Showing posts with label life mesir. Show all posts
Showing posts with label life mesir. Show all posts

Thursday, 19 April 2012

aina came to my house lorh!


tanggal 18april 2012
happy nya kami :)
tq aina mai melawat aku!
even baru balik dari jaulah.
even penat jejalan x abis lagi
serba salah la tuwww :P
tau la org alex payah nak turun sini,maklumlah Mansoura bukan ada apa
main attraction dia AKU ja kan??muahahaha
perasan sat :P

p/s:pizah cantik baju :P bytheway tq la buang pic y mulut aku macam joyah. xsuka.mulut mcm dok bebel apa ja.hahaha.maalish dear!

ok jom smbg study smpai mata lebam.bam.bam.bam!

Monday, 19 March 2012

Ambik barang

Pada hari jumaat hari tu,lepas menjalankan tanggungjawab pergi ke pasar membeli barang dapur dan sebagainya,aku pun bersiap untuk bertolak ke cairo untuk mengambil barang aku yang dikirim oleh kak long aku.Almost 2bulan jugak barang tu tersadai kat sana. Sebab banyak sangat exm dan juga jadual kelas yang makin padat menyebabkan aku xdak masa nak amik barang tu. (cewah)

So aku pun p la trun cairo sorang2. Masa ontheway ke cairo tu aku terjumpa ngan sorang pelajar agama,kebetulan dia pun nak p Sabi', tempat yang aku nak amik barang tu.
Aku dengan tanpa segan dan silu offer diri nak tumpang solat kat Rumah Perak,sebab kak tu orang Perak. Gedik tak xmau singgah Rumah Penang,padahal belakang Rumah Perak ja tempat tu.
Aku bagi alasan xmau dok lama. Maklum la. Bukan apa. Satgi kalau aku balik Rumah BAKAN Penang,aku risau aku tersadai lama.Kak2 rumah tu ramai yang aku kenai n depa kenai aku,skali ajak sembang sure  lama :P
Lepas ja dapat kotak tu,aku pun bergegas ke Sayeda Zainab, ke rumah sewa Anah sebelum dia menjadi isteri orang. Kawan2 rumah dia b4 ni dah menjadi kawan2 aku dah. Depa plak offer aku tidoq sana kalau p Cairo, so aku ni yang pantang diajak tros ok ja :P



tq kak long sayang :)


Nasib baiklah aku p amik kotak tu sendiri. Kalau aku suruh kawan aku yang amikkan,sian plak aku rasa. Dah la agak besaq,berat plak tu. Aku yang bawa ni pun rasa tersiksa sat :P
Sampai ja rumah yang aku nak tumpang tidoq tu,aku dijamu dengan laksa penang. TQ Paet. Memang langkah kanan betul aku. cewah. padahal Paet buat memang nak sambut aku mai pun.. (agaknya laa)




Malam tu kami bergerak ke rumah anah beserta suaminya :) Nasib baik masa kami p suami dia xdak. Xdak la segan sangat nak sembang kan. Tu kali ke2 aku melawat anah kat rumah baru dia tu.
Anah makin kuruss T__T jeles aku tgk :P


Esoknya,lepas zohor baru aku pulang ke Mansoura. B4 balik aku dibawa jejalan mencuba metro baru. (ala2 LRT Mesia)
Cantik, xsesak n still bersih. N macam more systematic la dari yang lama.Yang bestnya,metro baru ni menghubungkan ke ARMA,iaitu Malaysian Embassy kat Cairo tu. So nanti senang la aku nak amik the cheapest and fastest way p sana kan :P
Metro kat mesir ni yang best bagi aku, even kita tukaq banyak route pun n tersesat ka,selagi kita x keluaq dari mesin tu, kita boleh guna tiket yang sama.Nak tau x harga dia berapa??
1LE!! murah gila kottt. x macam mesia,lagi jauh kita p tempat tu lagi mahai kena bayaq,yang metro mesir pulak,p la mana pun sampai ujung metro pun,just kena bayaq 1LE :) suka3:)






N metro ni jugak sampai Airport Cairo. Tapi xsiap lagi.Still dalam construction. Kawan aku cakap kononnya dalam masa 2tahun g bru siap kot. Macam x smpat ja aku merasa kalau lagu tu T__T





Masa nak amik tremco (van) balik Mansoura,aku terjumpa plak ngn dentistmate aku,merangkap jiran bawah rumah aku kat mansoura ni :P So balik berteman :)

Saturday, 3 March 2012

terharu sgt :)

tq kwn2 yang berjaya buat aku terharu n tergaru :)


 ni paling xtahan. tau la aku suka milo tapi xyah la kan?? :P 
tapi i love it darling :)




kad 2 atas ni cik tipah my bestie kat penang tu yang buat :)
klu rajin usha la blog beliau
http://notajanuari.blogspot.com/2012/02/happy-blissful-birthday.html



ni plak yana y edit. xsangka dia rajin plak nak edit
ingt beliau nak upload plain ja :P
pic ni diambil after makan. masa makan suma org x ingt apa
aku plak laju makan sebab lapaq :P
insyaAllah, thn depan if jadi tahun last aku as a dental student kat sana, aku 
nak belanja kwn2 dentist makan sempena my birthday
insyaAllah if umuq pnjag n dimurahkan rezeki hendakNya
aminn

Saturday, 21 January 2012

demam rindukah?? :)

happy skit petang ni
even aku x berapa sihat
demam2 ayam :P
selsema bersin bagai
maybe byk sangat dosa kat Allah kot
tu Allah nak sedaqkan aku y leka ni
Thanks Allah
Engkau jua memahami segala2nya
Even aku masih dalam fatrah imtihan (musim exm)
tapi kena jugak la lawan sakit ni kan
Allah ajaq umat islam xleh lemah.
so aku kena la kuat kan.kan.kan :)

Tadi sambil study *kononnya*
sambil tu dok tweet
tetiba adik aku y dok matrik tu tweet aku

'paah bila nak balik? rindu la nak kacau..haha'
bila aku baca tros la aku terharu n suka
tros aku retweet ayat dia tu :P
bukan apa. adik2 laki aku ni menang susah
nak lafazkan rindu kat aku

klu ada depan mata asyik nak gadoh
n halau aku mai balik mesir cepat2
dah xdak depan mata bru kalot panggil aku balik

kan??
sesungguhnya aku jugak amat merindui ahli keluargku
maybe demam aku kali ni demam rindu
selain demam byk dosa T__T

Thursday, 19 January 2012

cereal dan chew gum

lately ni aku breakfast dok makan cereal :)
y bestnya cereal ni bawa dri mesia kott
hahaha. macam la mesir xdak kan
haish2
bukan apa. just berniat nak abiskan cereal y banyak kat umh ja
ayah aku beli byk cereal
in da same time adik aku y memilih  makan lagi kurus kering tu plak x suka sgt corn flakes ni
he is more into coco crunch
so atas sebab kesian dengan ayah yang banyak melaburkan duit

dan jugak untuk mengelak kan pembaziran
dah juga kesian dengan adik aku yang mcm terpaksa abiskan
aku pun bawa la corn flakes ni mai sini
hahha. mcm lawak plak bila pk kan balik
it's okey. x berat pun :)



N
aku ada bawa beg galas belakang baru2 ni dari mesia
n beg tu actually beg ayah aku yang diturunkan kat adik matrik aku tu
maybe sebab beg tu xdak la cun sangat dia punya corak
n kelihatan agak matang,adik aku xmau guna dah
in da same time aku dok cari beg galas lain
saja nak tambah koleksi beg nak p sekolah
so ayah offer la beg tu
sebagai anak yang baik dan tidak suka akan pembaziran
dan x suka menghabiskan duit mak ayah tanpa hala tujuan
dan tidak mahu mengikut nafsu remaja
aku pun terima la n bawa beg tu mai sini

hari tu masa 1st time nak guna
baru la aku dok kemaskan apa yang ada dalam beg tu
xleh blah terjumpa chew gum ni
tingat zaman kecik2 dlu. sllu beli chew gum ni n men2 tiup2 belon :)
n dah lama aku x jumpa chew gum ni
xsangka still ada benda ni.ngeh2
bukan tu ja. jumpa jadual orientasi adik aku masa kat matrik bagai
he3..
macam2


Suma ni buat aku teringat akan mesia
teringat akan penang
teringat akan kampung tersusun
teringat akan rumah
teringat akan mak ayh
n adik beradik y lain
sesungguhnya aku amat merindui mereka :)

Friday, 16 December 2011

cengeng

salam alaik.
patutnya dah atas katil dah.tapi dok golek almost setengah jam so aku trun la dari katil n mengadap la laptop ni balik :)
dah tukaq layout even xdak la cun sangat
sbb ada pembaca complain pasai double text dari setiap entry
aku perasan bout ni just malas nak cari masa untuk alter benda tu

Hari ni hari khamis dan aku ada section prosthesis
iaitu kelas dimana kami semua kena belajaq buat gigi palsu penuh atas bawah
nak jadikan cerita hari ni hati aku sangat rapuh
sebab patient aku 2 kali berturut2 xmai waktu kelas tadi, n abang dia sendri suggest untuk aku amik patient baru
tros aku terduduk sebelah ammu yang sanggup nak gantikan tempat patient lama aku
sanggup pun mcm biasa la. berbayaq la.xdak la sanggup free
melepaskan kesedihan kat sebelah ammu tu
mengenangkan nasib aku
berfikir kesusahan yang aku kena lalui semula
tapi tetap redha dengan ujian kecil Allah ni :)

Kalah jugak aku dengan air mata
Ternanges aku tadi,sampai doc pun datang menenangkan aku
Classmates y nampak pun cuba tenangkan aku
tapi tadi makin ditenangkan,makin teresak aku dibuatnya
Mana xnya,dah la agak lambat dibelakang
PUlak tu, banyak duit dah dilaburkan untuk macik tu
Dah tu, special tray pun dah siap jugak memerlukan wang utk siapkan nya

DAh la tu,aku rasa aku xpenah menanges untuk dental work sepanjang 3thn lebih menjadi student dentistry
Dah la tu,xpenah menanges depan kawan2 kelas
Malu wehh
Hahahha
Memang makin besaq aku makin pandai menanges
tambah2 benda related degan family
n klu aku sorg2 tengok drama,tapi drama pun almost air mata akan murah jika benda related dengan kekeluargaan :)


Tapi syok jugak tadi
Sebabkan menanges,aku murah rezeki
kak alia belanja kek
kak husna plak belanja aiskrim
jaa plak offer nak tolong nanti
hahahha
macam ni boleh la nanges selalu kan?? *kidding*

Malu plak bila pk awat la aku leh nanges
haish.. tetiba macik tu memang ada hal n xleh hadirkan diri n ada minggu depan x ka aku malu??
Hahaha.Lantak la
Kalu macik tu mai lagi aku syukur sangat kat Allah
kalu mmg macik tu xmau buat dah ngn aku, terpaksa la amik patient len
hidup mesti diteruskan

Miss home :(

Tuesday, 13 December 2011

dalam kenderaan :)

yuhuu.
dah lama x membebel. malas plus xtau benda nak bebel
bersawang berlalang dah blog aku ni
xlama tunggu masa nak tutup ja ni aku rasa
hahaha.
sabtu lepas p jumpa dentist
ada nak bincang sal gigi ni
so aku di amik impression. excited jugak sebab pertama kali di amik impression, sebab b4 ni dok buat kat patient kat universiti ja untuk buat complete denture atau nama melayunya ialah gigi palsu :)
lepas amik impression ni,doc akan pour jadi cast
so nanti dapat la acuan gigi aku sendiri :)

semalam isnin plak p xray
So sabtu depan plak appointment ngn dentist tu
x sabaq plak nak date ngan dentist tu merangkap cikgu tusyen kami :)

Tadi masa nak p kuliah,aku dah terlambat
So naik la cab
Masa tu kul12.30 lebih2,waktu kemuncak.
mansoura jam la senang kata
pastu tadi ada la selisih dengan kereta kat jalan. keta tu parking kat tengah2 jalan. so halang kereta len nak lalu la
suma org pakat dok hon la keta tu
driver cab aku tu pun turut teguq soh kereta berkenaan ubah kenderaan dia
rupa2nya driver xdak,p mna ntah. Yang ada just macik y dok sebelah driver
macik tu tengah solat dalam kenderaan T__T
aku pelik jugak,mesir ni punya la bersepah masjid just payah skit la nak cari tempat ada perempuan
tapi banyak la jugak.setiap lorong ada ja masjid
awt la macik tu solat dalam kenderaan jugak
g pun kul12.30 xdak la lewat sangat,ada la dlm 35minit zohor baru masuk
xpa la tu kan
tapi kalau ya pun nak solat diawal waktu,jangan lah sampai ganggu orang lain nak berurusan
apa salahnya suruh driver tu park keta kat tepi skit, so lepas tu nak solat jemaah skali pun xpa dah
janji x kacau tempat lalu lalang

ni cita pagi semalam plak,masa aku nak p kuliah
aku jalan kaki macam biasa memandang sempat lagi nak jalan
dah la pagi.dalam kul9
awl2 pagi dah dating dalam keta
sorang perempuan dok luaq keta tu jadi 'jaga' aku rasa

Laki tu dok pujuk apa ntah perempuan tu T__T
hahahah
mcm2 tol la mesir ni :)

Sunday, 13 November 2011

terlentang kekenyangan :)




Wah.. malas gila lately ni.
Ritu baru balik bercuti dari Hurghada,Mesir.
Dah almost seminggu aku p, tapi gambaq dari cammy aku x di transfer agi kedalam lappy ni
So nak upload kat fb tu lagi malas la kan sebab nak buat basic things pun malas :P
Bukan apa, sampai ja Mansoura hari Isnin lepas,esk tu Selasa aku busy dengan sambutan adha kat Mansoura.
P 'keja' kul10.30pagi balik 'keja' plak 10.30malam.
Seyes penat tapi best sebab aku involve dengan makanan :) :)
Hari2 lepas tu pulak sibuk menghadiri jemputan rumah terbuka
Rabu,Khamis,JUmaat memang perut aku full sampai nak pecah rasa
Rasa x makan banyak pun,tapi seyes sampai xleh nak isi perut ni dah
Adakah perut aku mengecil or mmg aku y makan banyak??
Hahaha
Raya ritu aku  p umah patient aku siap. Beraya dengan org arabb ;)
Raya korban kat mesir ni memang meriah. N aku rasa envy jugak la sebab xdak kat Mansoura masa korban dibuat.
padan muka,awt p lari bercuti kat Hurghada kan xleh join org tumbangkan lembu bagai :P

Ni anak buah aku. Aqif. Aku curi dari fb abg ipaq aku :P Sian aqif penat melapah lembu kot raya ritu.hahaha.
Miss u sooo much la sayang :(

Saturday, 15 October 2011

semangat belum pulih

kehidupan ku di Mesir masih belum stabil
semangat study pun x muncul2 lagi
bila di kuliah ja tekun mendengar bebelan doc
balik rumah leka dengan dunia maya n variety show korea
ntah la bila semangat study aku nak menjenguk pintu hati ni
patient dah mula kena cari
patient untuk praktis buat tampalan gigi geraham
dan jugak patient utk buat gigi palsu

semalam aku dapat offer dari kawan dentist
dia offer nak bagi milo 3 in 1
reason:sebab dah nak expired
aku xkisah,tros ja terima offer tu :P
hahaha.aku pun xtau mcm mana dak tu tau aku suka milo
thanks even esk tarikh expired dia
dah la banyak
love it :)

Friday, 14 October 2011

tahun tiga dental student :)




Yeah.Alhamdulillah dah seminggu aku kat bumi mesir ni
dalam seminggu ni jugak la berat badan aku sejak sampai sini dah naik 3kg
chinchaaaaa!!
Memang pelik la aku ni,dok mesia x kuat makan
n sekali makan sikit2
padahal kat mesia la org kena bedal makan banyak
nnti payah nak cari kat mesir ni makanan melayu.kan2..
Pelik2
Mai mesir ja makan banyak.
Skali makan tu aku amik dalam kuantiti y banyak
gana ni??
Ritu baru suka sebab berat badan dah turun tahap nak dekat masa zaman f5
la ni naik balik..HUaaa
StressSS(ala2 gary :P)

Gambaq atas adalah pic my lovely n supportive mak ayah
InysaAllah paah akan belajaq abis baik.Tambah2 tahun ni 13 sbjek


Tapi dah dekat seminggu ni mood study aku xmai2 lagi laa
Mood sila la hadir dalam masa terdekat ni
Dah la minggu depan doc dah soh cari patient dah
Patient untuk buat amalgam filling ngan complete denture
Sumpah aku x ready agi utk tu..
gana ni??

Tuesday, 5 July 2011

sikkah




Hemoih2.
Lately ni pemergian ke Sikkah sangat lah kerajinan.Bukan apa,kekalutan dan kegopohan dan kenafsuan bershopping untuk dibawa kepulangan keMalaysiaan :P


YaAllah,tdi.sungguh ramai orang kat Sikkah.Kaya jugak rakyat Mesir ni.Shopping 24jam.
Sikkah ni boleh dikatakan macam Jalan TAR la.Suasana kat sana macam esok nak raya.Jalan tadi x sah x berselisih bahu.Ada wuduk kira sure akan terbatal jugak ah sebab sesak y sangat2.
Ada skali tu tersepit dicelah arab2 yang besaq lagi rakus nak berjalan tu.Pening aku kat situ.


Xsalah aku rakyat Mesir la ni tengah bercuti sekolah.Lagi pun musim cuti untuk uni pun dah bermula bagi yang dah abis exm.Rakyat mesir kalot dok buat persiapan untuk posa kot.
Aku xdak pengalaman berpuasa kat sini,tapi kemeriahan depa nak sambut posa kian terasa bahangnya.Mana xnya,tanglung yang dipasang dimalam hari mula dijual dikedai2 lampu.Sungguh cantik :)
Haish.bukan nak cita benda tu sebenaqnya :P Topik yang sebenaq perihal aku bershopping :)
Barang pesanan kian bertambah.

Ada yang : "Paah,belikan jubah ada hood lah.Nak kale gelap2 '

Ada jugak: "murah eh jubah kat mansoura,belikan aku satu "

Ada mcm ni plak: "haa..ingt nak pesan jubah kat ang,boleh belikan?? "


he3..jangan salah sangka.aku x penah rasa terbeban dengan tempahan2 ni.Suka lagi ada la. Rasa macam beli untuk diri sendri kekadang.Macam harta sendiri la senang cita :)
Even nak buat pemilihan jubah sangat merambangkan mata seorang insan bergelar perempuan.Bukan senang nak dapat jubah y cun n aku ni jenis ikut pandangan org. Erti kata lain x pandai buat keputusan sendri.Benda ni selalu dileteri oleh kak kak kak aku..3 kali kak sebab ada 3org kak :)


Buat masa ni ada benda g x settle kat sikkah.Kena p lagi la untuk kali ke3.
tahun ni keberapa kali aku kena p.Tak jadi masalah.Boleh jugak aku kurus :P

yezza..esk nak p shopping jauh skit.Kat Cairo. Jalan TAR kat cairo plak adalah Hussin :)
sana macam2 souvenir mesir ada.Aku nak p borong tshirt mesir utk sahabat handai di kampung dan jugak jubah2 utk kak long aku..Ada jugak bekas shisya..adik aku y last tu minx..tgk ah mcm mna.duit lebih paah beli,duit xdak tangkap gmbaq dah la :P

Hoyeh..shopping la sampai penat :) Hope dengan bershopping aku akan kurus mcm zaman sekolah.hahaha.oberrr :P

Tuesday, 21 June 2011

kak A n B :)


Serious dua2 aku sayang..
tapi x sangka plak dunia ni kecik.
dok men putaq belit kat situ jugak last2.

kepada kak A,insyaAllah anda akan jumpa y terbaik :)
kepada kak B,semoga bahagia hendakNya.InsyaAllah

kepada 'abg' C y x penah wujud dlm hidup aku pun,
anda sgt bertuah. n x sgka anda sgt hot.
maybe aku ja kot x perasan ke 'hot'-an anda.
maybe sbb aku x pndg guna mata hati :P
Dengan ada ilmu agama itulah buat anda hot.sgt kagum :)


p/s:sila smbg study.satgi ada oral exm.x sedaq dri punya budak!

Sunday, 12 June 2011

air2 peneman studyku :)



Salam alaik.dah lma x post sumtg.
kalot exm katakan..kekadang ada ja niat nak pos..tpi kekangan masa x izinkan
ni ada plak masakan??padahal satgi ada oral exm utk sbjek smlm.
dah la paper semalam 'half-half ' ja aku leh buat..hope lepas la..
usaha2 dah..tawakal kat Allah ja tinggai :)

post kali ni nak cita bahawasanya aku tersangatlah kuat minum air tatkala waktu tgh study
dlm pkul 10malam smpai la pkul 6 pagi tu,boleh dikatakan 5 jenis air aku melantak gara2 nak isi perut ya lapaq ni.nak mkn brt2,tgh malam dah kan..He3..
ni ibarat selang 2 jam ada ja air bru akan aku bancuh utk dibuang ilang lapaq :P
Ni adalah senarai air2 tu
Paling melekat kat jiwa buat masa ni adalah nescafe+ susu aku la.dia la nak bgi mata aku buka luas2..even skang rasa mcm dah tolerance dah..Dari thn lepas aku amik bnda tu..Kiranya dia dah teman aku utk 2 kali exm dah..Thanks nescafe :)



Pastu milo tu biasa la..like always..Tu milo sumbangan ehsan dari org len :P padahal milo aku ada ja lgi,tpi dia dah offer nak bgi buat apa tolak kan?? Tamak milo tol :P mana x nya,milo ni bwa mai dri mesia tau..mesir xdak milo..so ni adalah harta berharga aku kat mesir ni.hahaha
Lepas tu plak minuman utk bgi otak cerdas kot..soya dri zhulian.Tu pun terkontang kanting nak abiskan sbb teringat mak y soh bwa..lgi pun hrga dia satu set mahal kot.xkan la nak hmpakan perasaan mak dengan biaq dia expired mcm tu ja kan.Lama2 dah minum bru rasa kesedapan soya tu :) Ni pun brgn import dri mesia.Mesir xdak :)
Lepas tu nesvita..Haa..tu btl la leh bgi perut kenyang skit :P tu sumbangan ehsan org jugak sbb dia x suka mkn bnda2 bijirin tu sgt..Trimas ja la :) Ni pun import dri mesia..Mesir mafish bnda alah ni :)


Lepas tu, ni penemuan terbaru aku jumpa masa p lepak umah anah kat cairo bru2 ni.Masa tu Paet buat sejenis pencuci mulut yang berasaskan buah2an..pastu dia buh 'rayeb' ni campuq dgn gula:)
aku berkenan ngn 'kuah' tu lbh..sbb dia masam2 manis.Haish..aku dah la hantu masam ngn manis :P Rayeb ni mcm yogurt + susu..Dia agak pekat..xdak la cair sangat.
so balik2 mansoura aku kelam la p cari benda tu.Dah la masa nak bli siap salah sebut nama..Jenuh arab kedai tu garu kepala..last2 dia dpt tgkap bnda la aku cari tu.
Air tu aku edit skit if nak buat minum,aku buh reyeb tu dlm half cawan,pastu buh gula dlm 2 sudu ;P pastu buh air masak nak bgi dia ceroi skit :) So rasa dia akan masam2 manis..
klu buat minum mcm tu ja masam kot.masam y xleh trima.masa pelam aku leh trima :P


Last skali,ni lah kawan study aku selain cik butang :) Segala jenis minuman aku buat guna dia.Cantik kan??dah la kale merah.buat aku semangat nak minum.hahaha.xdak kena ngena.
cawan ni aku dapat free gift masa beli nescafe pek besaq y atas tu.Berkenan kat cawan ja..tu aku beli pek nescafe besaq tros kan :) TRimas cwn merah.I love u laah :)

p/s:terdetik nak tulis post ni sbb masa exm bru kalot nak p tndas.maybe hasil air2 ya aku minum masa tgh study hri b4 exm tu kot:P nasib bek la skang exm kat bangunan bru,toilet bersih lagi :)

Wednesday, 25 May 2011

model bayro :)


Salam alaik..
1st off all sorry sbb x minx permission nak upload pic model2 bayro ni :P
Just semalam masa dok bosan2 study,ter usha la balik pic2 y aku tgkap..
n tergelak sorg2..setiap kli aku p bayro dengan kwn2,pasti model bayro baru akan muncul..
gaya pun lbh kurg masa posing..tpi aku rasa if aku pun buat gaya mcm tu..
sbb bayro tu kedai jual air jus2..mcm2 ada...
sedap pun sedap..aku suka beli lemon juice ja...




model satu
model dua

model tiga

Sunday, 22 May 2011

reaksi aku pabila....

''alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....jgn la kawen lagi..xbest la..nnti xleh lepak skali dahh..hu2..jgn ahh..xbest la..n jgn ckp ngn org sini jugak..' (dah la nada y agak ala2 separuh jerit :P )

tengok,ni la reaksi aku bila ada seseorang ni buat pengakuan kat aku bahawa dia nak kwen..tapi dlm proses lagi la..insyaAllah klu licin,masuk thn depan,dah bergelar is3 dah org tu.
apa punya kwn la paah ni,dah org nak kwen,nak buat bnda baik,patut sokong..bukannya ckp mcm tu.. :P

dah la org tu bagitau sendiri nak kwen apa suma,siap ckp rasa aku ni special utk dia,tu pun x pndai nak hargai lagi ka??Patut bagi support.haish..

Jahatkan aku,x bgi org kwen sebab atas kepentingan diri sendri :P
Lepas tu aku tersedaq kesalahan aku,n tros aku leh trima kenyataan ini.JIka itu adalah terbaik untuk dia.Cek doakan terbaik utk anda :)

Mana ada kwn x suka pabila kwn2 dia nak kwen..tambah2 org y rpt dengan kita.sure la syok kan..tapi iya la..bhg la xdak lgsg rasa sedih,sbb nnti dia dah jadi milik org lain,aku xleh dah la nak abiskan banyak masa lbh dri suami dia..baik kwen ngn aku kan..tpi xleh..sbb kmi sejantina :P

But,if u feel dat's da best,proceed.. :)
sebab yakin,anda dah layak jadi is3 org
anda dah mempunya ciri2 is3 solehah :)
n anda mmg lyk kwen dri saya y masih x mtg2 ni..hahaha

Thanks jugak kepada anda sebab bagi tahu awl,xdak la nak kesot hti nnti..tup2 dah kwen..haish..ni xleh jdi ni..he3 :)

Thanks jugak sbb anggap i'm special to u..love u :)
insyaAllah,benda baik Allah akan mudahkan,even i'm still xleh trima kenyataan lagi,ramai y aku rpt dah nak jadi is3 org..

But me??lek lu..muda g.. :P

p/s:best sbb org tu dah tau mcm mna dia jumpa bakal suami dia..aku ni,still samar2 :)
best jugak sbb tempoh pertunangan ni bru depa nak berkenalan..bertukaq2 info sesama sendri..sebab benda ni xkan sia2..sebab dah pasti dia adalah pilihan n pembimbing kita ke syurga sana..insyaAllah :)

Sunday, 15 May 2011

senget


olla..lma dah aku x update
maalish la..busy ngn exm prac..rini last exm utk practical..
30 mei ni start la written smpai 30 jun :)

bydaway xdak bnda pun nak cita
just nak post gmbaq pintu ni..
ekceli if tgk btul2,anda suma akan sedaq pintu ni dibina senget..

mesir ni plik2 skit dalam binaan
aku rasa depa sgt cepat dlm membina satu2 bangunan
tu benda y leh dikagumi
Kekadang,xsmpai half year terpacak dah bangunan 6 7 tingkat y baru..
Tapi tu la..
sebab apa cpt??sbb depa xdak la menitik beratkan kekemasan :P
kdg2,dinding dan ceiling dlm bilik pun x sama,herot-petot
senang ckp senget la.
suma nak senget (: