Monday, 23 August 2010

i$ra3L



Entry kali ni berilmiah skit.he3..


Teruja aku menonton 'jejak rasul 16' episode hari ni.
Kali ni crew jejak rasul telah membuat pengembaraan di bumi Palestine.

Terkejut bila aku dapat tau ekceli perkataan Israel itu adalah juga gelaran untuk nabi Yaacob A.S.
Israel adalah daripada perkataan Bahasa Ibrani. Nak tau lbh lanjut sal bahasa ni cuba usha this link http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Ibrani =)

Seperti yang kita maklum,kitab Taurat juga adalah berbahasa Ibrani.
Israel erti kata lain bermaksud tentera Allah @ hamba Allah.
Isra bermaksud hamba @ tentera,manakala El membawa makna Allah dalam bahasa Ibrani.

Crew tu jugak memberi tahu bahawa Nabi Yaacob adalah berketurunan Nabi Ibrahim AS. Dan ayah nabi Yaacob adalah Nabi Ishak A.S.

Allah telah memberi gelaran Israel kepada Nabi Yaacob kerana kemuliaan dan keimanan baginda kepada Allah.
Gelaran Israel yang diberikan kepada Nabi Yaacob tidak dijelaskan secara langsung dalam Al-Quran.
Tapi dalam Surah Al-Maidah,ayat ke 70 yang membawa maksud 'Sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian dari Bani Israil,dan telah kami utuskan kepada mereka rasul-rasul'. Ayat ini telah menunjukkan kaum nabi Yaacob telah diberi gelaran Bani Israel.

Manakala,kaum Yahudi telah mereka cerita bahawa Nabi Yaacob telah bersengketa dengan Allah dan Nabi Yaacob menang dalam perlawanan itu. So Allah telah bagi gelaran Israel tu kat Nabi Yaacob. Astagfiruallah.merapu ja depa tu.haish2.

Padahal dalam Islam,x timbul isu tuhan berlawan dengan manusia kerana Allah tiada tandingan dengan makhluk2 lain di alam semesta ini.

Maqam Nabi Yaacob dan keluarganya terletak di dalam sebuah masjid yang diberi nama Masjid Ibrahim,terletak di Hebron,Palestin.

Pengawalan y ketat if kita,orang islam nak masuk masjid tu.
Hanya lelaki yang berusia 45 tahun keatas,kanak2 dan wanita ja boleh masuk solat dalam masjid tu.

Nak masuk masjid tu kena lalui 2 security gates. Ntah pa2 ja.
Padahal nak masuk masjid untuk solat,tapi macam nak masuk tempat apa ja.
Tujuan tentera Israel buat macam tu just nak kurangkan bilangan jemaah kat masjid tu.

Dah la tu,masjid tu telah dibahagi kepada 2 bahagian.
Satu untuk org Islam,satu g untuk kaum yahudi.
Orang Islam x boleh masuk n tengok langsung pusara Nabi Yaacob sebab lokasinya yang terletak di bahagian Yahudi.Depa kawal rapi kawasan tu.
Maybe sebab ikut kepercayaan depa yang karut tu la..

Hurm,best jugak episode kali ni.
Sebab pertama,baru aku tau bahawasanya erti lain Israel,sebalik membawa makna nama sebuah negara yang x wujud dahulunya,tapi kini wujud atas kekejaman kaum itu pada zaman ini.

Sebab ke2,aku dapat lihat negara Palestin menerusi kaca tv even negara tu kini makin mengecil dan mengecil.Xdak lah mcm apa yang aku bayangkan.Aku ingat rakyat dia langsung x boleh bernafas dinegara sendri.aku bayangkan semua tempat musnah.Kini baru terbuka skit mata aku macam mana keadaan negara Palestin.

Lepas tengok cerita tu tadi,terdetik aku nak p menolong apa yang patut,alangkah bagusnya aku mati syahid dibumi Palestin.Tapi adakah insan mcm aku layak untuk mati syahid?adoii...

Hurm,jom lah kita semua doakan kesejahteraan rakyat Palestin dan jugak untuk kesejahteraan umat kita,iaitu Islam. aminn =)
sumber dari:jejak rasul edisi 16 pada hari Isnin bersamaan 23 Ogos 2010 =)

2 comments:

loki said...

sebab tu jgn cakap 'israel jahat!',
sebaliknya cakapla 'zionis' tu yang jahat. :)

paahbaek said...

owh.
bru aku tau.hahhaa
thanks loki =)