Sunday 29 August 2010

tadarus Al-Quran




Pada 16 Ramadhan baru2 ni,bersamaan hari Khamis, 26 ogos.Macik Sopiah iaitu mak aku telah menganjurkan majlis tadarus Quran di rumah,Kampung Tersusun Pongsu Seribu ..

So aku merangkap anak yang baik,kena la kemas2 umah,tolong mak masukkan ole2 dalam beg sebagai tnda ingatan kat macik2 yang mai tadarus ritu.
Mak jugak melantik aku jadi tukang amik gambaq dan bagi goodies kat para tetamu.

Seawal jam 8 pagi,ruang tamu umah aku dipenuhi para tetamu.Aku yang selalu bangun lewat terpaksa bangun awl.Ada ka patut org dah start mai,aku baru kalot mandi.Hahaha.Nasib baik mak x marah =p

Mak menjemput seramai 100 orang bagi menjayakan majlis ni.Agak sesak la umah aku.
Tugas aku nak amik gambaq agak terbantut disebabkan tiada ruang aku nak jalan.Sesak dia ibarat lutut berlaga lutut.

Majlis bermula pada pukul 8.30pagi yang dimulakan dengan tazkirah oleh ustazah jemputan.Ustazah tu ada cerita perihal isteri2 Nabi Muhammad S.A.W. Dan point yang aku dpt adalah,perempuan ni memang bersifat cemburu.Hah.=p
Mak turut terlibat membaca ayt2 suci Al-Quran,manakala aku tidak berpeluang disebabkan masalah yang xleh dielakkan.
para tetamu bertadarus =)

Lepas abis tadarus,dijalankan majlis doa selamat untuk kedua2 hero keluarga aku yang masing2 nak amik exm pntg thn ni,sorg spm dan sorg g pmr.Hope hampa dua x hmpakan harapan mak ayh k :)

Majlis selesai tepat pkul 11.30 pagi.Alhamdulillah,program berjalan seperti yang dirancang.
Mak plak epi.Dan mak bercadang nak buat majlis ni setiap tahun.

Mak cakap,2 tahun berturut-turut busy dengan persiapan kenduri perkahwinan kak long dak kak ngah aku,tahun ni busy dengan majliss ni plak.
Bukan busy apa,nak sediakan goodies untuk para tetamu la.Mak mmg suka goodies2 ni.

Antara benda ada dlm tu adalah acar,sebekas kurma yusuf taiyob,kopi radix,kopi zhulian,buku doa dan jugak air kayyis iaitu air dri bacaan 30 juzuk Al-Quran.
Ada gak brg2 tu disponser oleh kwn2 mak yang nak bersedekah.

Berdasarkan apa yang mak aku cakap,aku rasa nnti aku pun akan berkahwin macam 2 kak aku sebelum ni,selepas raya puasa,iaitu bulan Syawal.
Kalau benda ni jadi tradisi family aku mcm menarik ja.Hahahah
(syok sndri,maaf )

Yang bestnya,disebabkan acara macam ni,ramai kenalan mak dapat berjumpa semula.Contoh perbualan depa,"Laaa,si fulanah,dah lama x jumpa naa...".Balas macik sorg g, "Tu la..nak jumpa macam mana,masing2 sibuk,ada majlis mcm ni boleh la jumpa..".aku y dengaq depa bersembang turut gembira.


Satu g yang mcm best,hahaha,alhamdulillah aku dpt jumpa tukang jahit baju raya aku.Tahun ni macik tu x amik upah menjahit dah,sbb tahap kesihatan dia x mengizinkan.
Macik tu mengidap kanser,tapi masa dia mai umh aku ritu,aku tgk alhamdulillah sihat ja.Macik tu sempat bertanya sapa amik upah buat baju raya aku la ni.he3

Hurm,apa2 pun,majlis macam ni banyak mendatangkan kebaikan kepada kita suma.Pahala sama2 dapat,silaturrahim pun dapat dijalinkan =)

3 comments:

Iqbal Hakim said...

aku orang pertama yang komen... wiee..
hari nie aku pun ada majlis.. but majlis bukak pose je la..
meriah..
aku rasa majlis ang memang meriah ar.. hehehe.. baguih anak dara dok mengemas..
ringan2 sket keje.. hehehe..

Loki said...

bulan syawal aku xdak cuti la paah :P

paahdentist said...

iqbal:hahaha.xdak la bgs mna

loki:blah la,ang kena mai gak.minx cuti kat bos ang.hahaha