Showing posts with label suka2. Show all posts
Showing posts with label suka2. Show all posts

Monday, 16 April 2012

anak sepupu

suka hati ja kan curi pic sepupu aku :P
ni anak2 sepupu aku kat uk tu
azlan n aisyah
b4 ni aku penah jaga azlan almost 3bulan jugak ahh
skang dia dah besaq dah. tapi aku xsure la plak la ni umuq dia 3 or 4tahun



































ni plak aisyah,adik azlan
comelnya!geram aku tengok
ntah bila la dapat jumpa depa lagi
hope tahun ni klu aku dapat balik beraya,depa pun ada kat mesia :)
budak2 sangat comel.indahnya ciptaan Allah

Thursday, 19 January 2012

cereal dan chew gum

lately ni aku breakfast dok makan cereal :)
y bestnya cereal ni bawa dri mesia kott
hahaha. macam la mesir xdak kan
haish2
bukan apa. just berniat nak abiskan cereal y banyak kat umh ja
ayah aku beli byk cereal
in da same time adik aku y memilih  makan lagi kurus kering tu plak x suka sgt corn flakes ni
he is more into coco crunch
so atas sebab kesian dengan ayah yang banyak melaburkan duit

dan jugak untuk mengelak kan pembaziran
dah juga kesian dengan adik aku yang mcm terpaksa abiskan
aku pun bawa la corn flakes ni mai sini
hahha. mcm lawak plak bila pk kan balik
it's okey. x berat pun :)



N
aku ada bawa beg galas belakang baru2 ni dari mesia
n beg tu actually beg ayah aku yang diturunkan kat adik matrik aku tu
maybe sebab beg tu xdak la cun sangat dia punya corak
n kelihatan agak matang,adik aku xmau guna dah
in da same time aku dok cari beg galas lain
saja nak tambah koleksi beg nak p sekolah
so ayah offer la beg tu
sebagai anak yang baik dan tidak suka akan pembaziran
dan x suka menghabiskan duit mak ayah tanpa hala tujuan
dan tidak mahu mengikut nafsu remaja
aku pun terima la n bawa beg tu mai sini

hari tu masa 1st time nak guna
baru la aku dok kemaskan apa yang ada dalam beg tu
xleh blah terjumpa chew gum ni
tingat zaman kecik2 dlu. sllu beli chew gum ni n men2 tiup2 belon :)
n dah lama aku x jumpa chew gum ni
xsangka still ada benda ni.ngeh2
bukan tu ja. jumpa jadual orientasi adik aku masa kat matrik bagai
he3..
macam2


Suma ni buat aku teringat akan mesia
teringat akan penang
teringat akan kampung tersusun
teringat akan rumah
teringat akan mak ayh
n adik beradik y lain
sesungguhnya aku amat merindui mereka :)

Saturday, 26 November 2011

my brother is a gangster..?



Pembuli jalanan
Sebab berdendam dengan kak ngah aku, adik aku membalas dendam kesumat beliau kat anak buah aku sorang ni
Sian Aqif :P
Even aku ada jugak dendam x terbalas,tapi x sanggup la plak nak buli aqif
Macik dia sorang ni rindu sangat dengan Aqif adalaaa

Sunday, 30 October 2011

si teddy dengan shisha nya :)




Bad teddy
Silap hari bulan leh jdi ikutan budak2
hahaha. Mesir2 :P
tapi sini memang bersepah dengan kedai shisha pun
so no wonder la kan sampai teddy pun isap gak haa

So sesapa y nak order botol shisha ni bagitau la aku
leh aku buat business jual balik kat mesia
hahahaha :P

pic ni diambil petang semalam masa dok jalan2 cari patient. x jumpa patient jumpa teddy la:)

Wednesday, 28 September 2011

ang suka??


AMARAN:entry ni panjang,xyah baca if mengantok or bosan sebab isi dia aku rasa bosan :) n x lupa entry ini berbau EMO ;)


Kita x suka orang buat sesuatu kat kita or x suka sesuatu perkara,
maka hukum karma mengatakan jugak kita x patut buat benda tu kat orang lain or x patut buat benda tu:)

1)Xkisah la benda tu apa kan.Paling senang aku bagi contoh, pagi tadi masa aku singgah kat kedai body shop nak usha shampoo y depa jual,aku pun sembang la dengan tukang jaga kedai tu. Aku p panggil dia 'kak'.Suka hati ja kan,ntah2 dia tu muda dari aku x ka kecik hati pekerja tu :P
Lepas sesi sembang tu baru aku rasa aku xsopan sebab panggil dia kak

Lepas shopping tu aku ngn ayah p la makan kat Sungai Dua.Masa orang kedai tu nak amik pesanan air,budak laki tu panggil aku kak..Haishh..Muka nampak sebaya,tapi aku jawab la apa y dia tanya.
masa dia panggil aku kak tu terdetik gak la,tua sangat ka muka aku ni??Kojaq tol :P
Tapi seb bek la x panggil aku macik,tidak g aku hot.muahahaha

Nah kena ang paah! xsuka kena panggil kak dengan orang sebaya,skali aku terbuat benda tu:P


2)Contoh len,aku xsuka pengguna tandas awam y pengotor.
Dah xsuka tandas y kotor,xkan la lepas guna aku nak tinggai tandas tu kotor jugak kan. At least mangkok jamban tu aku akan pastikan clean n clear. 

Means xdak la najis muqalazah mutawassitah dll.
Xdak la najis bersepah x tentu pasai kat kawasan x sepatutnya(euww)
Tapi xdak la aku p cuci mangkok tandas tu dengan harpic plak kan lepas guna,rajin sangat plak tu.
Ni x, aku xtau la pengguna tandas awam ni pk apa. Kalau nak kejaq masa sangat pun xyah tros guna tandas awam senang.Pakai lampin pakai buang tros.Senang.

Xdak la aku ngutuk sapa y x pandai jaga kebersihan.
Dah kata tu hak bersama,guna la sebaik nya dah jaga lah sebaiknya.
For me, sapa y berkelakuan pengotoq kat tandas awam,kat umah ang pun ang pengotoq supa tu gakk!!
Xkisah la reality nya ang bersih kat umah,sapa soh bawa imej kotoq kat luaq.tros aku cop dalam luaq suma pengotoq.Aku xleh negotiate la ngn orang pengotoq ni,tambah2 bab tandasss

3)Contoh xmasuk akal,aku xsuka smokers n aku x smoking :pLagi2 y x reti bahasa dok p hambuih asap rokok tu depan muka orang. 

If xdepan,asap tu mai terbang mengikut angin sepoi2 bahasa kena aku.YaAllah,ang nak sakit,sakit sorang2.xyah la nak libatkan orang len wehh.
Xpun,b4 smoking apa kata ang tengok angin mai belah mana,n ubah posisi hampa bagi asap tu menghala ke tempat y xkan bagi orang hidu asap rokok busuk hampa tu.leh kan?? 

Satu g aku dok perati sang perokok ni, payah la nak jumpa perokok yang pembersih. Means buang puntung rokok kat tempat yang sepatutnya. Ni x,ada skali tu aku perhati sorang mamat tu dok khusyuk menghayati rokok dia,lepas abis isap dengan gaya yang x boleh blah dia buang puntung rokok tu macam tu ja.Dah la masa tu kat shopping mall,even  luaq bangunan still la kawasan awam..Sakit hati weh aku tengok.

nak p angkat pliss la..xkuasa aku.


X suma perokok pengotoq,ada jugak jaga kebersihan.Tapi aku rasa y jaga kebersihan tu ciput jika nak dibandingkan pelontar2 tegar kat atas jalan raya or tanah ni.Kan2?

Aku tau Mesia payah nak tiru Singapura. Aku tabik spring la smokers kat sana.Payah la nak jumpa depa smoking berjalan berpeleseran.Depa akan berkumpul dekat tempat yang dibenarkan merokok,sampai abu tu depa buh dalam ashtray la senang kata.Lepas selesai tu baru depa start loitering around the city.Kalau merokok sambil jalan2 n mengotor kan kawasan public mau kena saman.
It's ok.Sebab Singapura kecik.Senang nak kawal semua tu.Nak tangkap smokers y x jaga kebersihan suma tu kan.Mesia nak tiru payah la,abis la polis nak jaga smokers 24/7,sang penjenanyah sapa plak nak jaga kan??


Aku x suka perokok y x pndai jaga kebersihan n aku x merokok :) Fair la kan!
4)Aku xsuka digelar,so aku xleh menggelar orang sesuka hati jugak :)

5)Aku x suka orang main kepala,n aku xkan main kepala orang jugak.

6)Aku xsuka  peminjam y pinjam barang n pulangkan dalam keadaan x elok,so if aku pinjam sumtg dekat orang,aku akan jaga sebaik mungkin. If anything happened,just tell the truth la guy.xyah la nak sorok2. Better admit dari buat2 xtau n bila aku kesan sendiri,aku sedih :P( lantak p kat ang la nak sedih,bukan ada kena ngn aku kan?? emo ;P)



7) Aku x suka orang berhutang dengan aku for a long time,so if aku berhutang,aku akan bayaq secepat yang mungkin.. BUT aku ok ja if orang berhutang dengan aku n pandai2 la ingat sendri nak bayaq bila. Aku x kan minx selagi aku x terdesak. (tapi pas ni jgn plak segan silu nak pinjam duit ngn aku,aku ok ja but x ok bila bnda tu lama sangat2  :P )
8)Aku x suka orang berjanji,bermanis mulut akan sesuatu but still now x buat apa2.Aku xkisah if hampa x buat benda y sepatutnya if x berjanji ngn aku nak clear kan benda tu. 

Contoh senang, ada member terguna barang aku n admit kat aku sal tu. It's ok.At least aku tau mana ilang benda tu kan.Tapi xyah janji nak ganti balik or apa2,but u do for nothing. Aku dah halalkan,but bila anda berjanji nak ganti,aku macam ternanti2 mana benda tu.(emo la wehh ,hahaha)
9) Dok aku x suka,aku x suka.Macam la suma benda y aku xsuka,orang len xsuka. N macam la benda y aku ok,orang lain ok.Kan? Aku x suruh hampa buat benda y aku suka or x buat benda y aku xsuka.Tapi pandai2 la pk benda apa y boleh buat,or patut buat or x patut buat bila dah hidup dalam bermasyarakat ni.

Friday, 23 September 2011

trust me I'm a doctor


yeay. baju t shirt ni buat aku gila nak beli sebab dia punya kata2 kat atas kain tu :P 
Plus dengan kale y best la kan. 
Seb bek harga murah tu aku bedal beli. 
Tapi payah la,barang murah ja aku beli,murah ja beli. 
Bila plus suma2 tu balik,banyak kali gak la kena p ATM cucuk duit.
Tapi aku rasa aku ni pandai berbelanja gak orangnya :P

wajib jumpa :)




Wajib jumpa masa pulang Mesia bercuti!
he3..beliau adalah Pipah Pom student UIA. Dah 3/4 kali gak la aku menyelinap masuk tidoq sana.Setiap kali nak selinap masuk,sure pipah takut masa kat pintu gerbang masuk UIA.takut terkantoi ngn pak guard bawa masuk org luaq.Aku y x kecut perut jadi lagu tu.haishh :)

Pipah ni adik dorm masa aku dok Intergrasi Gopeng dulu. Bila nak bagitau org sure aku cakap adik dorm masa kat gopeng dulu,pnjg gak gelaran aku bgi :P

Thanks pipah sebab terima kedatangan k paah kat sana even busy dengan study :)
InsyaAllah tahun mendatang jumpa agi.tu pun if kami blik Mesia :(

Monday, 12 September 2011

petang ahad




Semalam aku dikejutkan dengan berita kematian tailor baju kurung aku sejak kecik lagi.Keluarga aku dok panggil macik tu as Mak Long Miah. Meninggal petang, lepas asaq semalam iaitu ahad.Mak Long Miah dah lama jugak menderita sakit barah payudara.
Sejak 2/3 tahun y lalu arwah dah berhenti amik upah menjahit sebab msalah kesihatan y menimpa.Tapi tahun lepas masa mak aku buat majlis khatam Quran,arwah ada mai.Masa tu aku gembira dengan kedatangan arwah even x brapa nak sihat sgt.




Dari perbualan mak dengan Mak Chaq aku,Mak Long Miah cakap sakit tu macam cabai y kena pada luka.ntah la.Tapi sampai arwah minx nyawa diambil la sebab x thn sgt.hurmAku doakan arwah ditempatkan dikalangan org2 y beriman.amin2
Semalam jugak waktu petang aku p melawat sepupu aku merangkap anak Mak Chaq aku iaitu kak azian.Saja nak ziarah b4 family dia fly balik UK.
Memula malas nak p sebab penat x abis g,tapi memikirkan anak2 kak azian y comel2 belaka tu aku gagah jugak la p.hahaha.Azlan dulu2 aku penah mengasuh dia selama 2bulan kat UK,masa tu kak azian pregnant anak ke2 iaitu Aisyah Gabriella. Aisyah aku x smpt jaga.Kak aku y ke3 plak p jaga Aisyah selama 4bulan kat UK..untg badan p negara org even kena jaga anak org.hahaha.sebab sambil jaga sambil melencong :P


Abang Ali merangkap suami Kak Azian ada cakap nak soh aku p sana lg jaga anak2 depa. Tapi cuti aku thn depan skit la pulak. tgk la klu ada rezeki aku p la sana. Org ajak pantang la aku nak cakap x :P


Actually Kak Azian tgh cari baby sitter bulan Mac thn depan.Depa nak p Barca tpi nak cari org y boleh jaga masa depa p melancong.Tiket p Barca depa tanggung,tpi tiket p UK sndri2.Ntah la dah jumpa ka belom.Klu aku free aku p dah.Tapi rasa masa tu dah busy nak final exm dah aku.x dapat la nak p.hahahaha 




pssst: masa aku nak amik wuduk utk solat magrib,aku buka la tudung,azlan terkejut. Gaya dia macam suruh aku pakai tudung balik.Maybe dia x cam aku klu x bertudung :P N berdasarkan apa y kak azian cakap,azlan senang mendampingi org y bertudung.Kat UK  kan ramai org y free hair,so dia lagi tertarik dengan y pakai tdg kot.maybe laah :P

Monday, 15 August 2011

lembut


Kejadian berlaku masa aku on the way nak balik berbuka di kampung.Adik aku a.k.a Diq tetiba dok usap2 lengan aku.Aku rasa niat dia nak pedajal aku by cubit aku sekuat hati :P
Tapi lain plak jadi..

Diq:Lembutnya tangan Paah.Apa rahsia..
Paah:Hah?
Aku pun amik langkah mengusap tangan aku.Adakah sebab x berbulu? hahaha. Tros aku pulak mengusap tangan dia y legam itu :P

Paah:BIasa ja. Sama ja Paah rasa dengan kulit tangan Diq.
Diq:X la.Tau ak gebu macam kulit baby.
Paah:hahaha.tu paling xtahan.
Tros aku kembang kempis kat situ.

Tapi adik aku dah warning awl2 jgn kembang plak.Tros terbantut proses pengembangan aku..
Adakah ini cara dia nak bermanja dengan aku?Ni kot cara budak 16thn bermanja dengan kakaknya y berusia 21 thn getus hati aku.

Monday, 18 July 2011

'skin' baru


hoyehh..akhirnya dapat jugak aku tukaq kulit baru ni even macam caca-merba skit
penat dah aku nak sengkang mata dok edit html apa suma..
last2 ni ja aku mmpu buat..
patut kena buang Next kat setiap post tu..tapi disebabkan malas nak bersengkang mata dan cetek ilmu html ni,aku amik keputusan biaq la mcm ni 'corak' persembahan blog ni :P

satu g ilg dah pic aku tnjuk huruf H tu..hahaha..silap x save dlu kulit nma..abis data2 y lama ilg..pic tu pun dah x dak dlm simpanan sebab kisah hard disk lama aku y rosak..abis ilg gambaq2 dlam tu..sob3..sedih sgt kisah tu..aku pjuk diri sndri,'xpa la paah,bukan boleh bawa masuk kubuq pun gambaq2 tu'. So just keep it the memory in your mind! cewah..padahal plg sedih pic aku p UK utk kali pertama dan trip p London,Oxford sorg2 la..

Lagu pun dah tukaq..ngeh2..sure org bosan ngn lagu lama aku tu kan.Y paling xleh blah kekadang if ringtone hp org lain ada lagu maher zain dlu tu pun boleh buat aku teringat kat blog y x best ni..hahaha

Kerja naik taraf akan dijalankan dari semasa kesemasa :P

Almost 5hours aku amik nak tukaq bnda alah ni..dari pemilihan lay out baru,tukaq lagu apa suma..lma gila kan?? Klu kesungguhan ni aku terapkan dalam study,sure mumtaz sokmo aku.hahaha :P

Wednesday, 22 June 2011

meletop-top-top vloggers$$

salam.hi all.ngeh3...
semalam terkena syndrome dok loading top vloggers mesia..
b4 ni setakat matluthfi,anwar hadi,maria elena,aiman azlan suma pakat dah kenai kot...
fofular sgt dah depa ni..
almost of them byk buat vid y mengandungi moral values y dpt kita praktik kan dlm kehidupan seharian :)

tpi ni ha..smlm lepas ada member bgi usha kat utube top 10 malaysian utubers tu,aku pun start la terlayan ranking2 y bukan top 5 tu..
(terlambat skit,bru nak berkenalan ngn len2 :P)

ngeh3...almost depa tu buat vid utk suka2..tpi seyes lawak..
bebila try la lyn eh bila tensi2 study tu..sure gelak x kering gusi
kekadang perlu gak amik hiburan simple utk rehatkan minda :)cewahh..ya2 ja :P



byk g..rjin2 try usha parody KL Hamster :P
kreatif sungguh!

p/s:sja bgi tajuk entry mcm gempak,nnti xdak la timbul depan2 bila org google top 10 mesia YouTubers tu :P PERASAN.hahaha

Wednesday, 25 May 2011

model bayro :)


Salam alaik..
1st off all sorry sbb x minx permission nak upload pic model2 bayro ni :P
Just semalam masa dok bosan2 study,ter usha la balik pic2 y aku tgkap..
n tergelak sorg2..setiap kli aku p bayro dengan kwn2,pasti model bayro baru akan muncul..
gaya pun lbh kurg masa posing..tpi aku rasa if aku pun buat gaya mcm tu..
sbb bayro tu kedai jual air jus2..mcm2 ada...
sedap pun sedap..aku suka beli lemon juice ja...




model satu
model dua

model tiga

Friday, 15 April 2011

jiwangkah aku??


Ola...

He3.. Lately ni aku rajin post status omputeh..

Ni adalah salah satu cara aku nak perkasakan english aku y makin getting worst nowaday..

(tapi ada kesan ka?setakat copy n paste ja,x kaji plak grammar ayt2 tu .. :P )

Kebanyakkan ayat2 tu aku cilok dari tumblr org lain..

Aku selalu gak merajinkan dri melawat tumblr org filipino,n sorg mamat melayu ni.

Ayat2 depa post sgt best..

N benda ni buat aku nak kongsi ngn org lain..

Tapi tu la,kebetulan quote y best2 tu suma jiwang2..

Aku x pk apa dah,tros post ja..

Skali org makin cop aku 'paah jiwang'..

Hahaha...

Siap ada pk aku dok in love bagai la kan...

NOooo laa...Suma x betull..

Kekadang tu,salah si penulis tumblr tu gak la..Awt p post quote best y berunsur jiwang??

Kan aku dah nak share bnda tu ngn org kain kat status skype or FB aku :P

(tgk tu,salah kan org len plak )

Jangan salah sangka ya puan2 dan tuan2,

saya masih tidak pndai berjiwang ngn org lain...

Hanya pandai berjiwang dengan diri sndri..

Tapi x bermaksud aku fall in love ngn dri sndr..macam gilo plak tu :P

Baiklah..pas ni aku cba cari quote yang membina nusa dan bangsa ^^


Tuesday, 25 January 2011

Jom berkaraoke :)


Haa..Saja nak promote benda ni.Dah lama aku jumpa,tapi bru rini nak promote.G pun ada org tu nak tau,aku dok melalak lagu apa tadi.he3..

Just for fun.If tension or rasa nak menyumbangkan suara,sila la buka website ni :)
Xpayah penat2 p bazirkan duit kat box karaoke tu.ngeh2..


Tapi cik2 dan puan2 kena daftar dlu.Bru leh melalak.Xpayah bazirkan duit n paling best,bila rasa nak nanyi,leh nyanyi tros.
bahan2 y perlu ada,laptop,tenet,mic. dan suara anda y sedap :P


p/s:sure pas ni pizah x puas hti kat aku :P

Friday, 21 January 2011

Will You Marry Me :)

Hua...dah lama nak update blog.Dah siapkan bahan dah masa 12jan ritu, budget pas ja exm pathology nak update la..tapi balik2 ja umh,tgk2 xdak internet.
Ingat sat ja xdak tenet,tengok2 dah hampir 2 minggu kot.Mati kutu aku dok kat umh, dengan hard disk aku y rosaknya,mmg melimitkan hiburan aku la.


K2..kembali kepada tajuk asal,Will u Marry Me ni..he3.jgn ingt aku plak y x sabaq2 nak kwen eh.
Aku just tertarik dengan jalan cerita mcm mana depa boleh bersatu b4 menjadi sepasang suami isteri y sah,iaitu seorang pelakon dan jugak penyanyi kat mesia,iaitu elyana..
If nak tau mcm mna,sila tengok eh VC ni.
Aku sungguh kagum dengan elyana.he3..
so gadis2 diluar sana,ada berani x nak buat mcm tu ??


In da same time,just nak kongsi VC wedding y aku jumpa..Rasa best plak buat mcm ni.Tapi ada org ckp dari labur duit buat VC,baik p honeymoon kan??hahaha.Tapi xkisah la.Lain org,lain caranya :)




So sweet!
tapi mcm x sesuai sgt la untuk sesiapa beragama Islam nak buat mcm ni kan.
Boleh buat,tapi berpada2 la kot :)Aku nak komen lebih2 pun,aku bukan pandai sangat selok belok agama ni.Just berpegang pada basic insyaAllah kita x tersimpang dari-Nya.

Wednesday, 5 January 2011

songS (:


Hi.Kali ni just nak merapu ja.Nak study xdak lagi kerajinan :P
Padahal exm dekat gila.Tapi mood tu still xmai.If xmai,nak study pun xmasuk.mcm tu la aku.
So saja nak isi skit masa ngn benda x berfaedah ni.
I found some songs that suitable for all of us to use when u/we does not know how to express ur feeling or how to tell that person bout what in ur head/bout u thinking right now.
Maybe leh guna... Try take a look the lyrics.Tapi if ada ayat tu mcm x bgs,just ignore it.amik y bagus sdahh :P

1st song : This song suitable kat sesapa lelaki y bdget bagus,hot apa suma la.Laki mcm ni selalunya good looking la kan?tapi if laki tu good looking but baik,jgn la plak nak tujukan lagu ni:) Peace~


2nd song: Haa..This song really2 cute n sweet for me. A lot of quote we can get from this song.The most quote i like is when it mention a 'dentist' word.So lagu ni sesuai kat sesapa yg tgh in love:P



3rd song:Lagu ni plak menceritakan situasi if kita ada bestfriend(opposite sex la kan),n kita tetiba syok kat dia n xtau nak bgtau bestfriend tu guano.so boleh la anda2 diluar sana bgi lagu mcm ni :).Hope dia paham la lepas tu.Selamat mencuba~


4th song:Haaa..lgu ni berunsur keganasan skit. Lagu ni nak warning sum1 yang bgi hampa sakit ati or what. If nak ckp depan2 takut,cuba try dengan hntaq lagu mcm ni kat org tu.Sure akan sampai msg tu dgn jelas.Tapi lepas tu if gado g terok jgn cari aku :P



5th song:Lagu ni agak sedih. Lagu ni mencerikan kesedihan lps kita kehilangan seseorang y kita syg or rpt or smtg like that la..Biasa la kan kita ni,bila org tu ada depan mata,xpandai nak appreciate,but lps org tu dah jauh dri kita,bru nak menyesal x treat dia sebaik mungkin dlu.Maybe lagu ni sesuai bgi kat org y merajuk dgn kita,pastu nak bgtau y sebenaqnya kita memerlukan dia...maybe la kan.Hahha~


6th song: Haa...lagu nak bagi semangat kat sesapa y putus cinta kot.Gurl tu dah bagi apa y sepatutnya,but dak laki tu plak x appreciate.So baik putus ja kan?Maybe lps dengaq lagu ni org y putus cinta boleh naik semangat kot.So chill~~


Sampai sini ja la.Buh byk2 pun satgi hampa x dengaq plak lgu2 ni:P
Banyak ja lagu y kita boleh guna nak express our feeling n kekadang certain lagu tu mmg kena ngn situasi kita skang.

Tuesday, 4 January 2011

comel (:


I found this when woke up early this morning:)
I think all of this reasons are really suit me :P

Wednesday, 22 December 2010

laksa dan biri2 :)


Dah lma x post..maaf aku agak busy(ayt common bila dah lma x post entry :P)
Tapi seyes la agak busy n aku dalam mood ntah apa2 minggu bru2 ni.

Ahad ritu aku p cairo,p umh anah.Saja nak p jumpa mak anah alang2 mak dia kat sini.So amik peluang la p melawat,g pun mak aku ngn mak anah memang saling kenai.Pastu anah n aku saling kenai mak masing2.
so x manis la if x p melawat dah alang2 mak anah kat sini kan.
Bila aku bagitau kawan2 lain nak p cairo melawat mak kawan aku,ramai dok melawak,' nak p jumpa mak mertua la tu..'

kat metro

Haish,celah mna plak mak mertua,aku solo g,kwen x agi.ada plak mak mertua.he3
Xkisah la kan.Bestnya masa p sana,aku dapat melantak laksa penang.Sumpah rindu nak makan laksa penang.Aku ni memang hantu laksa.Family aku pun almost hantu laksa.Tambah2 kak long aku.
rindu plak pkena laksa penang panas2 tepi pantai kat bagan ngn kak long aku.Memang terbaik lah:)

Aku sampai ahad malam,sampai2 ja umah anah,aku balon lodeh dlu.Lepas ja perut dapat terima makanan balik,aku balon laksa penang 2 3 mangkok gak la.
Esok tu plak,pagi2 dah pkena laksa.Mau jugak la dalam 3 4 mangkok.Seyes kerinduan kat laksa terbalas.Dengan ada bunga kantan ngn daun kesum dia memang buat aku kecur air liuq ah..he3
Mak anah dok soh makan g,tapi masa tu perut aku dah full kot.tidak memang aku balon dah.he3

Lepas ja balik dri umah anah,aku teman la member aku ni p City Star.Katanya nak release tension ngn jalan2.
minah rempit :P

B4 kami p makan,kami ada masuk tempat main game.Masa tu aku ternampak mesin yang boleh amik barang2 tu.Tetiba teringat kat Chun Hee dalam FO,dia power kot men game ni :P.Tapi org y nak main tu kena pandai aim n kawal 'tangan' tu la if nak dapat adiah..Aku pun minx la kat kwn aku soh amik biri2 y comel tu.Padahal dia x penah main kot game tu.Tapi aku gegeh gak nak bnda alah tu..he3
ni la mesin tu :)

Tunggu punya tunggu,tempat tu x buka sepenuhnya lagi.So kami decide p solat n makan dulu.
Lepas ja makan,kami berpecah.Kawan aku p main game,aku plak p window shopping,kebetulan
masa tu mmg aku dok mencari sweater:)
pemain game terhandal :)

Masa kami jumpa balik,kawan aku soh amik sumtg dalam beg dia.Buka2,aku nampak biri2.
Seyes terkejut n dia soh amik.Huaaa..terharu gila ahh.Macam bf bgi adiah kat gf plak.Tapi kmi pompuan.hahaha.Tapi aku rasa feeling dia mcm tu ah.Thanks timah for da biri2.
Aku sungguh terharu sgt
my biri2 :)

Wednesday, 8 December 2010

jeles dengan ayah

tgh dok gila ngn chun hee y clumsy ::)

Tadi masa dok berhiburan b4 study i got an email from my dad.Actually I'm waiting for his email kot,semalam try call b4 ayah fly x diangkat.maybe sibuk nak check-in kot,x sempat nak layan panggilan aku.Banyak nak bagitau ayah aku.He3..

Aku agak tertarik dengan email ayah kali ni.X formal sangat like usual.B4 diz ayah suka guna ayat skema,biasa la orang dewasa nak dekat pangkat datuk.sure la ayat skema kan??hahaha.
but tadi ayah aku ada bagitau weather kat Durham yang sejuk skang ni by using this word, 'paah,sejuk GILA'.Agak impress aku disitu.Ayh bagitau gak pasai salji y tebal.
huaa...xsampai 3minggu aku p umah mak sedara aku kat Durham tu,now my dad ngn family mak tam aku plak kat sana.Aku y tergedik nak main salji x kesampaian,ayah aku y cool n xgedik mcm aku ni plak merasa salji now.Ha la..ayah dah penah main real salji,anak ayah sorang ni x penah agi :(
apa2 pun,Hope they have a pleasant holiday there.

Lama gak la ayah kat sana,till 1 jan ni.So sempat la ayah aku shopping masa boxing day.Fight for good n cute stuff ayah.hahaha
Selain UK,family mak tam akan jalan2 Paris while my dad n aunty kat Durham p Turkey(eja mcm ni ka eh??) even ayah dah penah smpai sana satu ketika dulu dengan my mom.
Tidak depa plan nak mai Egypt tapi harga flight mahal sebab ramai mat saleh lari mai mesir masa negara mereka tengah sejuk abis.Depa akan melarikan diri ke pantai2 di mesir untuk tanned their skin.he3
Mak x ikut sebab nak kena jaga 2 hero dirumah masa cuti sekolah ni.

tengah berfikir2 nak pesan apa kat my dad coz he kept asking me what i want.
hope he buy something cute n fit with me.i trust my dad's taste.
hahaha

n dok pk gak barang apa nak pesan from mesia.
sbb mak anah nak mai sini.so aku nak amik kesempatan la soh mak aku pass apa2 kat mak anah.ngeh3..
bagi cadangan jap..
tapi ritu call mak,n aku cakap kat mak,'paling penting milo eh mak',
he3..mak aku pun dah tau if nak hntaq apa2 wajib ada milo :)

n please pray for my friends n I for this Sunday.We'll having an evaluation day which doing by our doc regarding the artificial teeth yang kami susun lepas banyak adegan sedih berlaku.::))
Hope suma dak gigi doing their best.Aminn :)
gigi palsu(hate iT)

Monday, 29 November 2010

Kena Tagged ngn Pipah n Tipah =p


Kemalasan tahap ke25..Tapi sebab nak layan adik kesayangan n kwn kesayangan aku ni,aku buat lah jugak even xdak idea abis n mls nak mampp =p

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you.

1.Aku terponteng kelas lagi hari ni T__T

2.Sejak dua menjak ni aku selalu tidoq lama.(maybe dah lma x minum nescafe kot=p)

3.Baru2 ni berbalas email dengan ayah n ayt buat aku terharu adalah, "xpa lah,Paah kejaq cita2 ayah nak jadi dentist,bukan cita2 Paah'.Sungguh buat aku sedih..Tapi paah janji akan buat abis baik ::)

4.Semalam pilihan raya kat Mesir,tapi Uni aku x cuti.Pelik bin ajaib

5.Baru2 ni aku terjebak dengan Running Man dan menyebabkan aku terminat Kim Jong Kook y pemalu :)

6.Aku sangat suka jejalan serta ber'travel' :)

7.Sangat teringin p Alex nak mlwt Aina.Really miss her

8.Ada perasaan aku x balik Mesia cuti summer thn ni :(

9.Sangat teringin nak men snow

10.Sangat addicted kat milo

11.Selalu sakit2 belakang,tambah2 bila kat Mesir ni=p

12.Lately ni sangat busy dengan keja2 Prosthesis,Crown n Bridge dan juga Operative.

13.Tertekan dengan Prosthesis sebab makin mencabar.Dok kena susun gigi n so on.

14.Perlukan gigi manusia dalam jumlah yang banyak sebab nak buat latihan atas gigi2 betoi pulak.B4 ni just guna artificial teeth.

15.Teringin round europe,tpi xtau bila n ikut keadaan duit=)

16.Tak suka dengan kucing yang nak menghampiri aku,if aku yang p pegang dia xpa.Tidak aku kan lari (takut kucing la senang cakap)

17.Dah lma x tepon mesia,sure mak aku bersedih.InsyaAllah ASAP aku akan tepon pas beli mic bru

18.Tahun ni isnyaAllah cuti winter just p SINAI.(hope so)

19.Berharap mak dan ayah mai mwlt aku b4 aku abis study.

20.Bercita2 nak smbg master lps abis buat degree,but b4 that nak kwen dlu.ngeh2(bdget ada calon)

21.Tahun 2011,umuq aku kan 21tahun.sangat tidak sesuai dengan perwatakan aku :p

22.Seorang yang tidak pandai membuat keputusan n fussy dalam membeli belah.

23.Lepas ni nak p makan kuih lapis (ka seri muka ntah) kat umah pizah.ngeh3

24.Nak jadi dentist yang berjaya dunia akhirat.

25.Excited nak dapat anah buah untuk julung kalinya.Hope kak ngah dapat melahirkan zuriat y sihat dan hnsm=p

Hope benda yang sama la ngn apa y tipah tagged=p.Malas ah nak tagged org lain.Tapi if nak buat silakan n let me know k=)