Sunday, 18 December 2011

semua benda xkena



DI suatu petang waktu kelas x-ray:

"doc,what is the age of your children?"
"pardon,what is your question?"


so aku ulang la balik soalan.belit lidah aku nak tnya :P

"owh,i dont have any. I'm not marry yet"
Opsssssssssss.. masa tu kawan2 aku suma pakat mcm salahkan aku.
Depa macam blame la ntah2 doc trasa. aku tros gelabah n amik kekuatan n cakap g

"Doc,maalish bout my question just now"
"It's okay "

Lepas aku minx maaf ,lagi kawan2 aku 'marah' aku.Depa cakap sure doc lagi segan.
HUaaaaaaaaaa. semua benda aku buat x kena.
Teros aku menyendiri kat sudut klinik uni aku tu dalam erti kata lain aku menjauhkan dri dari pandangan doc :P

Hope doc x trasa
tapi aku rasa doc x trasa pun.SEbab doc tu baik kot sampai aku berani datang lambat ke kelas beliau

BAD PAAH T__T

Friday, 16 December 2011

cengeng

salam alaik.
patutnya dah atas katil dah.tapi dok golek almost setengah jam so aku trun la dari katil n mengadap la laptop ni balik :)
dah tukaq layout even xdak la cun sangat
sbb ada pembaca complain pasai double text dari setiap entry
aku perasan bout ni just malas nak cari masa untuk alter benda tu

Hari ni hari khamis dan aku ada section prosthesis
iaitu kelas dimana kami semua kena belajaq buat gigi palsu penuh atas bawah
nak jadikan cerita hari ni hati aku sangat rapuh
sebab patient aku 2 kali berturut2 xmai waktu kelas tadi, n abang dia sendri suggest untuk aku amik patient baru
tros aku terduduk sebelah ammu yang sanggup nak gantikan tempat patient lama aku
sanggup pun mcm biasa la. berbayaq la.xdak la sanggup free
melepaskan kesedihan kat sebelah ammu tu
mengenangkan nasib aku
berfikir kesusahan yang aku kena lalui semula
tapi tetap redha dengan ujian kecil Allah ni :)

Kalah jugak aku dengan air mata
Ternanges aku tadi,sampai doc pun datang menenangkan aku
Classmates y nampak pun cuba tenangkan aku
tapi tadi makin ditenangkan,makin teresak aku dibuatnya
Mana xnya,dah la agak lambat dibelakang
PUlak tu, banyak duit dah dilaburkan untuk macik tu
Dah tu, special tray pun dah siap jugak memerlukan wang utk siapkan nya

DAh la tu,aku rasa aku xpenah menanges untuk dental work sepanjang 3thn lebih menjadi student dentistry
Dah la tu,xpenah menanges depan kawan2 kelas
Malu wehh
Hahahha
Memang makin besaq aku makin pandai menanges
tambah2 benda related degan family
n klu aku sorg2 tengok drama,tapi drama pun almost air mata akan murah jika benda related dengan kekeluargaan :)


Tapi syok jugak tadi
Sebabkan menanges,aku murah rezeki
kak alia belanja kek
kak husna plak belanja aiskrim
jaa plak offer nak tolong nanti
hahahha
macam ni boleh la nanges selalu kan?? *kidding*

Malu plak bila pk awat la aku leh nanges
haish.. tetiba macik tu memang ada hal n xleh hadirkan diri n ada minggu depan x ka aku malu??
Hahaha.Lantak la
Kalu macik tu mai lagi aku syukur sangat kat Allah
kalu mmg macik tu xmau buat dah ngn aku, terpaksa la amik patient len
hidup mesti diteruskan

Miss home :(

Tuesday, 13 December 2011

dalam kenderaan :)

yuhuu.
dah lama x membebel. malas plus xtau benda nak bebel
bersawang berlalang dah blog aku ni
xlama tunggu masa nak tutup ja ni aku rasa
hahaha.
sabtu lepas p jumpa dentist
ada nak bincang sal gigi ni
so aku di amik impression. excited jugak sebab pertama kali di amik impression, sebab b4 ni dok buat kat patient kat universiti ja untuk buat complete denture atau nama melayunya ialah gigi palsu :)
lepas amik impression ni,doc akan pour jadi cast
so nanti dapat la acuan gigi aku sendiri :)

semalam isnin plak p xray
So sabtu depan plak appointment ngn dentist tu
x sabaq plak nak date ngan dentist tu merangkap cikgu tusyen kami :)

Tadi masa nak p kuliah,aku dah terlambat
So naik la cab
Masa tu kul12.30 lebih2,waktu kemuncak.
mansoura jam la senang kata
pastu tadi ada la selisih dengan kereta kat jalan. keta tu parking kat tengah2 jalan. so halang kereta len nak lalu la
suma org pakat dok hon la keta tu
driver cab aku tu pun turut teguq soh kereta berkenaan ubah kenderaan dia
rupa2nya driver xdak,p mna ntah. Yang ada just macik y dok sebelah driver
macik tu tengah solat dalam kenderaan T__T
aku pelik jugak,mesir ni punya la bersepah masjid just payah skit la nak cari tempat ada perempuan
tapi banyak la jugak.setiap lorong ada ja masjid
awt la macik tu solat dalam kenderaan jugak
g pun kul12.30 xdak la lewat sangat,ada la dlm 35minit zohor baru masuk
xpa la tu kan
tapi kalau ya pun nak solat diawal waktu,jangan lah sampai ganggu orang lain nak berurusan
apa salahnya suruh driver tu park keta kat tepi skit, so lepas tu nak solat jemaah skali pun xpa dah
janji x kacau tempat lalu lalang

ni cita pagi semalam plak,masa aku nak p kuliah
aku jalan kaki macam biasa memandang sempat lagi nak jalan
dah la pagi.dalam kul9
awl2 pagi dah dating dalam keta
sorang perempuan dok luaq keta tu jadi 'jaga' aku rasa

Laki tu dok pujuk apa ntah perempuan tu T__T
hahahah
mcm2 tol la mesir ni :)