Saturday 20 August 2011

xposa

Tadi nampak budak2 melayu lelaki dok isap lolipop,jilat aiskrim.Gaya n muka macam budak belasan tahun.Senang cita budak skolah menengah la.
Memula aku tengok macam biasa.Bila aku pk balik bru sedaq la ni bulan posa :P
"YaAllah,kot ya pun x posa,xyah la buat depan public"

Ntah mna silapnya. P skolah suruh ngaji agama,amik mudah.La ni dah xtau beza dosa pahala sapa susah?

Just mampu doakan mereka akan berubah satu hari nanti..(even dri ni pun xdak la baik mna)

Monday 15 August 2011

lembut


Kejadian berlaku masa aku on the way nak balik berbuka di kampung.Adik aku a.k.a Diq tetiba dok usap2 lengan aku.Aku rasa niat dia nak pedajal aku by cubit aku sekuat hati :P
Tapi lain plak jadi..

Diq:Lembutnya tangan Paah.Apa rahsia..
Paah:Hah?
Aku pun amik langkah mengusap tangan aku.Adakah sebab x berbulu? hahaha. Tros aku pulak mengusap tangan dia y legam itu :P

Paah:BIasa ja. Sama ja Paah rasa dengan kulit tangan Diq.
Diq:X la.Tau ak gebu macam kulit baby.
Paah:hahaha.tu paling xtahan.
Tros aku kembang kempis kat situ.

Tapi adik aku dah warning awl2 jgn kembang plak.Tros terbantut proses pengembangan aku..
Adakah ini cara dia nak bermanja dengan aku?Ni kot cara budak 16thn bermanja dengan kakaknya y berusia 21 thn getus hati aku.

malam y mencabar


Semalam aku bru smpai dari Ipoh selepas berkampung di rumah Iffah selama 3hari 2malam.Sampai2 ja rumah terus aku syahid sbab malam b4 tu x tidoq langsung takut terlepas soq dan subuh :P
Lagi pun awal2 pagi ahad tu dah nak balik penang sebab petang tu aku nak balik kampung berbuka bersama Tok Cik(mak tiri ke3 belah ayah aku) dan sanak saudara yang lain.

Usai solat teraweh,dalam pukul 11 malam kami bertolak pulang dari Yan Besar,Kedah ke Kepala Batas,Pulau Pinang.Malam tu hujan turun sangat galak.Lebat la jugak.Nasib bek aku xdrive,tidak sure slow abis.Semalam ayah aku x berapa nak sihat,tu yang ayah suruh aku drive.Tapi sebab aku mengantok sangat,aku menolak permintaan ayah nak soh aku drive.G pun mata aku dah 'cemee' kot,klu drive kena pakai spek.aku plak x bawa spek :P banyak ja alasan kan.

Disebabkan hujan y lebat aku ingt ayah xmau amik short cut nak sampai simpanag plaza tol Gurun.Tapi ayah lalu jugak kat simpang tu.
SUmpah sangat mencabar jalan tu.Awal2 tu ada pembahagi jalan dok tengah jalan gara2 tanah runtuh kat area kawasan pembinaan.tanah xdak la runtuh trok sangat,it's more tu tanah gelongsor sebab struktur tanah x kuat lagi. Lepas tu sampai kat satu simpang tiga,kawasan bukit tu jadi macam air sungai y deras mengalir.Hampir banjir kot kawasan tu.Seyes deras air turun..
sepanjang lalu kawasan tu, aku macam berjumpa dengan sungai 'baru' dan jugak air terjun 'baru'.
nak cakap hujan lebat ngn air dah mula meninggi.

xlama lepas tu,ada pokok tumbang plak atas jalan raya... Memang mengucap panjang la aku masa tu.Dari mengantok xmau-mau aku xleh tros nak tidoq.

Masa nak masuk simpang plaza tol pun air laju trun dri kawasan tinggi.Laju sangat laju.Aku rasa moto pun boleh hanyut dibawa air hujan tu.Aku xsure plak hujan lebat sangat ka malam tu.Tapi hujan mmg agak lama dan sat lebat sat renyai2.
Tapi after masuk highway aku pun terlelap :P

BUkan nak teman ayah aku drive,sian ayah.Aktiviti wajib setiap tahun balik berbuka di kampung iaitu singgah di kedai bundle terpaksa dilupakan sebab pasar tu tutup awl disebabkan hujan y lebat...

Wednesday 10 August 2011

bersangka baik


sejak dua menjak ni adik aku rajin pulak berjemaah solat subuh di surau kampung kami y baru tu. aku pelik.apakah hajat yang hendak disampaikan olehnya kepada mak ayah aku??
hahaha.Jahat punya kakak.Patut angkat tangan syukur kat Illahi adik aku dah lembut hati skit nak p solat subuh kat surau tu :)

Surau kampung kami baru nak masuk usia 2minggu rasanya.Jarak antara rumah aku dan surau ibarat jarak surau gopeng dengan asrama perempuan.bezanya xpayah naik turun tangga maklumlah gopeng kawasan bukit-bukau. So kena la p menunaikan ibadah solat kat surau if xdak keuzuran.Tapi xdak la suma waktu aku rajin nak buat gitu.Perempuan ada kelonggaran.Laki la kalau dengan azan tapi x p tanpa keuzuran lagi la xlh dimaafkan.hahaha.x baik tol :P

Tuesday 9 August 2011

puasa di mesia


CEHH.tjuk entry mcm penah berpuasa di bulan ramadhan kat mesir ja:P selama aku 3thn kat sana,aku x berpeluang agi nak berpuasa dibulan puasa kat sana.dengaq kata meriah sgt.sebab org mesir sambut puasa mcm org mesia smbut raya.so raya depa biasa2 ja la :)
mereka mengamalkan konsep memeriahkan bulan puasa dengan buat amal ibadat sebanyak y mungkin dan bersederhana saja masa musim raya :)
tapi kita kat mesia terbalik kan... tu la keunikkan mesir :)

dah lama x update blog.sejak balik mesia busy buat apa ntah.he3..mgu pertama aku sampai mesia demam sebab sakit tekak keterlaluan.baru pkena 2ulas durian dah demam.pondan betul.maybe dah lma x pkena durian kot.tmbh perubahan cuaca kot.alhamdulillah b4 bulan posa aku dah sihat.boleh la nak buat ibadah lebih skit.

makin besaq,makin paham kita tentang Islam, makin banyak ibadah kita kena buat.bukan untuk sapa.pelaburan untuk diri sndiri jugak kan kat akhirat y kekal abadi tu..xpa.sama2 menambah amalan mna y kurang :)

semalam aku ada tertengok satu rncangan agama kat astro oasis..masa tu imam muda asyraf jadi tetamu jemputan :) ngeh2.tu y buat aku nak tgk.semua pertuturan dia menusuk kat kalbu ni.penuh berhikmah benda y dia cakap..(nasib bek dia dah kawen :P)

dari rancangan tu ada la Dato Fazilah Kamsah(sorry if eja nma x betul) mengupas isu anak derhaka,derhakakah kita dan sewaktu dengannya.

suma org paham kot konsep anak derhaka tu,ala mcm Si Tanggang tu la.Tapi tu adalah derhaka besaq.Aku x sedaq selama ni aku dah ada title anak derhaka dalam x sedaq.hurm.hope dalam hati mak ayh aku xdak la terdetik word ni.
contoh derhaka kecil adalah,if mak ayah suruh buat 3 4 kali sesuatu perkara tu,bru kita nak buat.tu salah satu derhaka kecik.lagi la klu mak ayh suruh buat bnda tu kita x buat..
Ada lagi contoh2 y lain.sedaq x sedaq kita dah menderhaka kat mak ayh..

Dato' ada pesan jugak,jgn tgu mak ayh suruh baru nak buat..ha,kena g kat batang hidung. terutamanya house chore.kekadang bila ayh aku suruh iron bju2 ayah,bru aku buat.boleh bilang dengan jari lah aku amik inisiatif nak buat dlu.Trok kan...

Bak kata Imam Muda Asyraf,ada satu benda if kita jaga dengan baik ia sangat mujarab,if kita xjga dengan baik dia adalah satu benda y sangat bahaya.Iaitu hati mak ngn ayh.

SO marilah sama2 jaga hati mak ayh kita.Jangan lah hidup kat muka bumi ni keja nak menyusahkan or buat mak ayah sedih dengan attitude kita klu nak hidup dalam keredhaan ALlah dan jugak mak ayh.maybe balasan x dapat la ni,kat akhirat sana pasti akan dapat.

Peringatan untuk diri sendri dan jugak kwn2 y lain
Akhir kalam.selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 sunat y lain :)