Wednesday, 18 April 2012
semangat please!!
Friday, 16 December 2011
cengeng
patutnya dah atas katil dah.tapi dok golek almost setengah jam so aku trun la dari katil n mengadap la laptop ni balik :)
dah tukaq layout even xdak la cun sangat
sbb ada pembaca complain pasai double text dari setiap entry
aku perasan bout ni just malas nak cari masa untuk alter benda tu
Hari ni hari khamis dan aku ada section prosthesis
iaitu kelas dimana kami semua kena belajaq buat gigi palsu penuh atas bawah
nak jadikan cerita hari ni hati aku sangat rapuh
sebab patient aku 2 kali berturut2 xmai waktu kelas tadi, n abang dia sendri suggest untuk aku amik patient baru
tros aku terduduk sebelah ammu yang sanggup nak gantikan tempat patient lama aku
sanggup pun mcm biasa la. berbayaq la.xdak la sanggup free
melepaskan kesedihan kat sebelah ammu tu
mengenangkan nasib aku
berfikir kesusahan yang aku kena lalui semula
tapi tetap redha dengan ujian kecil Allah ni :)
Kalah jugak aku dengan air mata
Ternanges aku tadi,sampai doc pun datang menenangkan aku
Classmates y nampak pun cuba tenangkan aku
tapi tadi makin ditenangkan,makin teresak aku dibuatnya
Mana xnya,dah la agak lambat dibelakang
PUlak tu, banyak duit dah dilaburkan untuk macik tu
Dah tu, special tray pun dah siap jugak memerlukan wang utk siapkan nya
DAh la tu,aku rasa aku xpenah menanges untuk dental work sepanjang 3thn lebih menjadi student dentistry
Dah la tu,xpenah menanges depan kawan2 kelas
Malu wehh
Hahahha
Memang makin besaq aku makin pandai menanges
tambah2 benda related degan family
n klu aku sorg2 tengok drama,tapi drama pun almost air mata akan murah jika benda related dengan kekeluargaan :)
Tapi syok jugak tadi
Sebabkan menanges,aku murah rezeki
kak alia belanja kek
kak husna plak belanja aiskrim
jaa plak offer nak tolong nanti
hahahha
macam ni boleh la nanges selalu kan?? *kidding*
Malu plak bila pk awat la aku leh nanges
haish.. tetiba macik tu memang ada hal n xleh hadirkan diri n ada minggu depan x ka aku malu??
Hahaha.Lantak la
Kalu macik tu mai lagi aku syukur sangat kat Allah
kalu mmg macik tu xmau buat dah ngn aku, terpaksa la amik patient len
hidup mesti diteruskan
Miss home :(
Sunday, 19 June 2011
Wednesday, 1 June 2011
Thursday, 7 April 2011
teguran
Saturday, 2 April 2011
Doa Seorang Guru
Friday, 4 February 2011
saya kufur nikmat
Saturday, 8 January 2011
edisi gedik + gegeh :P

Salam alaik.He3..bermula pagi semalam,aku dok buat keja gila sambil dok study secara so-so (means x seyes mna pun study). Ada plak masa aku dok begging kat certain friends aku soh depa bagi kata2 semangat or sumtg like dat nak bgi boost up my spirit utk study.
Dah 3 4 hari aku lost dalam dunia sendri y membuatkan aku xdak mood nak study Patho.
Dah la Patho akan dijadualkan exm pada 12jan merangkap pada hari lahir my beloved mother.
If xmau buat utk diri sendri,u should do the best for ur parents at least.Sian mak ayah.Dah la ritu call mak ayah x sihat,so xkan nak bgi mak ayah continue x sht after dengaq my result w/o u put an effort towards it.Haish2..YaAllah.buka la pintu hati ku untuk menerima ilmu2 mu yang terbentang luas ni..Aminn
Lepas buat muka x malu.ada la dalam 15 org dan lbh yang memperkenankan hajat aku nak kata2 semangat dari mereka.Thanks all my lovely friends,seniors n juniors.Dengan membaca kata2 pujangga tu,sedikit sebanyak telah menaikkan semangat aku untuk study :)
Ni adalah contoh2 ayat yang diberi oleh mereka.Jasa hampa amat aku hargai.HOpe suma berjaya dunia akhirat.Aminn.Love u all till heavens,insyAllah n aminn :)
1)paah,in moment i hope u do ur very best!no matter how ur result wiil be..i will be proud if u already do ur best!:D
2)paah!! ganbatte kudasai!! jgn cepat mengalah~ hang kena yakin yg hang boleh!! yosh!! ^_____^ paah yg rajin, study leklok and aku sentiasa doakan hang dapat yg terbaek.....!!
3)paah dearie :)
slmt study patho dgn baik,,smga Allah mudahkn segala urusan :)
yg pnting usaha sungguh2,,selebihnya kerja Dia,,follow sunnatullah ok! ;)
shoot for the moon,even if u fail,u'll be among the stars :)
love from Columbus ♥
disertakan jugak this VC..rindu zaman skolah :)
4)Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out.To climb steep hills requires a slow pace at first.Success is blocked by concentrating on it and planning for it.... Success is shy - it won't come out while you're watching.
5)Untuk PAAH my fren..yakin dan percaya pada diri..InsyaAllah berjaya..aku taw hang boleh buat.. =)
6)My dear sist...
jgn cepat putus ase...i noe u can do it gurl...
kate nk smbung smpai master...lets make it real sist...
Go GO Chaiyokkk...!!! *xmo dok jaoh lme2..cecpt abes an blek m'sie..*
ehehhehe...♥♥♥
7)sejam aku mikir ayat..hahaha
to my beloved fren..
study molek naa...bace buku selawat sokmo..
jgn kuat tido walaupon suke tido...(smgt tak??)
buat elok2 exam nih...
lastly jgn senang2 give up..seriously...!
p/s: ta jadi korean denih ha...HAHA..dgr je lagu nih... :)
8)jgn duk stadi sgt..bykkan menonton running man..secret garden..ulang byk kali tgok smpai boleh hafal dialog sume...jgn duk risau nk exam..sbb nti leh tiru kawan...xtau sgt nk jwb..baling dadu ja..ok..boleyh tuh paah...semangat!
9)ang memang dilahirkan x pandai..x segak paah..
snang cita ang memang x ebat laa...
tapi manada org lam donia ni yg jadi hebat tanpa ada usaha.
ang usaha,ang ebat la! hehhe
10)tadi aku saja2 google, pastu jumpa benda ni. xtau sapa yang tulis haha

11)Wahai Nur Farhah Shabir...awat la ang malaih study...ang kna rjin2 study...jgn jd malaih mcm ak...kalu nk malaih...jgn lbih had malaih ak...xelok...haha...kalu ang rjin...ak pun bleh tmpang rjin...tp ang mmg rjin dr ak...xpelik la...:DDD....jgn malaih2 naa...gambate3~...chaiyok2 paah....haha...:: Rock On ::..yeaHHHHHHH~
12)kak paah...good luck
13)paah!!
wat leklok paper nk mai...
toksah dok ingat pelam ja...
hak3...
ganbante kodasai~
fighthing!!
14)dear k.paah,jgn malas2 tau (wpon km pun mls.hehe) study tu elok2..xyahla tension2 sgt.jaga kesihatan.igt pakcik shabir dan mak kpaah (xingat nama) kat umah tu hari2 tunggu k.paah balik sbg dentist..hehe.km pun tunggu gak :) then lastly,i know u can do it!!!goodluck!!
15)paah sayang,,
jgn patah smgt..kalo hg patah smgt,aku lg la patah semangat..cewah..hehe..do the best k utk exam 12jan ni..aku exam lg awal dr hg..sama2 kita wat yg terbaik..kalo plan aku x jd winter ni...aku g mansoura k..:)
16)even i cant bloom to cheer u up...i'm still on ur side..
trust in urself as if u trust an alien
coz happiness cant be gained easily; happiness is like a candy, u may take time, long time perhaps, to feel n taste it. (●⌒∇⌒●) わーい
من جد وجد من زرع حصد
17)paah.. kamu sangat bertuah sbb ramai sangat yg sayangkan kamu =)
byk betul wish utk paah.. all da best!
18)semua org wish nih...aku pn nk tumpang skali la....hg kena relek weh...jgn pressure2....
klu hg tekanan lg x jd keja.....bg tenang lu..then bru study....boley pnyalah....masa byk lg kan....smpt lg...depend kt hg ja guna msa tu cna.... bg tenang lu okeh....bru ley setel masalah slow2....
19)aii paah takyahla study ang mmg dah genius result mmg gempak. okay :p
Ada jugak kata2 semangat x dikeluarkan sbb depa dok tmpg buh kat komen org lain.Tapi semua saya hargai.even ada kata2 y berbau perli apa suma,benda tu ekceli secara x lgsung membakar spirit aku.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Sunday, 21 November 2010
kerdilnya aku :(
Si pilot makin merendahkan Boeing 757 tu.
Masa tu hampir pukul 5 malam waktu mesir.
Matahari dok berusaha menyembunyikan diri ke ufuk barat.Aku pun amik la peluang nak nikmati keadaan senja tu.
Padahal dah mati kebosanan dalam flight tu.Hahaha.
Pabila ja tengok bawah,aku nampak lautan biru.Laut tu ada banyak sgt tone warna biru.Biru muda dan tua.Cantik sangat2.Aku pun amik kesempatan memuji Allah. Tapi x sempat nak snap pic sebab dok sibuk nak muhasabah dri =p
Sumpah aku cakap sangat lah cantik ciptaan Allah ni.
Sumpah aku sangat merasa diri aku sangat kerdil berbanding alam yang terbentang luas ni.
Tetiba mata aku bergenang.Apakah??hahahha
Sebab aku sangat terpesona dengan keindahan alam ni.
Sebab aku tau aku hanya melukut di tepi gantang ja di sisi Allah.
Sebab aku gerun dengan balasan yang aku akan dapat dari Allah.
Sebab aku rasa aku bukan umat nabi Muhammad SAW y solehah.
Tetiba ja aku nak emo sorang2 masa tu.Hahaha.
Tapi memang la.
Makin kita kenai,makin kita belajaq,makin kita melihat kekuasaan Allah ni,makin kita takut dan sedar yang Allah ni segala2nya bagi kita.
Tuesday, 2 November 2010
salurkan kejalan yang benar (:

Aku pun pelik awt la songsang sangat aku ni.
Hope lepas ni boleh ubah kearah kebaikan sejagat=p
Friday, 22 October 2010
bila kwnku berpuitis lagi :)

Belayar pergi sebuah impian
Bersama tangisan segumpal awan
Sebak dihati tak dapat ku tahan
Bila hatiku mudah kau lukakan
Bagai terbangnya si wau bulan
Diriku ditarik dan diriku dilepaskan
Bila datangnya sang taufan
Mudah kau lepas dari pegangan
Bagaikan soalan tiada jawapan
Suasana indah semakin tak keruan
Lidah bercabang engkau julurkan
masa depanku dijadikan taruhan
Katamu yang indah tidak kau kotakan
Tapi kota yang indah engkau runtuhkan
Inikah dia sebuah perjuangan
Yang dulu pernah engkau janjikan
Hati ku ini dijadikan mainan
Disepak ditendang menjadi hiburan
Bergolek ke kiri bergolek ke kanan
Pedihnya hanya didalam ingatan
Kini ku berserah kepada tuhan
Berdoa semoga dapatku teruskan
sebuah perjuangan dalam pelayaran
tanpa kelibat seorang teman
'hehe..pos la kat blog hg..
jgn ltk nma ak..ni secret hg ngn ak tau,' pesan si penulis =P
but he is the same person y penah menyumbangkan karya beliau dlm blog aku b4 ni.
for me not bad n he has a talent kot dlm bab2 gini berbanding dengan aku yang lurus dalam berbahasa =) ni salah satu karya beliau: penantian

for him,just pndg kehadapan..insyaAllah,Allah tahu yang mna terbaik utk anda. chiLL (((:::
Wednesday, 15 September 2010
Kekanda Adinda
Kekanda Adinda – Atilia & Monoloque
Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini
Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya
Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya
Wednesday, 25 August 2010
bata$$
Oleh : Farhana
Editor : doraemong13
Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya, benar. Memang boleh. (Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum)
Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan?
Biasanya, di saat ini, apabila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama.
Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ini tersangatlah lembut.
Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.
Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami.
Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu. Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut'. (Maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli')
Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.
Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas itu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain. Yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu.
Lelaki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku apa-apa pun"
Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"
Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah terpesong dari panduan tuhan.
Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan awak"ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam itu pun boleh buatkan perempuan itu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa"
Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan ke atas tuhan. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya. (Sekarang baru korang tau kan. Dah tau jangan nak ambil kesempatan nak try buat pula. Ada yang kena fire karang)
Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaan-Nya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dari-Nya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.
Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita.
Prevention is better than cure
Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara.
Sekian cerita kita hari ini, semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada Allah.
Amiiin.
Pengajarannya: Ikutlah jalan yang selamat, jangan menjerumuskan diri sendiri ke dalam lembah kebinasaan. Carilah jalan yang selamat itu.
Saturday, 5 June 2010
Stress

Alhamdulillah atas nikmat hidup yang Allah berikan. Bersyukur masih diberi peluang untuk menghirup udaramu ya Allah. Dalam kesibukan kita mengejar arus kehidupan yang sangat laju, pernahkah kita terfikir untuk berhenti? Pernahkah anda merasa stress atau tekanan yang sangat hebat?
Pasti setiap diri pernah merasa tekanan dalam kehidupan. Ada banyak sebab kita sering tertekan. Mungkin kerana peperiksaan, masalah kewangan, masalah persahabatan, dan banyak lagi senarai masalah kita.
Pernahkah anda terfikir hikmah mengapa Allah jadikan masalah yang akhirnya memberi tekanan kepada kita? Pernahkah anda merasakan bahawa dugaan yang diterima sangat berat dan tidak tertanggung? Mari sama-sama kita teliti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:286):
Sahabat-sahabat,
1) Tekanan yang Allah berikan boleh menjadi salah satu cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
Sudah menjadi lumrah apabila kita berada dalam kesusahan kita akan meminta pertolongan. Tekanan sebagai salah satu masalah yang menimpa diri kita mampu membantu kita untuk taqarrub, mengadu, mengaku kesalahan dan kelemahan diri kita. Ya, Allah ingin kita mengadu kepada-Nya. Sedarkah kita apabila kita senang, kita sering melupakan nikmat Allah, jadi tekanan ini membolehkan kita mendekati Allah dan terus mengadu kepada-Nya.

2) Tekanan adalah peluang untuk kita memperbaiki diri.
Sedarkah kita apabila kita tertekan, ia mungkin berkait dengan pengurusan diri yang kurang baik? Saya sendiri jika berhadapan dengan tugasan yang terlalu banyak akan merasa tertekan. Bila difikirkan kembali, ia mungkin berkait dengan ilmu pengurusan masa dan kerja yang kurang efektif. Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah kekurangan ini dan memperbaikinya.
3) Tekanan menjadikan kita lebih tabah dan cekal.
Biasa kita melihat ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anak dengan berjaya selepas kematian suami. Anda rasa, mengapa mereka berjaya? kerana adanya tekanan. Ya, tekanan menjadi 'driving force' atau daya penguat untuk mereka berusaha. Tekanan untuk memastikan yang terbaik diberi kepada anak-anak memungkinkan mereka terus berusaha tanpa memikirkan penat lelah.
4) Tekanan sebagai medium menguji keimanan.
Firman Allah dalam Surah Ali-Imran (3:139):
5) Tekanan sebagai batu loncatan bukan sebagai batu penghalang.
Seringkali kita mendengar keluahan orang yang tertekan. Mereka merasakan bahawa masalah yang membawa kepada tekanan akan menyusahkan hidup mereka. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat tekanan sebagai pemangkin kejayaan bukan sebagai pembantut. Bagaimana? Cuba kita bayangkan, andainya kita dapat mengubah tekanan yang kita rasai kepada tenaga positif, ia sebenarnya boleh menjadi kekuatan untuk kita berjaya. Dengan kata lain, kita "menekan" diri kita untuk cuba menyiapkan kerja sebaik mungkin dan tidak mengeluh. InsyaAllah ia akan menjadi kekuatan kepada kita. Bila kita diuji lagi, kita akan terbiasa dan mampu menghadapinya dengan baik.
Satu perkara yang perlu kita sedari ialah, kelahiran kita di dunia ini adalah bukti kita insan yang terpilih untuk hidup di bumi Allah. Jadi, jangan jadikan tekanan sebagai perkara yang melemahkan kita. Merayulah , mengadulah, berdoalah kepada Allah, kerana dia maha mendengar dan memakbulkan permintaan hamba-Nya. Yakinlah sahabatku setiap ujian ada hikmahnya, kita perlu bersabar untuk menyaksikannya.
Sekadar ingatan buat diri ini jua.
Wallahua'lam.
Monday, 10 May 2010
oh,sangatlah ~~











