Friday, 22 October 2010

bila kwnku berpuitis lagi :)



TEMAN

Belayar pergi sebuah impian
Bersama tangisan segumpal awan
Sebak dihati tak dapat ku tahan
Bila hatiku mudah kau lukakan

Bagai terbangnya si wau bulan
Diriku ditarik dan diriku dilepaskan
Bila datangnya sang taufan
Mudah kau lepas dari pegangan

Bagaikan soalan tiada jawapan
Suasana indah semakin tak keruan
Lidah bercabang engkau julurkan
masa depanku dijadikan taruhan

Katamu yang indah tidak kau kotakan
Tapi kota yang indah engkau runtuhkan
Inikah dia sebuah perjuangan
Yang dulu pernah engkau janjikan

Hati ku ini dijadikan mainan
Disepak ditendang menjadi hiburan
Bergolek ke kiri bergolek ke kanan
Pedihnya hanya didalam ingatan

Kini ku berserah kepada tuhan
Berdoa semoga dapatku teruskan
sebuah perjuangan dalam pelayaran
tanpa kelibat seorang teman

'hehe..pos la kat blog hg..
jgn ltk nma ak..ni secret hg ngn ak tau
,' pesan si penulis =P


but he is the same person y penah menyumbangkan karya beliau dlm blog aku b4 ni.
for me not bad n he has a talent kot dlm bab2 gini berbanding dengan aku yang lurus dalam berbahasa =) ni salah satu karya beliau: penantian


for him,just pndg kehadapan..insyaAllah,Allah tahu yang mna terbaik utk anda. chiLL (((:::

makna kasih sayang


Ada seorang murid bertanya pada gurunya
"cikgu,kasih sayang tu macam mna??"

Jawab gurunya,
" Kamu pergi ke padang dan bawa kan cikgu sehelai rumput yang terbaik .."

Selang beberapa ketika,budak tu pun mai la balik kat cikgu dia tanpa membawa sehelai daun.

Gurunya pun bertanya,"Awt tangan kosong ja ni??"

Balas anak muridnya itu,"Maafkan saya cikgu,saya xdapat cari yang terbaik.Pabila saya terjumpa yang terbaik,saya ingt dihadapan ada lagi y lebih better,so saya continue la the journey.Lepas tu bila jumpa lagi yang better,saya continue lagi sebab saya ingt ada yang da best kat depan tu.Banyak kali saya lakukan sedemikian sampai la ke penghujung padang.Last2,saya xsempat nak amik yang terbaik sebab saya dah terlepas y lain".Jeles pangjang lebar anak muridnya itu.

Gurunya tersenyum dan membalas," Begitu juga dengan kasih sayang.Bila kita dah jumpa yang terbaik,jangan kita pandang kehadapan dah.It's more to yang dikejar x dapat,yang dikendong berciciran."


P/s:lbh kurang mcm tu la moral cerita ni.Aku edit skit ayt sbb x brapa nak ingt.=p Tapi hope x lari la mksd yang aku phm dri my senpai tu.Thanks coz bagi analogy sebegini =)
n one more,jgn kata aku jiwang =pp

Monday, 18 October 2010

kenapakah??

pelik bin ajaib.
b4 ni if aku msg mesia guna no celcom xdak plak tolak sampai rm2.
Dah la ayah baru topup rm10 ja tdi,aku ingt mau la bertahan smpai ujng bulan ni ka.
Kenapa rate tetiba naik ni??haiya..ni gua x puas hti ni.

NAK MSG MURAH KE NO MESIA PLISS!

argh!!

Sunday, 17 October 2010

kuss semangat



Perkakas nak buat bnda alah tu=p

Baru nak semangat dan berdiri dengan kaki sendri tadi.tetiba satu kejadian x best berlaku.Hahaha.Sumpah aku terkejut n cuak.Kak wani agi la terkejut abis=p

Nak jadikan cerita,malam tadi aku TER-rajin nak buat special tray(benda asas nak rekod gigi kita =p) by using acrylic resin by myself.B4 ni aku penah buat skali beramai2.Tu pun banyak kak nad tnjuk ajar.Tadi ja aku mcm tersedaq dri jap y aku banyak ketinggalan dari y lain2.Landmark xbuat lgi.Shellac pun baru buat belah atas.bawah x buat agi.Banyak sangat kot.hua2.So masa dah macam ready nak panas kan base plate wax,aku nak nyalakan pelita.


pelita tragedi ::)

Sumbu dah pasang,minyak ja mcm sikit.Aku malas nak tambah minyak,pastu pelita tu mcm x mau menyala la.Pastu kak wani pun macam nak tlg aku nyalakan pelita tu la kan.Mai la wiranita ni.He3...masa tu kami dok bertentangan,pelita atas meja kecik aku.Lepas banyak kali test nak nyalakan api by using lighter, tetiba "BoooomMMmm"..mcm tu kot bunyi.Aku dah lupa.hahaha

Tup2,dalam masa xsmpai satu second rasa,sumbu y macam x abis basah tu terbang kearah aku n sipi2 kat telinga aku.Nasib bek terbang tanpa membawa api skali,tidak abis la jubah aku belakang tu.Sumpah aku terkejut n tergamam sambil jerit sat ngn kak wani.Hahaha.lawak tapi takut dalam masa y sama.
Tengok2 sumbu tu dok dalam toolbox aku.Kak wani buat conclusion pressure kot sampai sumbu tu melompat kluaq dari lubang nak tarok sumbu tu.Hahaha.


Pastu aku apa agi.Dah la payah nak rajin sorg2 kan,b4 ni apa2 just harapkan org ajak join ja.
Pastu mula nak putus semangat.Tapi kak wani soh gak buat=p.
Aku pun kumpul semangat n nak buat,tpi kali ni pinjam pelita kak nad.Trauma nak guna my own pelita.Hahaha.Jgn la cik pelita buat hal.Dah la baru beli.

Alhamdulillah malam ni aku dapat siapkan 2 special tray even x brapa nak cun.Xpa.At least buat n practice =))))

n semalam kejadian kebakaran kecik berlaku dirumah kak husna n kak lin gara2 nak buat shellac special tray.Bahaya la budak2 dental ni kan??hahaha

shellac special tray

P/s:thanks kat kak wani n kak nad atas tunjuk ajaq ::)

Saturday, 16 October 2010

mood sila hadir


HAISH.HAISH.HAISH
xdak mood lagi nak study.adoi.padahal hmpir 2 mgu lbh dah kat sni.sindrom malas aku mai lagi.sikap bertangguh aku mai lagi.aku sedaq akan suma ni.tpi tetap ditakuk y lama.paah bangkit!
jgn la nak tidoq lama..huaaaa

bydaway bru2 ni hp aku tercicir kat ngn kedai brg dental,alhamdulillah jatuh ditangan org arb y baik hati n jujur.patut la masa aku sedaq hp aku ilang,aku x risau sgt.just mls nak pk lbh2.padahal kak nada n pizah y dok pulun tenangkan aku.hahahaha.rupa2nya org y jumpa tu dok kalot call suma kwn2 aku nak soh amik hp aku semula. lgi pun suma berlaku ada kecuaian aku kot.so mmg aku blame myself ja.
kes ilang hp n dpt semula aku rasa 1 dlm 1000 kot kat mesir.sebab almost y ilng hp xkan dpt blik.caya lah cakap gua.=p.apa2 pun,alhamdulillah hp tu kembali balik kat tgn aku.Thanks bro arb y hnsm!


p/s:lagipun hp aku cikai sgt kot.dia nak amik pun x sanggup.hahaha

Sunday, 10 October 2010

cinta & serasi


Pernah terbaca diz artikel n just nak share ngn org lain.Ni maybe satu pndapat y boleh diguna pakai.

Salah satu alasan paling umum mengapa kita berkahwin adalah kerana cinta – cinta romantik, bukan cinta monyet, yang biasa kita alami sebagai permulaan ke perkahwinan. Cintalah yang meyakinkan kita untuk melangkah bersama masuk ke mahligai perkahwinan. Masalahnya adalah, walaupun cinta merupakan suatu daya yang sangat kuat untuk menarik dua individu, namun ia tidak cukup kuat untuk mengeratkan kedua-duanya. Semakin hari semakin bertambah keyakinan saya bahawa yang diperlukan untuk mengeratkan kita dengan pasangan kita adalah keserasian, bukan cinta. Cinta biasanya mengandungi satu komponen yang umum iaitu rasa suka. Rasa suka muncul kerana kita menemukan yang kita sukai pada dirinya. Serasi dan suka bukan identiti namun sering dianggap demikian. Tatkala kita mencintai seseorang, sebenarnya kita terlebih dahulu menyukainya, dalam pengertian kita suka dengan ciri tertentu pada dirinya. Rasa suka yang besar (yang akhirnya berpuncak pada cinta) akan menutupi rasa tidak suka yang lebih kecil dan -- ini yang penting -- cenderung menghalau ketidakserasian yang ada di antara kita. Di sinilah terletak masalah awal. Ini yang sering kali terjadi dalam masa bercinta. Rasa suka meniup pergi ketidakserasian di antara kita, bahkan pada akhirnya kita beranggapan atau berkhayal bahawa rasa suka itu identiti dengan keserasian. Kita kadang berfikir atau berharap, "Saya menyukainya, bererti saya (akan) serasi dengannya." Salah besar! Suka tidak sama dengan serasi; cinta tidak berkaitan dengan serasi! Oleh itu, kita mungkin mencintai seseorang yang sama sekali tidak serasi dengan kita. Pada waktu Tuhan menciptakan Hawa untuk menjadi isteri Adam, Ia menetapkan satu kriteria yang khusus dan ini hanya ada pada penciptaan isteri manusia, yakni, "Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia." (Kejadian 2:18). Kata "sepadan" dapat kita ganti dengan kata "cocok." Tuhan tidak hanya menciptakan seorang wanita buat Adam yang dapat dicintainya, Ia sengaja menciptakan seorang wanita yang serasi untuk Adam. Tuhan tahu bahwa untuk dua manusia bisa hidup bersama mereka harus serasi. Menarik sekali bahwa Tuhan tidak mengagungkan cinta (romantik) sebagai prasyarat pernikahan. Tuhan sudah memberi kita petunjuk bahwa yang terpenting bagi suami dan istri adalah keserasian. Ironinya adalah, kita telah menggeser hal esensial yang Tuhan tunjukkan kepada kita dengan cara mengganti kata "serasi" dengan kata "cinta." Tuhan menginginkan yang terbaik bagi kita; itulah sebabnya Ia telah menyingkapkan hikmat-Nya kepada kita. Sudah tentu cinta penting, namun yang terlebih penting ialah, apakah ia serasi denganku? Saya teringat ucapan Norman Wright, seorang pakar keluarga di Amerika Syarikat, yang mengeluhkan bahawa dewasa ini orang lebih banyak mencurahkan waktu untuk menyiapkan diri memperoleh ijazah dibanding dengan mempersiapkan diri untuk memilih pasangan hidup. Saya kira kita telah termakan oleh motto, "Cinta adalah segalanya," dan melupakan fakta di lapangan bahawa cinta (romantik) bukan segalanya. Jadi, kesimpulannya ialah, cintailah yang serasi dengan kita!

Jgn plak kata paah jiwang lepas baca diz artikel.Just nak share ja k=p