Wednesday 21 July 2010

sujud syukur


Salam alaik.Kali ni aku just nak share how to do a sujud syukur.Maybe ada org yang dah tau,i just want to recall.Kepada yang masih x tau cara nak buat,disini aku sertakan cara2 nak buat sujud syukur =)


Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya,mendapat keyajaan didalam peperiksaan dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang.Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk

If ada terkurang or terlebih,hope dapat kongsi dan perbetol =)
copy pasted dripada 'SOAL JAWAB KEMUSYKILAN AGAMA'

2 comments:

~AiNa~ said...

paah=)
tq utk perkongsian ilmu ini=)

auni said...

paah sorry pasai sujud ni..xbgtw blk...hehe
yg hang tulis tu betul....kte dah tanye dah kwn kite...
thx kongsi ilmu..=)