 kt blog ni...
btw thnx to paah coz keep updating our blog go paah go..
k la kte jmpe nnt plak yer...daaaaa
lupe plk kalo koram rajen bleh singgah g blog aku sorang plk yer...ni link die
http://drcaries.blogspot.com
sile2 la ye...



handoff

Thursday, 17 December 2009

besday kinah


Tanggal 171290..
lahirlah seorang bayi perempuan y agak cute(sure kembang..=p)
maka,pacik nordin dan macik saaidatul pun menamakan bayi perempuan utk dengan nama y agak2 indah laa..he3(memain ja k) iaitu nur
sakinah syahirah...he3...
kinah da besday gurl

So aku wakil dri FA.FA.FA nak amik kesempatan ni nak ucap epi besday to you...may Allah bless u..hope u'll get whatever u want..aminn(ayt common aku bila wish besday org..he3)


hana,moh wiff besday gurl

Okeh la...nak bgi ayt special skit la memandangkan aku agak baik hati ni...he3..
hope u'll become a wonderful wonderpet..opss...hahaha..x2..wonderful gurl n wonderful dentist n wonderful person in this world yeah..hope our freindship berkekalan
hingga akhir nyawaku...hak3...g pun byk 'bnda' g apa g ek??alamak,xdak idea la plak..xpa la..

paah wiff besday gurl

apa2 pun,mcm mna ngn rncangan 4 da winter break ni??ayh aku dah bgi green light(thanks ayahh,love u)..he3


p/s:thanks 4 da besday party..i enjoyed it..trutamanya time lagu epi besday versi mesir..nice2..chachacha..hak3














kami=)

by paah

Wednesday, 16 December 2009

kita sebenarnya....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !

......lebih tahu apa itu
14 Februari daripada 12 Rabiulawal !

......lebih membesarkan hari
Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !

......lebih khusyuk mendengar
lagu daripada mendengar Azan !


TV

......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang
artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !

......lebih suka menyebut
hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !

......lebih suka
menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid!

......lebih suka
memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka
membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !


......lebih suka ke
konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !

......lebih suka
memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !

......lebih suka
mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !

......lebih suka
kemungkaran daripada membuat kebaikan !

......lebih bangga dengan
kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !

......lebih
cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...


KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

copy pasted from iluvislam :)

Renungan bersama: Ada beberapa ayt ni terkena kat batang hidung sendri..insyaAllah kwn2,masa msh pnjg.Allah msh sygkan kita.Marilah kita sama2 perbaiki dri menjadi lebih baik dari sekarang.Ingat,mati itu pasti

by paahinsaf

Tuesday, 15 December 2009

akhirnya,kena langgar juGa

Gambaran jalan crita aku=)

Ari ni,ari isnin.aku kena g kuliah sorg2.Even ahli umh aku suma dak gigi,tpi jadual kmi suma lain2(mcm mna tu??hahahha).Phm2 la.Aku xleh skip kelas PHYSIO sbb aku saja da only one x amik tusyen tu dikalangan ahli umh.Bukan sebab dah pandai or apa,sebab utama aku malas nak jalan p tusyen,alasan y lebih tepat,buang masa(but klu jejalan nak meronggeng aku x kisah lak.=p)

Nak jdi cerita,masa balik sorang2 ptg tdi,lgi beberapa meter nak sampai imarah(bangunan) umah aku,aku dilanggar basikal.Sesungguhnya aku x dapat hint langsung nak kena langgar tu(mcm la org len leh dpt hint).
Tempat kejadian: Jalan raya besaq kat kuliah adab,berhampiran umh aku.
Masa kejadian:Hampir2 pkul4 ptg.
Mangsa kejadian:Aku dan ammu berbasikal.
Jalan raya tu baru ja siap,baru ja cntik,so pak2,mamat2,macik2 n minah2 arab ni suka la bwa keta mcm F1.laju gila kot.Tau la best nak pecut,tapi tlg r,ni bukan highway,ni just jalan 'kampung' mansoura saja k.haa,ni nak bebel ni..he3.

Masa nak lintas tu,aku just usha side kanan ja,sebab jalan tu one way.Okeh,keta2 laju gila..aku jadi ilang kenyakinan nak lintas dat time,pastu bila dah sedia nak lintas,tnpa pusing kepala belah kiri,tup2 aku kena langgar dri side kiri..kena pinggang kiri aku.Terkezut gila dat time.Mana xnya,tetiba ja kot.Ammu basikal tu pun satu,x plak nak bunyikan bahasa isyarat y popular disini iaitu hissing of consonant 'S'..like 'pssssssssss!!", pun hon basikal(kat sini basikal pun ada hon,uniknya mesir)Slhkan org lak..
#Padahal dri sndri y cuai.
#Padahal dah banyak kali org lain pesan,lintas jalan kat mesir ni kena beware abis..xdak istilah one way even actaully jln rya tu one way sebab jalan raya kat sini bukan ja kenderaan berat y guna,kenderaan ringan like basikal,keldai,keta kuda pun turut serta memeriahkan jalan2 raya disini.=)(uniknya mesir)

Spontan aku terjerit(xla kuat sgt) "Allahu Akhbar!" n tros ckp 'maalish'(maaf) kat ammu tu,but ammu tu bls ngn mrh,but aku x amik pusing dah sebab malu sangat kot.Then tros aku lintas jln tnpa pusing kanan kiri dah(nak bagitau betapa malunya aku masa tu).
Nasib la aku x jatuh,but pacik tu la mcm nak jatuh sebab dia dah berusaha brek kot :) dan
nsib la momentum perlanggaran kami x kuat gila.But apa2 pun terkesan la kat pinggan aku ni ha..
Rasa sengal2 until now.He3.Masa nak naik tangga umh,dan lagi aku usha belakang nak make sure xdak org melayu y nampak kejadian tu.Tapi aku perasan akn kelibat melayu juga..Minx2 dia xcam aku..hahahaha.

Kesimpulan:
1=Nak lintas jalan kena beringat n bawa mengucap banyak2=p
2=Aku kena dipimpin or memimpin org lain if nak lintas jalan kerna tahap keberanian tinggi jika ada peneman.
3=Akhirnya,aku ada pengalaman kena langgar coz b4 ni nyaris2 kena langgar ngn basikal n just dengaq cita org dilanggar.he3.At least i got experience even bitter=)
4=Alhamdulillah x injured mana,thanks Allah=)

posted by paah

Monday, 14 December 2009

'in-yer-face' day for me..



salam alaik :)
dikala dingin subuh hri ahd semalam,ada sumtg terjadi.nyaris2 mengilangkan semangat aku nak p kls practical anat.(tpi muhadorah aku terkubur la=p)hu3.nsib aku kuatkan semangat nak mengorak lgkah kekls even smpai lwt 15mnt,but like always,our doc not coming yet..he3..tu bgi peluang utk aku berlengah2 lgi nak smpai kelas.

ok laa...apa jdi ek pgi smlm??hahaha..aku tlh argue ngn sumtg wif my fren by chatg kat ym..hurm..pengakhiran y agk xmemuaskan hti aku.sdh kot.dah lma kmi kwn,at last ni y jdi.apakah?
aku xdak la smpai nak worstkan keadaan,just nak pengakuan jujur ikhlas dri dia ja.alhamdulillah la dia ngaku apa y aku nak dengaq selama ni,but plis la jgn smpai nak ptskan persahabatan kita.nak wat mcm saling x mengenali.pyh kot bgi aku nak wat suma tu.hope hti dia berlembut nak trima aku as fren.(aminn)
hurm.so semangat aku down blik kot.but xlma..aku dah mtg maybe(poyo ja).nak jdi cita best..ptg tu aku tidoq dri kul3 until 5pm.moh as usual kejut aku bgn solat mgrb(la ni mgrb kul5.++)..(kantoi tidoq petang).jgn amalkan ek.nnti jdi gilas~~
moh,'paah,paah..bgn solat mgrib.'
aku,'hurmm...(kacau mimpi aku ja moh ni.ahaks~)'
dgn mls2 aku bgn,gosok2 mata n wat la apa y ptut(mcm hmpa wat pas bgn dri tidoq la)pndai2 pk ek..he3.den bru nak buka lgkah nak p toilet,my phone is ringing(mcm lgu wonderpets kesukaan kak nad =).den aku usha plik la,no sapa lak mc aku mgrb2 mcm ni..pastu wat bodo agi,coz kedit xdak..den,bru nak buka lgkh skali agi,my phone is ringing back..haishh.pastu aku angkat la ngn suara pas bgn tidoqnya..he3...
lps ckp brapa saat,bru aku realize sapa ditalian..yaAllah time tu tros segaq-bugaq aku diwatnya..he3..i'm so excited trima pgilan dri dia..coz lma dah kot x marapu meraban ngn dak tu..hahaha...moh sedaq perubahan aku smpai senyum2 sinis..hahaha...

xleh blah...perbualan kmi amik msa y lma gak la..sambung pas aku solat mgrb siap..he3...
dlm dok marapu tu,dan lgi dia bgi nasihat kat aku..xleh blah tol.x biasa lak aku dpt nsihat dri dia secara direct tru phone..tu mcm 'ala,dak ni,sudah2 lahh'=p(sory kwn,but aku hargai)dlm isi kndungan perbualan kmi berkisar sal life dia la ni,psai kwn2 len.psai exm la..bla3.tpi y plg aku xleh blah..dia mcm perli la..dia ja ingt kwn,kwn2 len xplak ingt dia..hahaha..sian beliau..
'haishh..mna ada..aku ingt ja ang kot,tpi xtau nak cntct mcm mna'..
den dia bls,'lor,persahabatan memerlukan pengorbana,berani amik risk'
gelak2 aku nak cover malu.sebab nak amik hti dia,aku tawarkan barangan dri mesir ni..
'ang nak apa??'..tros dia gelak2..

konklusinya disini ialah: da same thing happened again..mcm post aku y b4 ni..bertajuk kehidupan agak adil tu..thanks Allah ats semua ketentuan ni..aku akan cuba hadapi even pahit...=)

p/s:amacam ili,ada improvement x??hahaha..=p

bebelan by paah

Sunday, 13 December 2009

erti sahabat



Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

copy pasted from iluvislam

my bebelan:
hurm...trasa gak aku bout bnda ni..dush.dush.!
sory kwn2, if aku just jadi tukang cerita but jrg jdi tukang dengaq...
but i try my best to be a good listener even sometime i can't find the solution for ur probs..
i love to be both..(if mmpu)
but sometime i'm too choosy..
kat sapa aku nak jdi tukang cerita
kat sapa aku nak jdi a good listener
#ni x pilih,kekadang bangga sebab kwn2 luah sumtg kat aku,kira aku ni leh dipercayai :p
kekadang smpai usha slot masalah n luahan hati y org2 hntaq majalah2.sebab suka nak tau mslh org..but solution x plak aku tingin nak belek..he3..trok siot
but bgi aku...kita perlu memilih gak kat sapa kita nak luah@crita sumtg2
bukan semua org kita leh bedal nak luah sumtg2 probs..
kena pilih org y sesuai..
masa y sesuai..
keadaan y sesuai...
but i'm sure that at least we have a sahabat...
which we give n take everythg together right??

org mcm aku..
prefer to share my probs or story with friends rather than family
i don't know why...
adakah aku trok??
sebab ptutnya kan family fisrt...
hurm...
ntah la..
maybe lain org lain caranya...
last but not least..
sory kat sesapa y selalu jdi mgsa dengaq my probs...sgt2 hargai
n i'm very appreciate kat sesapa y suka kgsi probs dia with me...

by paah :)