Sunday, 30 October 2011

si teddy dengan shisha nya :)




Bad teddy
Silap hari bulan leh jdi ikutan budak2
hahaha. Mesir2 :P
tapi sini memang bersepah dengan kedai shisha pun
so no wonder la kan sampai teddy pun isap gak haa

So sesapa y nak order botol shisha ni bagitau la aku
leh aku buat business jual balik kat mesia
hahahaha :P

pic ni diambil petang semalam masa dok jalan2 cari patient. x jumpa patient jumpa teddy la:)

Saturday, 29 October 2011

sakit dan mengantok itulah wire bending :)

Wire bending satu dental work yang menyakitkan tangan dan mengantokkan.
selain menyakitkan ibu jari dan jugak jari2 lain,kalau kita tidak berhati2 dalam melentur wire tu jugak kemungkinan kita akan mendapat hirisan yang dalam dan menyebab kan ibu jari kita pedih ketika makan dengan menggunakan jari jemari runcing ini :P



Tetapi jangan khuatir, jika jari anda terluka hanya perlu sapukan gamat dan balut luka dengan menggunakan plaster berwarna-warni bagi menceriakan balik mood sakit anda itu. Itu lah yang saya lakukan,dengan memakai plaster berwarna merah,adakalanya hijau dan ada kalanya kuning. Cantikkan? :)
Tak sangka ada jugak kawan2 saya jeles dengan luka saya yang mendapat jagaan rapi dari tuannya ini :)



Sorry merapu. Tapi seyes sakit la buat benda ni. Nak melentur wire ni kena guna force y kuat dari jari jemari anda dan jugak perlu ketelitian yang tinggi bagi mendapatkan bentuk dan ukuran yang diidamkan oleh doctor di universiti.

Dah la tu,satu corak doc nak soh buat sampai 5 set. Banyak tu. Satu pun dah memakan masa dan menyakitkan tangan ni nak buat sampai 5. Penat. Macam2 pengalaman yang aku peroleh sepanjang buat benda alah ni,wire patah la, wire xckup panjang la sampai mensia2 kan work yang aku buat selama ini.Tapi xpa la. Practice make perfect dan maybe dapat pahalakan.

Tapi aku ada bad habit,dimana kerja wire bending ni aku lakukan dimeja yang ada laptop,dan pantang ada org teguq  sure aku berhenti buat keja dan membalas teguran itu. Itu la kadang kala aku amik masa yang lama bagi menyiapkan satu2 kerja. Bad paah :P


SO mari kawan2 dentist jangan mengalah dengan wire bending jika kita mahu pesakit kita mendapat kan gigi yang cantik di masa hadapan :)

FYI,wire bending ni adalah salah satu tajuk dalam subject orthodontics. Ortho ni bidang membuat bracess. So nak paham lebih lanjut p buka mulut kawan2 y pakai braces ni :P

Tuesday, 25 October 2011

xdak gigi :)


Salam alaik..dah lma x menulis,dah lama x membebel. ceh gaya macam ada orang tunggu hasil karya aku :P
Maklumlah dah mula kelas,n dah mula kena cari patient,hidup serabut sikit la ni,so masa plak makin terbatas plus otak busy dok pk nak jejalan mana cuti raya haji dgn cuti winter ni. Amboi,berangan nak jejalan macam mak ayah aku cop duit ja kan,gaya macam anak orang kaya ja kan..hahahaha.Tapi nasib baik la mak ayah aku pun kaki jalan,so if aku minx kebenaran ngn duit untuk jejalan xdak la banyak tanya sangat :) thanks mak ayah sebab kita share minat y sama iaitu travel :)

Tahun ni aku dah masuk clinical year,means aku dah kena belajaq buat treatment dalam mulut manusia. Ya manusia,b4 ni dok buat kat gigi palsu/acrylic/ gigi betul y dah tercabut ja kan
So makin busy la aku tahun ni,sebab la ni deal ngn orang,keja suma kena siapkan kat klinik,xleh nak bawa balik patient melainkan aku beli dental chair n boleh la panggil orang mai buat rawatan kat umah aku,means boleh la aku postpone keja kalau kat gamaah(uni) xsiap kan .hahaha.Merapu :P

Cabaran la ni aku hadapi adalah kami kena cari patient untuk buat complete denture atau bahasa melayu adalah gigi palsu. Cabaran ni payah jugak la,kena cari patient yang xdak gigi langsung atas bawah,so main suspect(LOL) kami adalah orang tua la sebab jarang org muda xdak gigi diusia muda melainkan dia ada penyakit.kan2. Satu hal nak cari pesakit xdak gigi ni satu,pastu bila dah jumpa,nak sampaikan hajat tu satu dah,maklumla bahasa arab aku power nak mampoooss,so memang payah la nak smpai apa y aku nak dari pacik macik tu.kan2.Klu jumpa satu hal plak,nak pujuk depa sama ada nak mai buat denture tu kat gamaah tu plak,maklumlah,pacik macik tu almost dah uzur,malas la nak travel jauh2 kan.Pastu plak ada y demand,tu yang xtahan,nak buat if kami as student dental ni bayar depa setiap kali visit.



 B4 ni senior kami senang dapat patient sebab suma patient berbayar,but sejak tahun ni gamaah dah keluarkan pekeliling xboleh buat bayaran kat para patient dah sebab ada segelintir pacik macik ni jadikan benda ni pekerjaan depa. Sebab sekali mai ja depa minx 25LE/35LE,mai2 nganga ja mulut dapat duit,sapa xmau kan. N lagi x over jika aku kata ada sorang dua ni dah buat kerja as menjadi patient kepada student almost 10years n siap leh tau kesalahan pelajar2 tu lagi masa nak buat gigi palsu untuk depa. Amboi,over sangat pacik :P
So uni amik langkah kena hentikan gejala x sihat ni,kami pelajar dah bagi rawatan percuma,gigi palsu percuma tapi pacik macik ni demand plak kan,nak duit bagai. Memang la kami ni pelajar,kerja masih kena banyak baiki tapi kena la appreciate gak benda2 ni kami bagi free still nak kami bayaq atas sewaan mulut2 mereka kan? Aigoo. Tapi xsalah kot if nak pujuk n offer tambang p balik gamaah klu terdesak sangat xdak patient.kan2 :)

Nak jadikan cerita petang tadi masa aku jejalan p kedai,jumpa la ammu ni sorang.Dari mulut dia tu tau la dia xdak gigi langsung.Aku pun mula la mendekati dan nak tanya pasai gigi dia.Skali pacik tu dah cakap perihal hari khamis ni kena p gamaah pukul sekian2,cehh.rupa2nya ada dikalangan kawan2 aku dah lamar pacik tu.Melepas cek :P hahahah

Sorry terpanjang plak entry kali ni :) Malam ni sambil study2 ayam aku terlayan lagu ni
comel n catchy la this song :)



Saturday, 15 October 2011

semangat belum pulih

kehidupan ku di Mesir masih belum stabil
semangat study pun x muncul2 lagi
bila di kuliah ja tekun mendengar bebelan doc
balik rumah leka dengan dunia maya n variety show korea
ntah la bila semangat study aku nak menjenguk pintu hati ni
patient dah mula kena cari
patient untuk praktis buat tampalan gigi geraham
dan jugak patient utk buat gigi palsu

semalam aku dapat offer dari kawan dentist
dia offer nak bagi milo 3 in 1
reason:sebab dah nak expired
aku xkisah,tros ja terima offer tu :P
hahaha.aku pun xtau mcm mana dak tu tau aku suka milo
thanks even esk tarikh expired dia
dah la banyak
love it :)

Friday, 14 October 2011

tahun tiga dental student :)




Yeah.Alhamdulillah dah seminggu aku kat bumi mesir ni
dalam seminggu ni jugak la berat badan aku sejak sampai sini dah naik 3kg
chinchaaaaa!!
Memang pelik la aku ni,dok mesia x kuat makan
n sekali makan sikit2
padahal kat mesia la org kena bedal makan banyak
nnti payah nak cari kat mesir ni makanan melayu.kan2..
Pelik2
Mai mesir ja makan banyak.
Skali makan tu aku amik dalam kuantiti y banyak
gana ni??
Ritu baru suka sebab berat badan dah turun tahap nak dekat masa zaman f5
la ni naik balik..HUaaa
StressSS(ala2 gary :P)

Gambaq atas adalah pic my lovely n supportive mak ayah
InysaAllah paah akan belajaq abis baik.Tambah2 tahun ni 13 sbjek


Tapi dah dekat seminggu ni mood study aku xmai2 lagi laa
Mood sila la hadir dalam masa terdekat ni
Dah la minggu depan doc dah soh cari patient dah
Patient untuk buat amalgam filling ngan complete denture
Sumpah aku x ready agi utk tu..
gana ni??

Thursday, 29 September 2011

Kalau boleh suma nak angkot bawa p mesir :P




Aku: Mak,Paah amik sejadah bawa p sana
Mak: Kat sana xdak sejadah ka.
Aku: Ada,tapi dah banyak kat umah ni,saja nak bawa p umh sewa sana.Lagi pun dok guna sejadah kecik ni ja selama ni
(sambil dok tayang sejadah sejak zaman sekolah aku tu )
Mak: Owh, bawa la.Nanti beli kat rumah sini y baru.
Aku: OK
Mak: Nanti tinggai ja sejadah kat sana.

Aku: .....

Aku: Ayah,nak bawa benda benda alah ni kat sana. Nak buat lapik masa study atas lantai.
Ayah : Bawa la. Nanti xyah bawa balik,tinggai ja kat sana.
Aku: OK :) Paah sedekah kat homeless tepi jalan ja la naa :)



Aku: Mak,paah bawa pelapik bontot ni p sana. Nak buat alas masa dok ats lantai.
Mak: Bawa laa. Nanti tinggai sana ja. Xyah bawa balik



Aku: Ayah nak kettle eletrik.
Ayah: Kat sana xdak ka??
Aku: Ada,tapi ni saja nak y kecik,nak letak dalam bilik. Yang rumah kita ada lagi x?
Ayah: Dah x dak,rosak dah.Esok kita cari kat Jusco.
Aku: Ok 



Mak: Apa lagi x cukup? Kunyit hidup nak?
Aku: xpa la mak,xpandai nak masak guna kunyit hidup la.
Mak: Ala,senang ja pun bukan susah
Aku: Lagi pun xdak lesung batu kat umah sewa sana.
Mak: Bawa la dari sini.
Aku: Xmau la berat beg ja.



Ayah: Milo dah ada?
Aku : Nak amik la ni
Ayah: Nak bawa berapa kilo?
Aku : Xkg dah la.
Ayah: Mana ada Xkg.
Aku: Ada,amik la pek ni dengan pek kecik ni.
Ayah: Xyah la.. Amik la dua2 pek ni.
Aku: OK ( dalam hati berbunga2 :P )




Ayah: Laaa,beli ni ka,ayah pun ada. Yang tok ayah punya. Elok lagi
Aku: Laa,ayah x cakap,tidak paah xbeli la.
Ayah: Tapi material dia bukan macam ni la. Leather skit. Masa zaman arwah tok ayah jadi DO kat Kubang Pasu,arwah guna benda ni.
Aku : OOO...dah terbeli ayah
Ayah: Tapi xkan kat sana xdak kot?
Aku: Saja beli kat sni,jimat duit skit
Ayah: Oooo,pandai naa.. Sama ja dengan Pan. Diq ja lain skit
Aku : ngeh2 :P
Ayah: Xpa la apa2 pun,janji anak2 ayah mak x abaikan kami bila dah tua nanti.
Aku : ....
( ayah mak anak ramai, g pun mak ayh x penah abaikan kami semua,insyaAllah kami semua x abaikan mak ayah.tambah2 aku ni.banyak sangat nyusahkan mak ayah )



Ayah: Banyak gak barang2 dapuq paah beli ni. Kena kira nanti boleh claim
Aku: Alaa,ayah ni :P


Suma barang ayah ngn mak suruh tinggai ja masa balik mesia for good nanti. Baru cadang nak sewa kontena ngn geng lain :P  Tapi aku dok kalot nak angkot semua barang p sana awat? Satgi bising la x cukup kg.. Hua.. Stess la memikirkan kg kargo nanti :(

Tapi nak tunjuk sini pengorbanan mak ayah aku xberbelah bahagi. Even now mak ayah dah pencen,alhamdulillah semua keperluan aku ngn adik2 masih terjamin. Thanks Allah, Thanks ayah, Thanks Mak. InsyaAllah Paah xsia2 kan semua ni. InsyaAllah Paah x abaikan mak ayah bila dah kluaq jadi pekerja nanti. InsyaAllah bila dah berduit Paah akan bagi apa y termampu. Paah akan beli apa y mak ayah nak..
Hope janji ni aku x lupa. N jika aku dipanjangkan umur hendakNya
HOPE PAAH X MUDAH LUPA.

p/s: aku x pandai nak zahirkan kasih sayang or penghargaan kat mak ayh aku secara depan2. Malu or ego?? :P

Wednesday, 28 September 2011

ang suka??


AMARAN:entry ni panjang,xyah baca if mengantok or bosan sebab isi dia aku rasa bosan :) n x lupa entry ini berbau EMO ;)


Kita x suka orang buat sesuatu kat kita or x suka sesuatu perkara,
maka hukum karma mengatakan jugak kita x patut buat benda tu kat orang lain or x patut buat benda tu:)

1)Xkisah la benda tu apa kan.Paling senang aku bagi contoh, pagi tadi masa aku singgah kat kedai body shop nak usha shampoo y depa jual,aku pun sembang la dengan tukang jaga kedai tu. Aku p panggil dia 'kak'.Suka hati ja kan,ntah2 dia tu muda dari aku x ka kecik hati pekerja tu :P
Lepas sesi sembang tu baru aku rasa aku xsopan sebab panggil dia kak

Lepas shopping tu aku ngn ayah p la makan kat Sungai Dua.Masa orang kedai tu nak amik pesanan air,budak laki tu panggil aku kak..Haishh..Muka nampak sebaya,tapi aku jawab la apa y dia tanya.
masa dia panggil aku kak tu terdetik gak la,tua sangat ka muka aku ni??Kojaq tol :P
Tapi seb bek la x panggil aku macik,tidak g aku hot.muahahaha

Nah kena ang paah! xsuka kena panggil kak dengan orang sebaya,skali aku terbuat benda tu:P


2)Contoh len,aku xsuka pengguna tandas awam y pengotor.
Dah xsuka tandas y kotor,xkan la lepas guna aku nak tinggai tandas tu kotor jugak kan. At least mangkok jamban tu aku akan pastikan clean n clear. 

Means xdak la najis muqalazah mutawassitah dll.
Xdak la najis bersepah x tentu pasai kat kawasan x sepatutnya(euww)
Tapi xdak la aku p cuci mangkok tandas tu dengan harpic plak kan lepas guna,rajin sangat plak tu.
Ni x, aku xtau la pengguna tandas awam ni pk apa. Kalau nak kejaq masa sangat pun xyah tros guna tandas awam senang.Pakai lampin pakai buang tros.Senang.

Xdak la aku ngutuk sapa y x pandai jaga kebersihan.
Dah kata tu hak bersama,guna la sebaik nya dah jaga lah sebaiknya.
For me, sapa y berkelakuan pengotoq kat tandas awam,kat umah ang pun ang pengotoq supa tu gakk!!
Xkisah la reality nya ang bersih kat umah,sapa soh bawa imej kotoq kat luaq.tros aku cop dalam luaq suma pengotoq.Aku xleh negotiate la ngn orang pengotoq ni,tambah2 bab tandasss

3)Contoh xmasuk akal,aku xsuka smokers n aku x smoking :pLagi2 y x reti bahasa dok p hambuih asap rokok tu depan muka orang. 

If xdepan,asap tu mai terbang mengikut angin sepoi2 bahasa kena aku.YaAllah,ang nak sakit,sakit sorang2.xyah la nak libatkan orang len wehh.
Xpun,b4 smoking apa kata ang tengok angin mai belah mana,n ubah posisi hampa bagi asap tu menghala ke tempat y xkan bagi orang hidu asap rokok busuk hampa tu.leh kan?? 

Satu g aku dok perati sang perokok ni, payah la nak jumpa perokok yang pembersih. Means buang puntung rokok kat tempat yang sepatutnya. Ni x,ada skali tu aku perhati sorang mamat tu dok khusyuk menghayati rokok dia,lepas abis isap dengan gaya yang x boleh blah dia buang puntung rokok tu macam tu ja.Dah la masa tu kat shopping mall,even  luaq bangunan still la kawasan awam..Sakit hati weh aku tengok.

nak p angkat pliss la..xkuasa aku.


X suma perokok pengotoq,ada jugak jaga kebersihan.Tapi aku rasa y jaga kebersihan tu ciput jika nak dibandingkan pelontar2 tegar kat atas jalan raya or tanah ni.Kan2?

Aku tau Mesia payah nak tiru Singapura. Aku tabik spring la smokers kat sana.Payah la nak jumpa depa smoking berjalan berpeleseran.Depa akan berkumpul dekat tempat yang dibenarkan merokok,sampai abu tu depa buh dalam ashtray la senang kata.Lepas selesai tu baru depa start loitering around the city.Kalau merokok sambil jalan2 n mengotor kan kawasan public mau kena saman.
It's ok.Sebab Singapura kecik.Senang nak kawal semua tu.Nak tangkap smokers y x jaga kebersihan suma tu kan.Mesia nak tiru payah la,abis la polis nak jaga smokers 24/7,sang penjenanyah sapa plak nak jaga kan??


Aku x suka perokok y x pndai jaga kebersihan n aku x merokok :) Fair la kan!
4)Aku xsuka digelar,so aku xleh menggelar orang sesuka hati jugak :)

5)Aku x suka orang main kepala,n aku xkan main kepala orang jugak.

6)Aku xsuka  peminjam y pinjam barang n pulangkan dalam keadaan x elok,so if aku pinjam sumtg dekat orang,aku akan jaga sebaik mungkin. If anything happened,just tell the truth la guy.xyah la nak sorok2. Better admit dari buat2 xtau n bila aku kesan sendiri,aku sedih :P( lantak p kat ang la nak sedih,bukan ada kena ngn aku kan?? emo ;P)



7) Aku x suka orang berhutang dengan aku for a long time,so if aku berhutang,aku akan bayaq secepat yang mungkin.. BUT aku ok ja if orang berhutang dengan aku n pandai2 la ingat sendri nak bayaq bila. Aku x kan minx selagi aku x terdesak. (tapi pas ni jgn plak segan silu nak pinjam duit ngn aku,aku ok ja but x ok bila bnda tu lama sangat2  :P )
8)Aku x suka orang berjanji,bermanis mulut akan sesuatu but still now x buat apa2.Aku xkisah if hampa x buat benda y sepatutnya if x berjanji ngn aku nak clear kan benda tu. 

Contoh senang, ada member terguna barang aku n admit kat aku sal tu. It's ok.At least aku tau mana ilang benda tu kan.Tapi xyah janji nak ganti balik or apa2,but u do for nothing. Aku dah halalkan,but bila anda berjanji nak ganti,aku macam ternanti2 mana benda tu.(emo la wehh ,hahaha)
9) Dok aku x suka,aku x suka.Macam la suma benda y aku xsuka,orang len xsuka. N macam la benda y aku ok,orang lain ok.Kan? Aku x suruh hampa buat benda y aku suka or x buat benda y aku xsuka.Tapi pandai2 la pk benda apa y boleh buat,or patut buat or x patut buat bila dah hidup dalam bermasyarakat ni.

Monday, 26 September 2011

TIE n smile :)

apa fungsi kakak?
beralah dengan adik..
dari aku bertekak
baik aku blah cepat2
g pun pk kan balik
xkan nak gaduh pasai hal remeh

buat abis tenaga
buat abis suara
buat tambah kedutan
buat tambah risiko sakit jantung

buat tambah dosa


haish,kadang2 geram gak ngn kpop ni
abis adik aku conquer tv :(