Tuesday, 25 October 2011
xdak gigi :)
Salam alaik..dah lma x menulis,dah lama x membebel. ceh gaya macam ada orang tunggu hasil karya aku :P
Maklumlah dah mula kelas,n dah mula kena cari patient,hidup serabut sikit la ni,so masa plak makin terbatas plus otak busy dok pk nak jejalan mana cuti raya haji dgn cuti winter ni. Amboi,berangan nak jejalan macam mak ayah aku cop duit ja kan,gaya macam anak orang kaya ja kan..hahahaha.Tapi nasib baik la mak ayah aku pun kaki jalan,so if aku minx kebenaran ngn duit untuk jejalan xdak la banyak tanya sangat :) thanks mak ayah sebab kita share minat y sama iaitu travel :)
Tahun ni aku dah masuk clinical year,means aku dah kena belajaq buat treatment dalam mulut manusia. Ya manusia,b4 ni dok buat kat gigi palsu/acrylic/ gigi betul y dah tercabut ja kan
So makin busy la aku tahun ni,sebab la ni deal ngn orang,keja suma kena siapkan kat klinik,xleh nak bawa balik patient melainkan aku beli dental chair n boleh la panggil orang mai buat rawatan kat umah aku,means boleh la aku postpone keja kalau kat gamaah(uni) xsiap kan .hahaha.Merapu :P
Cabaran la ni aku hadapi adalah kami kena cari patient untuk buat complete denture atau bahasa melayu adalah gigi palsu. Cabaran ni payah jugak la,kena cari patient yang xdak gigi langsung atas bawah,so main suspect(LOL) kami adalah orang tua la sebab jarang org muda xdak gigi diusia muda melainkan dia ada penyakit.kan2. Satu hal nak cari pesakit xdak gigi ni satu,pastu bila dah jumpa,nak sampaikan hajat tu satu dah,maklumla bahasa arab aku power nak mampoooss,so memang payah la nak smpai apa y aku nak dari pacik macik tu.kan2.Klu jumpa satu hal plak,nak pujuk depa sama ada nak mai buat denture tu kat gamaah tu plak,maklumlah,pacik macik tu almost dah uzur,malas la nak travel jauh2 kan.Pastu plak ada y demand,tu yang xtahan,nak buat if kami as student dental ni bayar depa setiap kali visit.
B4 ni senior kami senang dapat patient sebab suma patient berbayar,but sejak tahun ni gamaah dah keluarkan pekeliling xboleh buat bayaran kat para patient dah sebab ada segelintir pacik macik ni jadikan benda ni pekerjaan depa. Sebab sekali mai ja depa minx 25LE/35LE,mai2 nganga ja mulut dapat duit,sapa xmau kan. N lagi x over jika aku kata ada sorang dua ni dah buat kerja as menjadi patient kepada student almost 10years n siap leh tau kesalahan pelajar2 tu lagi masa nak buat gigi palsu untuk depa. Amboi,over sangat pacik :P
So uni amik langkah kena hentikan gejala x sihat ni,kami pelajar dah bagi rawatan percuma,gigi palsu percuma tapi pacik macik ni demand plak kan,nak duit bagai. Memang la kami ni pelajar,kerja masih kena banyak baiki tapi kena la appreciate gak benda2 ni kami bagi free still nak kami bayaq atas sewaan mulut2 mereka kan? Aigoo. Tapi xsalah kot if nak pujuk n offer tambang p balik gamaah klu terdesak sangat xdak patient.kan2 :)
Nak jadikan cerita petang tadi masa aku jejalan p kedai,jumpa la ammu ni sorang.Dari mulut dia tu tau la dia xdak gigi langsung.Aku pun mula la mendekati dan nak tanya pasai gigi dia.Skali pacik tu dah cakap perihal hari khamis ni kena p gamaah pukul sekian2,cehh.rupa2nya ada dikalangan kawan2 aku dah lamar pacik tu.Melepas cek :P hahahah
Sorry terpanjang plak entry kali ni :) Malam ni sambil study2 ayam aku terlayan lagu ni
comel n catchy la this song :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment