Saturday, 11 February 2012

Khas untuk Tipah :Turkey :)

Tipah suruh aku cerita perihal aku bercuti ke turkey ngn sinai,mesir. aku pun xtau nak cerita pasai apa.
Lagi pun kalau nak cerita semua banyak kot. 

1st trip : TURKEY ( ISTANBUL N BURSA)

           Kat turkey aku just abiskan masa dari 27jan sampai 1feb. Sat kan?? Bukan apa, just round Istanbul n Bursa ja. Tu amik masa sat ja.. Banyak g tempat best y patut aku lawati tapi x dapat p sebab kami amik travel agent p sana. Kepada kawan2 yang bakal p Istanbul, bagi aku xyah la amik travel agent if nak p Istanbul sebab kita pun leh jalan sendri kat sana :) Attraction places kat Istanbul dekat2. Lagi pun public transport sana mudah la jugak, ditambah orang sana y baik2 belaka. Just susah skit communication la sebab rata2 org Turkey x pandai berbahasa omputeh :)
Tapi jangan tertipu dengan kebaikan mereka. Kat mana2 ada penjahat.Lagi2 kita as pelancong. So beware setiap kali berurusan. Penyeluk saku or pencopek dimana2.


Makanan kat sana lebih kurang mesir ja. Dok makan kebab,koftah suma tu :) Tapi seyes sedap lamb dia. Gila lembut ahh isi dia. Aku yang pakai braces ni pun senang nak makan sebab dia masak gila2 lembut daging tu :)

 

Roti jangan dok kata la. Punya la banyak. Rasa naik muka2 dok makan roti ja kat sana. Minuman dia plak ada Turkish tea. Tapi aku layan lagi dengan apple tea. sangat sweat :)

Ibu negara Tukey ialah Ankara. Istanbul ni negeri ke brapa ntah terbesaq. Tapi still top5 la yang aku ingt :) Population penduduk dia sangat lah ramai tapi x ingt plak berapa. Sorry :p

Duit turki pulak dalam Lira. atau TL(turkish lira). Duit depa lagi tinggi daripada kita :)
Apa y bestnya Turkey bagi aku, satu negara Islam yang beriklim macam negara eropah even just 10% of the land is termasuk dalam daerah eropah. Environment n scenery  dia sejibik macam UK la bagi aku.And if i'm not mistaken, almost 90% people is Muslim.
Masjid bersepah kat sana. Dah la besaq2 n cantik2. x macam masjid kat Mesir :P






Orang sana more polite, lagi jaga kebersihan. But if nak compare agama, mesir lagi bagus la. Sebab orang Turkey ni dah terikut2 ngn budaya barat. G pun depa perasan European walhal depa still Asian.  X salah Turkey dok minx nak masuk bawah negara2 eropah even just 10% of their land dalam kawasan eropah. 

Dengan alasan demi kepentingan ekonomi depa. Mana xnya, even depa negara Islam, now duit depa x jarak mana pun dengan USD. So if depa jadi negara eropah, secara x langsung ekonomi depa akan naik.
Tapi tu la,makin lama budaya Islam kat sana makin pupus. Memang ramai penduduk Islam, tapi cara hidup Islam x diamalkan sampai susah nak bezakan dia ni Islam ka or bukan Islam.



Disebabkan dekat ngn negara eropah,plus cuaca y bersalji suma bagai n ada campuran arab, orang2 Turkey sangat lah kacak2 dan cun2 belaka. He3.. bukan gatai tapi satu kenyataan. Gila ah. pusing skit jumpa laki kacak, toleh skit jumpa perempuan cun. Ada campuran arab ngn mat saleh. So dapat bayangkan x?? :P


Kat Istanbul kami melawat Blue Mosque,Hagia Sofia,palace masa Empayar Turki Uthmaniyah,Mini Aturk dll lagi. Masa kami sampai snow dok turun. Syukur kedatangan kami disambut dengan snow. Excited baq ang masa 1st time jumpa snow. Ha la. dok berangan lama dah nak main snow. Now snow depan mata n dapat merasa.


But aku sedih sat teringat adik-beradik aku yang lain. Sedih x dapat kongsi kegembiraan bersama :( Just penah men snow tipu kat Genting Highlands ja. Tapi xdak banyak beza pun snow betul ngn snow tipu. Betul lah tu snow tu macam ais kepal pacik jual ais kacang tu ja :) Bila snow terkena badan kita,dia akan mencair sebab kena kat tempat y suhu lagi tinggi. So basah la skit muka ni. Skit ja,x banyak :)


sampai nak makan salji la kan.peqhakk :P

Kat Bursa la tempat y kami main snow gila2. Situ snow tebal gila. Lagi pun memang kami p mountain yang khas untuk main snow. Dalam gila snow. Sampai paras lutut. Susah gak nak jalan. Masa tu muka suma orang abis merah gila2. Snow lebat gila. Sejuk hanya tuhan saja y tau.


   

Bursa :)
Sejarah Turkey best. Dia berkenaan kerajaan Uthmaniyah. Kita penah belajaq sejarah dulu2. Even aku x dak ingat mana,tapi aku ingat la sikit2. Kat Turkey lah wujudnuya nama Sultan Muhammad AL-Fatih. Penah dengaqkan?? Sultan y termuda penah menerajui sebuah empayar. Umuq dia x sampai 20tahun dah berjaya menjadi sultan.Kagum kan. Kita umuq 20tahun baru berjaya nak kenal dunia,tapi beliau lain dari kita.

Secara konklusinya Turkey sangat best untuk dilawati. Environment y best,scenery yang cantik, orang arab y polite, sejarah Islam yang buat kita gerun dan macam2 lagi.
Dengan melihat dan mengetahui sesuatu sejarah tu,lagi senang kita nak ingat sesuatu perkara itu. kan? :)

So selamat melawat Turki :) Kalau aku rajin,aku cita pulak pasai Sinai. Ni berkenaan ngn sejarah Nabi Musa pulak :)









3 comments:

FaraSyeera said...

Bestnye paah...bile la nak merasa pi sana...sob sob...untungla pi sana byk scenery best mcm lelaki hengsem dan perempuan cun. Hahaha

Ifah Ibrahim said...

hahaha thnks paah susah2 karang crita ni ...yeah leb u more...syok2... best no salji paras lutut..tingin sgt ang nak main kan..haha...untong larh byk jumpak laki hensem haha

paahbaek said...

Paen: he3.. itulah pasai :)

tipah: dapat jumpa laki hensem ja pun. bukan leh buat suami :P