Wednesday, 28 April 2010

gawazat syg!


AMARAN KERAS:Entry ini berunsur emosi ;)

Gawazat.Gawazat adalah tempat paling popular dikalangan para pelajar yang menuntun di mesir ini.Siapa saja y ke sana,insyaAllah akan pulang dengan membawa hati y hampa macam aku pagi tdi.(just now)
Memang lepas keluar dari gawazat tadi mulut aku 'memuji2' sistem di negara ini.Opss,lupa lak nak bagitau,gawazat tu adalah satu tempat nak renew visa ya kwn2.Atau lebih dikenali dengan emigresen.
Sangatlah memualkan tekak aku setiap kali melangkah kaki kesana.Nasib aku tidak penah baik.Setiap kali kaki melangkah meninggalkan gawazat,dosa ku pasti bertambah,aku pasti!Mana xnya,berapa butir perkataan indah akan keluar dari mulut seiring dengan ketidakpuasan hati aku.Terok2..(jgn tiru aksi ini =p)

Hampir 4bulan berlalu,proses terakhir untuk mendapatkan visa pelajar selama setahun sepatutnya sudah selesai,tetapi disebabkan sistem dinegara ini yang memualkan tekak aku,sampai la ni x dapat lagi cop visa di passportku.sengalll.

Nama2 orang lain dah naik kat gawazat,tpi aku,k iba n k wani xpulak timbul2.Kami hampir berputus asa.Tetapi digagahkan juga kaki melangkah ke Amnu Daulah(balai polis mcm tu la),nak periksa bagaimana kondisi nama kami disana.

Sebaik sampai,kami serbu la bilik amu tu.Pabila diperiksa,dalam satu list name,8 dari 10 orang tidak lagi menghadirkan dri ke Amnu Daulah untuk membuat pengesahan disana.Hanya aku n kak iba ja baru melaporkan diri kesana.Tolanglah wahai kawan2,sudah 4bulan kot nama hampa berhabuk kat sana,awt la x p laporkan diri lagi.Kalau 8 org ni x settle kan juga,memang sampai kesudahlah fail aku n kak iba xkan sampai ke gawazat.Pliz la...cepat2 la laporkan diri kat sana kekawan.Tersiksa tau ak bgi kami ni.Aku xmau kena buat visa baru if nak keluar dari mesir ni,kena duit lagi.

Cara-cara nak perbaharui visa kat sini mcm ni:
1)Pergi gawazat,isi borang untuk renew visa,pastu kena beli stem apa suma.If bernasib baik,selesai on dat time.If x,kena datang pulak petang.
2)Dah selesai,dalam masa seminggu 2 insyaAllah nama akan naik kat Amnu Daulah,(bagi yang nak buat visa utk setahun or 6bulan xlsh).SO kena p Amnu Daulah untuk laporkan diri la kira.
3)Bila nama2 dlm satu kertas tu,semua dah settle di Amnu Daulah,barulah fail akan dihantar semula ke Gawazat.Maka baru anda layak menerima cop terhormat VISA..

3kali ja diikutkan if nak selesai hal ni,tapi tidak bermakna muka anda akan muncul di gawazat untuk hanya 3kali.Pasti banyak kali.Hal y sama terjadi pada aku pada tahun lepas.Banyak kali kot aku naik turun gawazat,tpi last2 kena wat visa instant y memerlukan duit.huhhh
Nampak mudah,tapi bila anda2 menghadapi semua ni,baru tau susah senangnya.Nak pastikan semua orang settle hal kat Amnu daulah satu hal.Mana la nak kenai orang2 lain tu.So payah juga kerja nak suruh orang2 tu settle kan hal ni.Yang aku pelik,dah 4 bulan kot,awt la xdak sorang pun dari 8 orang tu p laporkan diri di sana..Plik2 la..

Hope benda ni selesai b4 bulan 7 la.Mana nak tau aku nak keluar dari mesir,xpayah nak nak wat visa lain.Padahal benda patut selesai,tapi x boleh selesai juga sebab ada segelintir dari kita x amik kisah pasal ni dan juga sistem mesir yang sangat memualkan.

Currently cuba menenangkan hati.N mengingatkan diri akan peperiksaan yang tinggal lagi sebulan ini.Cuak!

Tuesday, 27 April 2010

marah ;)


Perasaan Marah Dan Jantung Kita

www.iluvislam.com


APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?

Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan?

Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal.

Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita.

Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.

Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan terhadap hubungan sesama insan.

Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.

Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.

Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan.

Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.

Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?

Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.

Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.

Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.

Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.

Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.

Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.

Cara mengatasi kemarahan

Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:

1) Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10

2) Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda

3) Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)

4) Mendengar ayat-ayat Quran

5) Mengisi masa dengan hobi

6) Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi

7) Meditasi

8) Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir

عَنْ أَبيِ هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - : أَوْصِنيِ . قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » فَرَدَّدَ مِرَارًا , قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ .
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah R.A, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam : Berilah pesanan padaku, lalu bersabda baginda,: " Janganlah kamu marah", maka diulangnya berkali-kali "Janganlah kamu marah". Riwayat Albukhary.

Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda.


Sumber artikel asal :
hmetro.com.my

PssT:marah x sama dengan terasa hati kan??hahaha

Wednesday, 21 April 2010

ADAMaya =p


Berehat sebentar bersama aina.
Hahaha.sengal ja aku.berehat sebentar la konon.padahal sentiasa kot aku berehat.xpulun mana pun study.adeh..terok2..Aku sedar akan hal itu,tapi langkah nak atasi x amik pun.

Hurm,aku skang having a short holiday kat alex.lepak2 umah aina...sian aina,dia busy dok p kuliah,aku lak senang lenang di rumahnya...


Opss,aku bukan pntg kuliah k,just almost subjek yang aku amik dah abis belajaq..So sekarang just hari khamis,sabtu n ahd ja aku ada kelas.So aku nak keluar jap dari 'kesibukkan' mansoura,aku melarikan dri jap kat sini..=)

Hari2 lain patut digunakan untuk study.Al-maklumlah,mansoura sekarang dah bermula demam exm...So niat mai sini kononnya nak cari mood baru nak study.Ngeh2..hope jumpa la mood tu kat sni..Hope sumting here can boost up my spirit...by what??usha pantai kot.hahaha

InsyaAllah esk lepas subuh,i'll rushing back tu mansoura n hope i can attend my practical class..=).(aku mmg suka rushing2 ni.amacam,leh msuk amazing race x??=p)


N one more,aku telah terjumpa drama baru y 'kena' aku follow la plak pasni,iaitu ADAMAYA.Agak sweet la cita ni..Semua ni aina y ajaq.hahaha(jgn mrh aina,bukan slh anda,aku y nak tgk jugak)

Saturday, 17 April 2010

lowrate


Pada tanggal 17 april,(just now)aku telah berjaya membeli satu kedit untuk calling2 mesia dri kak husna.Ngeh2..
Selama hampir setengah tahun disini,baru timbul kesedaran aku untuk membeli kredit untuk calling2 mesia.Sifat buruk aku ni terbawa2 sejak dibangku sekolah lagi.

Ya,aku akui aku bukan anak y baik,tetapi tidak bermakna dengan tidak bertelefon aku x ingt mak ayh.Anak mana x ingat mak ayh bila berjauhan.Anak y x kenang budi ja kot mcm tu(sory if ada trasa)

Bukan dengan xdak kredit ni,aku x conctact langsung dengan mak ayah.Saban hari aku sure akan berbalas email dengan ayah aku..Tu ja medium yang ayh aku pandai guna.Kalau nak harapkan ym,ayah aku bagi alasan lambat taip.Mana xnya,b4 ni keja kat office secretary yang tolong taipkan.hahaha.

Kalau dengan mak pulak,aku lebih suka sms teros..Dulu b4 rate sms rndh,every week ada ja aku msg.Tapi la ni jarang dah la msg my mum.Tapi paah tetap ingt mak k.he3

Klu dengan kak2,ym or skype.Ikut la nak call ka,video call ka apa.Kekadang amik tau melalui fb ja=).Ngan adik2 laki aku??bertuah depa nak cntct aku dlu.Aku ja kot kena buzz depa kat ym tu ha..aku ja sibuk rndu depa,depa ntah2 ingt aku pun idak.huaaaa(ka aku y emo lbh??)=p

N sepanjang 6bulan ni,baru la 2kali aku call mak ayah aku.Sekali tu time rakyat mesia dimesir rmai2 guna line celcom tanpa keizinan.Call direct phone to phone just 4 free.mUahhaha

N second time bulan 3 ritu,thru skype.Tu pun kak ngah tlg arrange kan utk mak ayah aku bervideo call dengan anak kesayangan depa ni(pasan sat=p)


Hurm,sure ramai cakap aku terok kan?Tapi tu la aku.

Tingat lagi masa zaman sekolah.Time f2 kot kejadian ni terjadi.Masa tu hari minggu,hari sabtu.Macam biasa,nama pun hari minggu,sebagai pelajar sekolah berasrama penuh,time2 pagi tu la aku nak balas dendam bangun lambat.(padahal mmg kuat tidoq=p).Tengah dok sedap2 tidoq,dengaq ada org jerit nama aku dari tingkat bawah smpai kedorm aku y berada di tingkat 2.
"Paah2,mak ayah ang mai ni"..suara org yang menjerit.
'Bohong apa,xkan la mak ayh aku nak mai jauh2 kot',bebel aku dlm hati.
Pastu mai plak kwn dorm sebelah."paah bangun,mak ayah ang kat bwh tu"
"ala,xkan la kot.jauh kot nak mai,"aku still x pecaya.
"Loh,x caya p tengok keta camry sapa kat bawah tu."
Aku dengan beralas kan towel dikepala mengjengoikan kepala dari block asrama
Tink!Terpancar sinaran warna kereta ayah aku dibawah.

"haah la..mak ayh aku mai,adehh.sebab apa lak ni"(patut epi la kan,sengallah paah)
Tanpa berlengah,aku basuh muka ala kadar n terus melompat ke bwah.(wat aksi best sat)

Tup2,bila jumpa mak ayh,aku kena marah sebab dah lama x tepon rumah.Ada la dlm 2minggu kot aku x tepon langsung.Bagi aku tempoh tu xdak la lama mna.Ngeh2.Terok tol.
Aku bukan apa,satu hal aku mmg jenis x rjin tepon orang.
Ke2,aku malas nak beratuq kat public phone.
Ke3,aku mls nak cari duit pecah or coins.
Ke4,aku xtau nak cerita apa,sbb kondisi aku ok.(terok tol.huhu)
Aku mmg pndai wat alasan baik punya.he3

Tapi maybe mak ayah risau kot macam mana keadaan aku kat sini.Rupa2nya,sayang mak ayh aku sgtlah mendalam,aku ja x pasan.Aku jadi terharu.Ditambah pula dengan kesanggupan mak ayh aku drive semata2 dri kepala batas,penang ke gopeng,perak nak bertanya khabar akan aku.

Pagi yang hampir2 ke tengah hri itu,aku telah di brain wash oleh mak ayah aku akan sikap aku ni.Pastu,siap kena marah sbb bgn lwt pgi.muahaha..

Aku just dengaq ja semua nasihat,lepas ja selesai,teros aku ajak mak ayh aku outing ke jusco(tempat kesukaan pelajar sbpi gopeng hang out zaman dulu kala).Tapi mak ayh aku kena tgu aku mndi la dlu.Bertuah punya anak kan??hahaha

Friday, 16 April 2010

cancer

adakah masih ada sinar utk hari esk??

cancer.
gerun x bila hmpa dengaq bout the most killer disease in the world.(hemtam ja ni)
hohoho.ni la yang aku bincang dengan kak nada semalam..

tetiba ja aku risau sal ni,tapi dah lma dah actually aku terfikir bout this disease.since f4 kot aku selalu dok merapu ngn kak qila sal penyakit cancer yang amat popular dikalangan wanita.nonsense right aku ni??

smlm,k nada ada bgtau aku bahawa cancer ni ada adik beradik dia.Contohnya,dlm family kita(family besaq la,i mean macik2,pacik2,tok2 suma tu la kan),if ada yang dah kena breast cancer,org lain x semestinya kena breast cancer,tpi boleh juga kena sama ada ovarian tumor or endometrial tumor.

if i'm not mistaken lah kan,family belah mak aku ada ja ang kena 2 dri 3 barah2 ni.Pastu plak,tahun lepas tok ayah aku meninggal pun sebab cancer,barah mulut.

Opss,aku baru tersedar akan ini.So,i need to take precaution regarding cancer la kan??
Ka lbh baik jgn pk bukan2??
Ka lbh baik pk sedikit negatif sal kesihatan kita ni??
Hurm,tpi aku rasa better aku amik langkah sedikit selamat by wat medical check up kan??
Better tau tahap kesihatan kita sekarang dri tup2 dah trok.
Tau ja la kan,penyakit ni amatlah cepat merebak n payah nak diubati if fah terkena.adehhh


Tapi adakah aku ni terlalu berfikiran negatif?
Or terlalu pk sal mati?
Ha la,ISlam sendri suruh pk sal mati kan tiap2 hari.Sebab dengan pk mati kita akan lbh dekat denganNYa n takut nak wat dosa...



Tuesday, 13 April 2010

'talak satu' =p



hi all
Dikesempatan ni saya nak buat pengumuman rasmi bahawasanya saya,nur farhah binti ahmad shabir akan mengambil alih sepenuhnya keatas blog ini.
Sebelum ini,seperti anda semua sedia maklum,blog ini adalah hasil perkongsian 3 gadis pergigian iaitu farhana.farhah.fatimah.

Memandangkan farhana dan fatimah telah mempunya blog masing2 dan ketidak-aktifan mereka dalam FA.FA.FA, dan juga keterlebihan aktifan farhah dalam blog ini yang macam dah conquer blog seorang diri,dengan ini jatuh 'talak satu' dalam institusi kekeluargaan mereka.

Penceraian ini telah lama dituntut oleh fatimah wa farhana,namun pihak ke-3 iaitu farhah telah meminta penangguhan kerana ketidak-sediaan beliau dalam menjalani kehidupan bersendirian.=p

So kat sini aku nak bgi link ex aku la ek fatimah farhana

we=)

Later,aku akan renovate this blog sikit2 naa...sbb xdak masa nak wat demikian diatas kekangan masa(yo2 la sgt,padahal xpndai mana=p)

n thanks kat sesapa y sudi singgah n layan penulisan aku y banyak merapu ni =p

Sunday, 11 April 2010

muk n mut




edisi merapu =)

ops..haaaa.dua serangga ni dah kembali menghangatkan suasana rumah aku pada musim panas ni.aku sungguh/agak allergic la dengan cik mut n cik muk ni.

bru2 ni aku g bertapa kat umh anah di cairo,alhamdulillah telinga aku jauh dri gangguan bunyi kepak2 si muk berlaga..

tup2 blik umh,malam tu,yaAllah,nyamuk2 gemuk mengganas
banyak plak tu..agaknya depa rindu kat aku kot.so nak balas dendam la malam tu.so mana tu tidoqku diteman oleh nyamuk jantan n nyamuk betina

pastu semalam plak,lepas usai solat, aku usha la biskut aku...tup2 semut dah start hurung
haaa...cik mut dah start menunjukkan diri dah.payah kot.semut sini plik skit..
semua bnda nak hurung
semua bnda nak makan
semua bnda nak share ngn aku
sampai carrot aku kat dapuq pun dia hurung

weh2..
tau la carrot aku manis,jgn la nak ngap jugak..
adoi...

tu lah cerita musim panas.
idup aku xpenah sunyi dengan cik mut n muk...
tapi at least better depa dua
dari ada cik ti
he3..
lgi aku allergic
=p