Wednesday 28 July 2010

sayaberdarahO.anda? =)



Diet Mengikut Jenis Darah...

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.


Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.


p/s :Rasulullah sendiri pun melarang kita minum susu ngan makan daging kan?..rupanya ada hikmahnya.Banyak makanan y ptut aku hindari tu jadi makanan y suka aku amik like jeruk,susu dan buah2an.So lepas ni kena kurang apa y ptut lah =)

Tuesday 27 July 2010

Malam2 Y Allah Memperkenankan Doa Hamba2-Nya


Salam alaik.
Semalam aku menghadiri satu majlis agama berdekatan dengan rumah,ada la dalam 15 minit dengan keta dari umh
.Aku diheret kesana oleh mak sebab malam semalam malam Nisfu Syaaban.
Dalam satu ucapan Ustaz Subri,dia ada bagitau perihal ni.

5 Malam Allah Memperkenankan Doa2 Hamba-Nya

1)Malam 1 Rejab
2)Malam Nisfu Syaaban
3)Malam Jumaat
4)Malam Hari Raya Aidilfitri
5)Malam Hari Raya Aidiladha

So malam semalam sepatutnya kita suma berlumba2 meminta pada Allah apa jugak hajat yang kita mahukan.InsyaAllah,dengan kesungguhan kita Allah akan memperkenankan doa kita..Aminnn

Hurm,aku xtau ni sumber dari mana.Tapi yang pasti sumber lisan dari ustaz subri.If ada kesalahan or kekurangan dari aku, hope dapat bgtau.sama2 kita kongsi ilmu apa y kita dapat.Alhamdulillah

Monday 26 July 2010

coincidence


wow.
mcm satu kebetulan yang agak best ja tdi.
baru ja berlaku tadi.
tiba2 ja aku dapat ym dri seorg kwn y minx tlg.
dalam masa y sama,aku dpt satu msg dri fb chat plak.
dua2 insan ni memerlukan pertolongan aku.
he3..
dalam masa y sama plak tu..
alhamdulillah aku dapat membantu mereka.
=)

Wednesday 21 July 2010

sujud syukur


Salam alaik.Kali ni aku just nak share how to do a sujud syukur.Maybe ada org yang dah tau,i just want to recall.Kepada yang masih x tau cara nak buat,disini aku sertakan cara2 nak buat sujud syukur =)


Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya,mendapat keyajaan didalam peperiksaan dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang.Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk

If ada terkurang or terlebih,hope dapat kongsi dan perbetol =)
copy pasted dripada 'SOAL JAWAB KEMUSYKILAN AGAMA'

Monday 19 July 2010

Aku mmg penakut



Aku memang seorang y penakut,tetapi dalam satu2 situasi memaksa aku untuk buat2 tak takut.Bukan nak tunjuk heroin,tetapi nak cuba menghadapi jugak benda tu.Tapi mcm nak tnjuk hero gak la kan??Tapi tak sebenarnya.

Contoh aku seorang penakut:

1)Aku x berani drive kereta tambah2 if ayah or mak aku disebelah aku.Hoish.sangat haru.Hahaha.semua benda x kena.=p.Tapi y sebenaqnya,if ayh aku suruh drive,mmg aku tolak lah.If aku drive,mmg aku y nak.Bukan disuruh.Ada ja alasan akan aku bagi =)

2)Senja semalam,aku terdengar bunyi sumtg dri tingkat atas umah.Jeng2.Macam ada orang diatas,padahal semua kat tingkat bawah.Aku teguq that sound by asking my mom..Seyes aku dah cuak time tu..mak aku saja lagi menakutkan aku by cakap ada la 'sumtg' atas tu.huaaaaaaa...misteri ni mmg x terungkai till now.But maybe burung masuk umah,bleh jadi gak kan??

3)Just now,aku tekan remote control gate nak buka pagar umah.Pabila aku kalihkan kepala,tup2 gate tetiba berhenti.'Sudah,benda apa pulak kali ni',getus hati aku.Aku try tekan remote skali lgi,gate tertutup.'Boleh plak'.Then aku tgu mak aku mai baru aku try buka pintu pagar tu balik.Mak aku solve that probs.Rupa2nya bateri gate aku lemah..Bukan sebab 'sumtg'.Tapi otak aku pk 'smtg' y menyebabkan gate aku terhenti.Mmg dasar penakut aku ni.

4)Situasi ni jadi bukan kat atas diri aku.he3.tapi setiap kali aku lalu dekat pkok limau tu,sure aku jalan cepat2.Pernah satu ketika dahulu mak aku macam tuduh ahli rumah ni dok ubah2 kedudukan pasu pokok limau .Padahal xdak sapa y ubah pasu tu melainkan mak aku.Tup2 esk pagi kedudukan pasu2 tu kat tempat lain.Hahaha.Ni mmg satu misteri jugak=)

5)Last but not least,masa balik cuti kat umah tahun lepas,ada sekali tu mak macam marah aku.Sebab helaian kertas tertulis doa apa ntah tetiba ja basah.Mak macam salahkan aku sebab kertas tu mak lekat kat almari y berhampiran dengan bilik aku.Padahal tu bukan kerja aku.Aku bukan lagi budak kecik nak main percik2 air kat rumah.Ha2..Benda ni berlaku acap kali.Bila kering ja,2 3 hari pas tu kertas tu basah balik.Seyesly aku terpk 'sumtg'.But now dah x jadi sebab mak aku dah tukaq kedudukan almari tu.=)


Kejadian2 ni mmg menakutkan aku.Tambah2 aku ja tidoq sorg2 kat bawah,lain suma dok tingkat atas.Tambah2 rumah ni baru berusia 4thn,didirikan atas tanah lot.Paham2 ja la kan..Saban hari aku cuba kuatkan hati dengan ayat 'ALLAH bersama anda, Paah.So no worries!'

Friday 16 July 2010

mimpi lgi




YEAH.
Semalam aku mimpi lagi.Kali ni betoi la nightmare.Ha2..
xsuka mimpi kali ni sbb aku bermain plak dengan ular2.Ganas gila ular2 ni.Aku xtau aku masuk dunia apa y menyebabkan aku kena larikan dri dari makhluk y berbisa ni.Banyak gila nak patuk aku.Tapi aku berjaya bunuh depa by pijak2 ja..Ha3.Macam bohong kan??
Ending cita ni aku xtau sbb tup2 mak kejut subuh=p

But 4 today aku x mimpi lak.Kalau mimpi jumpa Laksamana SUnan kan best.Hahaha.Bydaway aku bru ja abiskan novel Ramlee Awang Murshid yang berjudul CINTA SUFI.(tetiba ja nak bgtau=p)

Wednesday 14 July 2010

nightmare



Sejak balik Mesia ni,aku sering kali mengalami mimpi2 yang scary.

Tapi almost mimpi ni aku alami waktu siang.So bukan nightmare la kira,daymare kot.Hahahah(kantoi tidoq byk)=p

1st mimpi tu berlaku time aku tidoq kat bilik kak qila di UUM,b4 zohor kot aku smbg tidoq..Tup2 mimpi hantu la senang cita.dah la aku ni jenis lemah semangat.Even dalam mimpi tu aku bukan y kena rasuk,tpi takutnya mmg xleh blah.Aku terjaga dari tidoq lepas kak qila hantaq msg suruh aku bgn,time tu dia ngn kwn dia kat fakulti ada kuliah,aku sedap tidoq terlentang dlm bilik diA.hahaha

2nd mimpi semalam la..siang jugak.Ni aku tidoq lepas zohor kot.Mimpi ni x dak kena mengena ngn hantu.Tapi mati2 la.tragis jugak cara kawan2 aku mati,aku xdan mati dalam cita ni.Tapi scary la.Ramai gila mati.hua~~

3rd mimpi baru jadi tadi.Siang jugak.Hahaha.Kali ni hantu lagi.Bongok la.Awt la dok mimpi hantu ja.Bukan aku kena rasuk,tapi hantu y rasuk org tu dok ligan aku ja keja.Jenuh aku lari.
Setiap kali mimpi,sure pas bgn aku terus mengucap panjang.Sangat menakutkan.Hurm2.

Tapi semua mimpi berlaku waktu siang.Maybe xmau bagi aku tidoq siang kot.Tapi ngntok la,plus xtau nak buat apa baik tidoq.Hahahaha. =p

Hope lps ni aku mimpi y indah2 ja =).aminn

Friday 9 July 2010

i'm home


Finally i'm home.Setelah hampir 3 hari perjalanan aku.Mana xnya,6julai bertolak dari Cairo ke Jordan.7julai Jordan ke KLIA n 8 julai KLIA ke Penang.Ayah aku jemput di airport Penang. 1st place aku singgah ialah umh tok wan aku di Tasek Gelugur,then bru balik umh di Kg Tersusun Pongsu Seribu.


Masa kat KLIA hari tu memula Kinah ja teman aku.Nak habiskan masa almost 10hours kat KLIA agak membosankan.Berapa kali kami main lif naik turun tingkat 3 n 5.Tawaf KLIA tu jgn kata la,ada la dlm 2 3 kali dengan dok tolak troli penuh dengan muatan beg=).Tapi dlm pukul 12 a.m mcm tu,tetiba Tipah n Pizah muncul di McD.Sangatlah aku terkejut n terharu.Adoi.sian depa kot.dah la esk pagi ada kelas.So depa la teman aku smpai nak berlepas balik Penang.Kami dok melepak ceruk mna ntah,curi eletrik restaurant EDEN sbb nak on9 n bateri laptop dah nak mti.Dlam pkul 2.30pgi lbh teman Pizah tgk bola kat satu sudut KLIA tu.Pizah sokong German,so aku ngn Tipah saja nak against Pizah by sokong Spain.N alhamdulillah SPain menang.Ha2..poyo ja.


Dalam pukul 6.15pgi,Tipah n Pizah balik ke rumah msg2 sbb msing2 ada kelas pgi tu.Sian depa mai jauh2.Sangatlah aku terharu.Thanks Pizah n TIpah...love u all =)





Masa ondaway nak balik rumah,Kak ngah call .Tanya khabaq.Pastu dia ckp la bilik aku bersepah.Alaaaa..he3..aku tnya la ayah,betoi ka.Ayh ckp ya..hu3

Sampai ja rumah,aku tgk bilik aku xdak la sepah mna.hahaha.Rupanya ayh aku dah kemaskan untuk aku.Almaklumlah,mak aku kan xdak.Still buat umrah.AKu sgtlah terharu.
Lepas tu,aku pun terus tidoq till maghrib.Just bgn time solat ja selepas dimarah oleh ayah sbb tidoq ja keja.Penat kot.Sepanjang 3 hri tu aku tidoq x byk mna pun.

Mana xnya,6julai, transit di Jordan.Masa ondaway blik Mesia,seat aku sebelah budak laki Azhar,ustaz la kira.Lagi la x selesa nak tidoq.nymph2!masa kat KLIA lyn Tipah n Pizah,xkan la nak tidoq plak depa susah payah mai teman aku kan.he3.So smpai umah,amik peluang sebaiknya la untuk tidoq.=p

Thanks Kinah coz teman aku smpai pkul 12lbh..n thanks Tipah n Pizah teman aku smpai kul6pgi.Jasa hmpa 3 amat aku hargai =)

Monday 5 July 2010

selesai!




Syukur kehadrat Allah.
Akhirnya dilema aku dalam minggu lepas dah terungkai.Alhamdulillah,akan ku guna peluang ini sebaiknya.Hope mak terkejut menerima kepulangan anaknya ini.He3.
Sbbnya, aku smpai awl dari mak aku y kini berada di Tanah Suci Mekkah bersama Pan.
Ole2 untuk family dan juga kawan2 rapat dah selesai aku borong siang tadi di
Husin,Kaherah.Sangat lah penat.
Visa dah pun settle even x memenuhi kehendak aku=p
Barang2 dah siap packing.Tinggai nak kemas bilik ja.

Thanks Paan sebab bersusah payah mendapatkan tiket untuk aku,Kinah n Jaa ((:
Sampai KLIA nnti,Jaa akan disambut oleh mak ayah dia dari Ganu,aku plak kena amik domestic flight ke Penang.Tapi nak delay jap kot.Amik pagi 8 julai,so cik Kinah y menetap di Bangi kena la teman aku ek.Jangan tinggai aku keseorangan di airport tu.He3..

Kinah plak nak buat kejutan kat family dia.Sorang pun xtau dia nak balik Mesia.Memula dia kata jadi,at last dia ckp give up kat mak ayh dia sebab payah kot nak dapatkan tiket dengan hrga yang berpatutan dalam masa x sampai seminggu ni.Dah la buat keputusan balik Mesia dengan drastik skali.

Apa paah,ang ingt ni beli tiket bas balik dari Gopeng ke Butterworth?Orang beli tiket bus pun lagi awl.Ni plak aku yang tetiba nak balik ni dri Mesir ke Mesia.Haish2.Tapi aku memang berserah kat Allah.If semua urusan nak balik Mesia dan tiket berjalan dengan lancar,aku rasa keputusan aku balik Mesia ni mmg betul.I hope so;)

Benah,jangan jeles paah balik Mesia dlu.InsyaAllah,ada rezeki kita beraya bersama2 ya.He3..
Last but not least,maalish awi Kak Nad.Org x dapat teman kat nad kat Mesir..Jangan sedih2 ek,insyaAllah kita jumpa kat Malaysia =)))