Sunday, 25 March 2012

makan waffle dengan timah




Gambaq wajib post!
Ha3. Bukan apa. sejak dua menjak kedai makan Doctor Waffle kat mansoura ni buka,tiap kali aku buka FB,sure pic sesapa yang makan kat sana wajib di upload nak cakap depa dah penah mai makan kat sana la kan :)
Aku pun nak tiru gaya depa,tapi segan la plak sebab aku lambat skit
SO post dalam blog sudah :P
 
Ritu aku p makan dengan birthday girl ni :)
hari ni 26Mac besday beliau
So timah happy birthday :)
May Allah bless u n hope jadi dentist berjaya dunia akhirat!
Thanks sabaq n dok layan karenah aku :p

Monday, 19 March 2012

Ambik barang

Pada hari jumaat hari tu,lepas menjalankan tanggungjawab pergi ke pasar membeli barang dapur dan sebagainya,aku pun bersiap untuk bertolak ke cairo untuk mengambil barang aku yang dikirim oleh kak long aku.Almost 2bulan jugak barang tu tersadai kat sana. Sebab banyak sangat exm dan juga jadual kelas yang makin padat menyebabkan aku xdak masa nak amik barang tu. (cewah)

So aku pun p la trun cairo sorang2. Masa ontheway ke cairo tu aku terjumpa ngan sorang pelajar agama,kebetulan dia pun nak p Sabi', tempat yang aku nak amik barang tu.
Aku dengan tanpa segan dan silu offer diri nak tumpang solat kat Rumah Perak,sebab kak tu orang Perak. Gedik tak xmau singgah Rumah Penang,padahal belakang Rumah Perak ja tempat tu.
Aku bagi alasan xmau dok lama. Maklum la. Bukan apa. Satgi kalau aku balik Rumah BAKAN Penang,aku risau aku tersadai lama.Kak2 rumah tu ramai yang aku kenai n depa kenai aku,skali ajak sembang sure  lama :P
Lepas ja dapat kotak tu,aku pun bergegas ke Sayeda Zainab, ke rumah sewa Anah sebelum dia menjadi isteri orang. Kawan2 rumah dia b4 ni dah menjadi kawan2 aku dah. Depa plak offer aku tidoq sana kalau p Cairo, so aku ni yang pantang diajak tros ok ja :P



tq kak long sayang :)


Nasib baiklah aku p amik kotak tu sendiri. Kalau aku suruh kawan aku yang amikkan,sian plak aku rasa. Dah la agak besaq,berat plak tu. Aku yang bawa ni pun rasa tersiksa sat :P
Sampai ja rumah yang aku nak tumpang tidoq tu,aku dijamu dengan laksa penang. TQ Paet. Memang langkah kanan betul aku. cewah. padahal Paet buat memang nak sambut aku mai pun.. (agaknya laa)




Malam tu kami bergerak ke rumah anah beserta suaminya :) Nasib baik masa kami p suami dia xdak. Xdak la segan sangat nak sembang kan. Tu kali ke2 aku melawat anah kat rumah baru dia tu.
Anah makin kuruss T__T jeles aku tgk :P


Esoknya,lepas zohor baru aku pulang ke Mansoura. B4 balik aku dibawa jejalan mencuba metro baru. (ala2 LRT Mesia)
Cantik, xsesak n still bersih. N macam more systematic la dari yang lama.Yang bestnya,metro baru ni menghubungkan ke ARMA,iaitu Malaysian Embassy kat Cairo tu. So nanti senang la aku nak amik the cheapest and fastest way p sana kan :P
Metro kat mesir ni yang best bagi aku, even kita tukaq banyak route pun n tersesat ka,selagi kita x keluaq dari mesin tu, kita boleh guna tiket yang sama.Nak tau x harga dia berapa??
1LE!! murah gila kottt. x macam mesia,lagi jauh kita p tempat tu lagi mahai kena bayaq,yang metro mesir pulak,p la mana pun sampai ujung metro pun,just kena bayaq 1LE :) suka3:)






N metro ni jugak sampai Airport Cairo. Tapi xsiap lagi.Still dalam construction. Kawan aku cakap kononnya dalam masa 2tahun g bru siap kot. Macam x smpat ja aku merasa kalau lagu tu T__T





Masa nak amik tremco (van) balik Mansoura,aku terjumpa plak ngn dentistmate aku,merangkap jiran bawah rumah aku kat mansoura ni :P So balik berteman :)

Wednesday, 14 March 2012

sehari berseminar bersama kak husna :)


Tanggal 12 mac 2012 hari tu aku menghadiri satu seminar 'problem in dentistry and how to manage'.
Terniat n terdaftar tu pun sebab minggu sebelum tu aku frust dengan section operative (klinik) sebab aku xdapat patient. Masa tu semangat berkobar-kobar nak tebuk lubang gigi orang,sekali xramai patient petang tu.

Masa dok cuba mengubat hati yang lara tu,aku terjumpa booth untuk pendaftaran tu.
Dengan ringan hati dan x pk panjang tanpa mengajak teman aku pun daftar la sorang2.Kiranya aku the only Malaysian student yang akan join seminar tu la nanti.
Lagi pun murah,just 25LE untuk mendapat sijil yang kononnya berguna masa keja nanti.
Itulah tujuan utama aku,saja nak collect sijil :P

So tibanya hari tu,iaitu hari Isnin hari tu,aku pun dengan semangat p la ke kelas dahulu sebab seminar tu mula pkul 10.30 pagi.Selepas selesai 2 lecture dari doctors yang berwibawa,aku pun bersiap nak naik dewan atas untuk menghadiri seminar tu sorang2. Aku memang bertekad dah,sorang pun sorang la.Janji aku attend n dengaq apa yang patut. Aku siap buat tektik dah,pakai band dalam mulut ni yang melimitkan pembukaan mulut aku, so konon nanti kalau la doc tanya aku,aku cakap la pakai band. SO susah la doc nak paham apa yang aku cakap :P   KONON :)


budget best :P
 
ni lah teman saya :)

Tup2 masa nak naik dewan tu,Kak Husna tarik aku tanya mana nak p. Dia macam berminat nak join jugak.AKu pun syok la,ada geng nak dok merapu dalam dewan masa seminar tu kan. SO aku tarik la kak husna kot2 boleh lagi daftar sebelum masuk dewan.
Alhamdulillah,boleh lagi daftar.So that day xdak la aku keseorangan,aku berteman :)

 


 
kak husna bersama kawan baiknya :)

Syukur alhamdulillah. Kalau x memang aku sorang la nganga dalam tu :P
Bukan apa,awl2 talk ja doc cakap english.Last2 banyak arab dari english. Nak paham mcm mna?? Nasib baik ada slide n slide tu dalam english. Tidak memang aku krohh ja la :)

 
sopan x aku duduk,padahal berbaju kurung :P



yeay.dah abiss T__T
Makanan yang kami dapat pun memuaskan. Memula aku nak balik awal ja.Tapi Kak Husna semangat nak tunggu. Aku pun ok la.Lagi pun makanan yang kami dapat pun ok :)

 
dapat makanan sure senyum lebaq kan?? :)
Lepas ja abis seminar pada lewat petang,kami jejalan sat tengok2 baju n beg. Biasa la. Tu keja orang perempuan. Jalan2 sambil mengusha barang :P

 
comelkan beg ni. klu aku budak2 aku dah beli dahh :)

Last but not least,terima kasih kak husna sebab teman kami p seminar tu 

Saturday, 10 March 2012

gambaq di bantal??

Tadi masa study sambil layan cerekarama kat utube sambil skali-skala usha tweetdeck, aku terbaca la tweet salah seorang orang yang aku follow n she tweet bout something.

Her name quite familiar,but her DP unfamiliar n membuat aku nak view full twitter dia.
Dalam kepala aku ingt beliau org yang aku rapat tu,tup2 bukan.

She just ordinary person which is related to my younger brother yang budget hot tu :P
Then, aku view la profile FB beliau sebab dia buh kat twitter tu.
kat FB aku x fren ngn dia,iya lah.Beliau bukan aku kenai pun
beliau hanya berkawan dengan adik aku tu ja.

Kat tweet aku xkisah sangat sapa y nak follow n aku follow sapa sebab kawan kat situ x ramai mna pun. Tu x amik kisah sangat bout 'aku kenai ang ka?ang kenai aku ka?' punya rules :P
Then bila usha FB dia aku ternampak satu wajah ni mcm aku kenai, then i click view to see large image.
Then,yeah. He is my younger brother :P
aku xtau nak describe apa bila tengok benda ni
yang aku tau, 'budak2 zaman la ni,haish..macam2 :P'




adik aku hot sangat ka sampai nak kena print gambaq dia atas bantal??
n selama yang aku tau n aku stalk,mmt ni memang ada skandel but not this girl :P
p/s: esk saya ada exm oral pathology. pray for me n all my dentalmates :)

kepada tuan punya fb n gambaq. sorry sebab curi gambaq. tapi rasa benda ni related to me as his sister yang penyibuk.hahahhaa

Tuesday, 6 March 2012

6mac yang lesu

everything is not ok today :(
lama2 aku termenung kan nasib pun x guna
xyah pk lama2
apa2 pun kena kembali kat Allah
xdak benda y dapat menenangkan selain pencipta kita sendiri
malas dah aku nak bersedih lama2
it's okay
insyaAllah Allah always be with me
tapi aku pun kena la sentiasa ingt Allah
xdak maknanya Allah nak ingat aku kalau aku sendri sombong dengan Allah kan??




this is the other method yang bagi aku semangat :P
hahaha. by looking at my desktop
what the hack la kan.hahahaha

Saturday, 3 March 2012

terharu sgt :)

tq kwn2 yang berjaya buat aku terharu n tergaru :)


 ni paling xtahan. tau la aku suka milo tapi xyah la kan?? :P 
tapi i love it darling :)




kad 2 atas ni cik tipah my bestie kat penang tu yang buat :)
klu rajin usha la blog beliau
http://notajanuari.blogspot.com/2012/02/happy-blissful-birthday.html



ni plak yana y edit. xsangka dia rajin plak nak edit
ingt beliau nak upload plain ja :P
pic ni diambil after makan. masa makan suma org x ingt apa
aku plak laju makan sebab lapaq :P
insyaAllah, thn depan if jadi tahun last aku as a dental student kat sana, aku 
nak belanja kwn2 dentist makan sempena my birthday
insyaAllah if umuq pnjag n dimurahkan rezeki hendakNya
aminn

Friday, 2 March 2012

hari super senior aku graduate


yeay
tanggal 28 feb 2012 hari tu ada graduation day utk super senpai kat sini
mereka adalah 1st batch doctor malaysia university of mansoura y gred utk dekad ni :P
bukan apa. sebelum ni masa tahun 1980-an ada 2 org doctor dari malaysia mai sambung study kat sini, tapi rasa lagi tinggi dari ijazah .

Yang best, masa hari tu aku sorg ja budak dentist y involve n bleh masuk dalam hall tu sebab aku jadi ajk,penyambut tetamu a.k.a gadis umno :P hahaha.
bukan apa. ada kawan2 cop kan gelaran tu sebab kami dikehendaki pakai uniform baju kurung putih,tudung merah,blazer hitam = bendera mesir :P

tapi sebenaqnya bukan aku sorg ja dak dentist, ada isteri senior dentist aku gred jugak. so suami kak una merangkap senior dentist aku join skali dlm majlis tu as a tetamu. aku as ajk :P
budak2 dentist lain x cuti,aku plak y join majlis tu buat cuti sendri  dengan jayanya.hahaha
penat gila ah lepas abis mjlis tu. balik2 rumah tros syahid T__T

bytheway ni salah sorg kak senior y paling aku rapat, kak mufidah :)
depa x ramai pun. means super senior dari malaysia. dalam 14 org, 3laki n lebih tu perempuan :)
sure lepas ni aku rindu kat kak2 ni T__T
sedih dah xboleh jumpa depa dah.. sure depa pun sedih nak tinggalkan bumi mesir ni even banyak pancaroba dan dugaan.

aku pun xtau mcm mna perasan aku nnti bila nak meninggalkan mesir. sure ada perasaan sedih n rindu akan mesir bila dok kat mesia nnti kan?? T___T