Sunday 29 August 2010

arini besday tipah




yes.today 30 Ogos.
besday my bestfren.
my girlfren.(erk,bukan les$ k )
my understandingfren.
my prankfren.opss
my superfren.
my semaufrenlah.
thanks mak tipah lahirkan beliau kat donia ni.he3

to tipah:
insyaAllah aku doakan ang berjaya dunia akhirat.aminn.
jadi anak solehah kat mak ang
isteri solehah kat bakal suami ang
mak solehah kat bakal anak2 ang
kwn solehah kat aku ::)
the most thing,solehah kat Allah =)


thanks 4 all ur advices
ur opinion
ur suggestion
ur criticism
ur apa2 ja la
i really appreciate it

n sory if sumtime
aku tersakitkan ati ang
tergurau kasau dngn ang
hahaha
tpi aku x bermaksud suma tu k


hurm.doakan aku gak wehh
insyaAllah jom berjaya sama2 kat dunia mahupun akhirat sana.
amin =)

tadarus Al-Quran




Pada 16 Ramadhan baru2 ni,bersamaan hari Khamis, 26 ogos.Macik Sopiah iaitu mak aku telah menganjurkan majlis tadarus Quran di rumah,Kampung Tersusun Pongsu Seribu ..

So aku merangkap anak yang baik,kena la kemas2 umah,tolong mak masukkan ole2 dalam beg sebagai tnda ingatan kat macik2 yang mai tadarus ritu.
Mak jugak melantik aku jadi tukang amik gambaq dan bagi goodies kat para tetamu.

Seawal jam 8 pagi,ruang tamu umah aku dipenuhi para tetamu.Aku yang selalu bangun lewat terpaksa bangun awl.Ada ka patut org dah start mai,aku baru kalot mandi.Hahaha.Nasib baik mak x marah =p

Mak menjemput seramai 100 orang bagi menjayakan majlis ni.Agak sesak la umah aku.
Tugas aku nak amik gambaq agak terbantut disebabkan tiada ruang aku nak jalan.Sesak dia ibarat lutut berlaga lutut.

Majlis bermula pada pukul 8.30pagi yang dimulakan dengan tazkirah oleh ustazah jemputan.Ustazah tu ada cerita perihal isteri2 Nabi Muhammad S.A.W. Dan point yang aku dpt adalah,perempuan ni memang bersifat cemburu.Hah.=p
Mak turut terlibat membaca ayt2 suci Al-Quran,manakala aku tidak berpeluang disebabkan masalah yang xleh dielakkan.
para tetamu bertadarus =)

Lepas abis tadarus,dijalankan majlis doa selamat untuk kedua2 hero keluarga aku yang masing2 nak amik exm pntg thn ni,sorg spm dan sorg g pmr.Hope hampa dua x hmpakan harapan mak ayh k :)

Majlis selesai tepat pkul 11.30 pagi.Alhamdulillah,program berjalan seperti yang dirancang.
Mak plak epi.Dan mak bercadang nak buat majlis ni setiap tahun.

Mak cakap,2 tahun berturut-turut busy dengan persiapan kenduri perkahwinan kak long dak kak ngah aku,tahun ni busy dengan majliss ni plak.
Bukan busy apa,nak sediakan goodies untuk para tetamu la.Mak mmg suka goodies2 ni.

Antara benda ada dlm tu adalah acar,sebekas kurma yusuf taiyob,kopi radix,kopi zhulian,buku doa dan jugak air kayyis iaitu air dri bacaan 30 juzuk Al-Quran.
Ada gak brg2 tu disponser oleh kwn2 mak yang nak bersedekah.

Berdasarkan apa yang mak aku cakap,aku rasa nnti aku pun akan berkahwin macam 2 kak aku sebelum ni,selepas raya puasa,iaitu bulan Syawal.
Kalau benda ni jadi tradisi family aku mcm menarik ja.Hahahah
(syok sndri,maaf )

Yang bestnya,disebabkan acara macam ni,ramai kenalan mak dapat berjumpa semula.Contoh perbualan depa,"Laaa,si fulanah,dah lama x jumpa naa...".Balas macik sorg g, "Tu la..nak jumpa macam mana,masing2 sibuk,ada majlis mcm ni boleh la jumpa..".aku y dengaq depa bersembang turut gembira.


Satu g yang mcm best,hahaha,alhamdulillah aku dpt jumpa tukang jahit baju raya aku.Tahun ni macik tu x amik upah menjahit dah,sbb tahap kesihatan dia x mengizinkan.
Macik tu mengidap kanser,tapi masa dia mai umh aku ritu,aku tgk alhamdulillah sihat ja.Macik tu sempat bertanya sapa amik upah buat baju raya aku la ni.he3

Hurm,apa2 pun,majlis macam ni banyak mendatangkan kebaikan kepada kita suma.Pahala sama2 dapat,silaturrahim pun dapat dijalinkan =)

Wednesday 25 August 2010

bata$$

Salam.
post kali ni aku copy n paste ja.hahaha.dasar pemalas.
Tapi saja terdetik nak kongsi benda ni.
Kadang2 benda nampak remeh,tapi sebenarnya 'bahaya' bagi kita =)
Selamat membaca =)


Batas
www.iluvislam.com
Oleh : Farhana
Editor : doraemong13




Kepada Allah kita kembali

Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.

Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya, benar. Memang boleh.
(Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum)

Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi
best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan?

Biasanya, di saat ini, apabila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama.

Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ini tersangatlah lembut.

Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.

Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami.


Batas perlu dijaga

Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak, semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa, contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern.

Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu. Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut'.
(Maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli')

Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang
'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.

Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas itu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain. Yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu.

Lelaki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku apa-apa pun"
Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"


Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah terpesong dari panduan tuhan.

Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya,
"Saya selalu doakan awak"ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam itu pun boleh buatkan perempuan itu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa"

Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan ke atas tuhan. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya.
(Sekarang baru korang tau kan. Dah tau jangan nak ambil kesempatan nak try buat pula. Ada yang kena fire karang)

Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Kerana yang menciptakan
PASTI lebih tahu tentang ciptaan-Nya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dari-Nya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.

Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita.



Prevention is better than cure


Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain (maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki, tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.

Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai '
respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara.

Sekian cerita kita hari ini, semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada Allah.

Amiiin.

Pengajarannya: Ikutlah jalan yang selamat, jangan menjerumuskan diri sendiri ke dalam lembah kebinasaan. Carilah jalan yang selamat itu.

Monday 23 August 2010

i$ra3L



Entry kali ni berilmiah skit.he3..


Teruja aku menonton 'jejak rasul 16' episode hari ni.
Kali ni crew jejak rasul telah membuat pengembaraan di bumi Palestine.

Terkejut bila aku dapat tau ekceli perkataan Israel itu adalah juga gelaran untuk nabi Yaacob A.S.
Israel adalah daripada perkataan Bahasa Ibrani. Nak tau lbh lanjut sal bahasa ni cuba usha this link http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Ibrani =)

Seperti yang kita maklum,kitab Taurat juga adalah berbahasa Ibrani.
Israel erti kata lain bermaksud tentera Allah @ hamba Allah.
Isra bermaksud hamba @ tentera,manakala El membawa makna Allah dalam bahasa Ibrani.

Crew tu jugak memberi tahu bahawa Nabi Yaacob adalah berketurunan Nabi Ibrahim AS. Dan ayah nabi Yaacob adalah Nabi Ishak A.S.

Allah telah memberi gelaran Israel kepada Nabi Yaacob kerana kemuliaan dan keimanan baginda kepada Allah.
Gelaran Israel yang diberikan kepada Nabi Yaacob tidak dijelaskan secara langsung dalam Al-Quran.
Tapi dalam Surah Al-Maidah,ayat ke 70 yang membawa maksud 'Sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian dari Bani Israil,dan telah kami utuskan kepada mereka rasul-rasul'. Ayat ini telah menunjukkan kaum nabi Yaacob telah diberi gelaran Bani Israel.

Manakala,kaum Yahudi telah mereka cerita bahawa Nabi Yaacob telah bersengketa dengan Allah dan Nabi Yaacob menang dalam perlawanan itu. So Allah telah bagi gelaran Israel tu kat Nabi Yaacob. Astagfiruallah.merapu ja depa tu.haish2.

Padahal dalam Islam,x timbul isu tuhan berlawan dengan manusia kerana Allah tiada tandingan dengan makhluk2 lain di alam semesta ini.

Maqam Nabi Yaacob dan keluarganya terletak di dalam sebuah masjid yang diberi nama Masjid Ibrahim,terletak di Hebron,Palestin.

Pengawalan y ketat if kita,orang islam nak masuk masjid tu.
Hanya lelaki yang berusia 45 tahun keatas,kanak2 dan wanita ja boleh masuk solat dalam masjid tu.

Nak masuk masjid tu kena lalui 2 security gates. Ntah pa2 ja.
Padahal nak masuk masjid untuk solat,tapi macam nak masuk tempat apa ja.
Tujuan tentera Israel buat macam tu just nak kurangkan bilangan jemaah kat masjid tu.

Dah la tu,masjid tu telah dibahagi kepada 2 bahagian.
Satu untuk org Islam,satu g untuk kaum yahudi.
Orang Islam x boleh masuk n tengok langsung pusara Nabi Yaacob sebab lokasinya yang terletak di bahagian Yahudi.Depa kawal rapi kawasan tu.
Maybe sebab ikut kepercayaan depa yang karut tu la..

Hurm,best jugak episode kali ni.
Sebab pertama,baru aku tau bahawasanya erti lain Israel,sebalik membawa makna nama sebuah negara yang x wujud dahulunya,tapi kini wujud atas kekejaman kaum itu pada zaman ini.

Sebab ke2,aku dapat lihat negara Palestin menerusi kaca tv even negara tu kini makin mengecil dan mengecil.Xdak lah mcm apa yang aku bayangkan.Aku ingat rakyat dia langsung x boleh bernafas dinegara sendri.aku bayangkan semua tempat musnah.Kini baru terbuka skit mata aku macam mana keadaan negara Palestin.

Lepas tengok cerita tu tadi,terdetik aku nak p menolong apa yang patut,alangkah bagusnya aku mati syahid dibumi Palestin.Tapi adakah insan mcm aku layak untuk mati syahid?adoii...

Hurm,jom lah kita semua doakan kesejahteraan rakyat Palestin dan jugak untuk kesejahteraan umat kita,iaitu Islam. aminn =)
sumber dari:jejak rasul edisi 16 pada hari Isnin bersamaan 23 Ogos 2010 =)

Saturday 21 August 2010

iklan


Dewasa kini,iklan2 yang ditayangkan di kaca TV negara kita .......

alamak,dah x pandai aku nak guna ayat skema,tu la, b4 ni asyik guna bahasa pasaq ja.NAH! amik ang,bukan bm aku ja mkin worst,bi pun trut makin worst.

Just nak komen pasai satu iklan kat tv kita ni.Semalam masa menonton midnight news kat tv3 dengan ayah aku,ada la selingan dengan iklan.biasa la,dengan cara tu jugak la stesen tv nak jana duitkn.

Tup2,muncul la satu iklan produk kecantikan.Seperti y kita sedia maklum,sgt byk iklan produk kecantikan ni.Macam2 produk kat pasaran.Macam2 jenama.Sampai aku naik penin nak pilih.hahahaha(macam la aku beli).

Ok2,berbalik pada cerita asal. Penggunaan dialog dalam iklan tu agak atau x keterlaluan aku ckp amat tidak sesuai.Ada ka pelakon iklan tu cakap mcm ni "Dulu saya benci melihat wajah saya".

Perkataan y aku nak highlight adalah BENCI tu.Haish.
Klu nak hiperbola pun jgn la sampai benci
Seolah-oleh macam x syukur ja dgn rupa pasar yang Allah bagi kat kita ni.
Alhamdulillah, sempurna muka kita ni cuma just ada skit ketidaksempurna ja like jerawat or jeragat or bintik2 hitam.Tapi biasa la kan.penyeri muka kot.hahahah

Paling x pun,apa salahnya penulis skrip tu tukaq BENCI tu ke perkataan y lbh sesuai.perkataan apa ek?hahaha.aku xtau.tpi jgn la sampai word tu macam nak plekeh dengan ciptaan tuhan kita ni.

Tapi kadang2 terhibur jugak tgk iklan kat tv skang ni.
Tapi ada jugak iklan y mcm x sesuai ja nak tyg.Sampai naik segan nak tgk klu ada mak n ayah time tu.
Patutnya pihak bertanggungjawab tapis la dlu iklan kat tv agar sesuai untuk tontonan umum =)

Friday 20 August 2010

x perlu risau :)


HOHH.banyak gila episode sinetron Cinta Kirana katAstro Ria.
Jenuh nak follow!
aku punya la dok pk mcm mna nak follow cita tu bila balik mesir nnti.
ten.ten.ten.
xperlu risau.aku dah jumpa lmn web y boleh aku follow disana nnti.
hahaha.lagha2..tu la.skali terlayan cita,mmg pyh la aku nak tinggai.
even agak bosan dengan cara drama seberang y suka buat slow motion,muzik bila terkejut tu plak asyik sama ja.
dah la tu,jln cerita lbh kurg ja.
ada watak miskin,ada kaya,ada watak cinta x terbalas,ada watak jahat nak bolot harta.
tapi aku tetap nak tgk gak.
pelik2.aku tertarik sbb Nia Ramadhani pegang watak baik kali ni.
tu mcm nak tgk.he3

Wednesday 11 August 2010

holidaysssss$

minah bunga

WAAAH...udah lama x aku coret kata2 kat blog ni.
bukan apa,busy sgt jumpa member2.aku skang kat serdang,umh kak long aku.tapi kadang2 aku p gak umh kak ngah aku kat shah alam.
ada hal y aku perlu selesaikan kat KPT,Putrajaya.so sebab tu la aku tersadai lama kat sini.
Tapi kesempatan aku dah kat sini,aku amik peluang jugak jumpa kwn2 y lain.busy2.hahaha
duit pun byk abis..mencurah2 ke ladang gandum ibaratnya.
banyak abis naik public transport la..he3
tapi aku mmh jenis x kisah,if nak jln2 mna2 naik bus or ktm or lrt.asal dpt jumpa member2.tu satu kepuasan dah bgi aku =)

bermula pengembaraan aku isnin minggu lepas.
malam tu aku drive dari KUIS ke semenyih.
selasa pagi start pnjat bukit broga.
aku terpaksa buka kasut sebab pemakaian y salah untuk mendaki bukit.hahaha
ini aku,tipah n kinah.credit tu photographer =)

Pastu hantaq balik keta sewa,tumpang bilik ainatul zuhrah kat KUIS untuk bersihkan dri,lepas tu aku ngn tipah berpecah ke destinasi masing2.
ptg tu trun klcc jumpa pipah sayang =).lepak tgk movie.
mlm tu tidoq UIA gombak,seledup masuk bilik pipah.
even badan aku sengal2 lepas pnjat bukit,aku x lpskan peluang abiskan masa dengan pipah sebaiknya=)(ayt x leh blah)
rabu tu rest smpai ptg b4 blik umh kak long aku kat serdang.kebetulan masa dok lepak dlm bilik pipah terjumpa kwn lama aku,mariam asma.makin cun kwn tu ek.he3


khamis,aku naik genting dengan kwn2 gigi.seharian aku kat ats sana.
hana,moh,aku,kak ika n yana ;)

Masa makan kat food court KL Central,aku terjumpa Laili,kwn lama skul gopeng jugak.Satu kebetulan.Aku sgt la epi sbb mmg tingin jumpa dia.He3..Beliau dah nak fly dah b4 raya ni.p US.Kawan aku sorg ni mmg bijak =).
mlm tu balik aku terus p Istana Budaya.If aku x p genting,mmg aku akan p tengok Cuci The Musical ngn kak long aku.Malangnya tiket dah abis.x dpt la aku p tgk.tapi aku kena p sana sebab tunggu kak long aku abis tgk show sbb lps tu aku nak balik umh kak long aku.Aku sampai Istana Budaya pukul 10mlm.dalam pukul 12 lebih tgh malam bru kak long aku abis tgk show tu.aku pun amik kesempatan tangkap gambaq skali dengan pelakon2 teater tu..he3..aku just tgkp pic ngn nabil n afdlin ja.sbb minat nabil =)
jumaat petang aku bertolak p Nilai.Jumpa ili najwa.Masa kat stesen KTM Nilai dok tunggu ili,terjumpa junior gopeng.Budak laki.Alamak,dah lupa nama depa.Sory dik.Hahaha.tpi kmi berteguq sapa la.Lepas tu Ad dri UiTM shah alam pulak smpai.Malam tu kami lepak Alamanda,Putrajaya.


Esok tu plak,Sabtu kmi p Seremban.Lepak sana,usha ili n ad karok siap.he3.On da way nak balik serdang,dlm KTM terjumpa ngn kik long plak.Sembang pnjg la aku.he3

Malam tu balik p alamanda ngn kak long n suami dia.Budget nak tgk movie.Tup2 p sana,movie tu x dpt ditayangkan.sbb ada rosak apa ntah,balik la kami.Tapi kak long aku bawa p Uptown kat Seksyen 24,Shah alam.Masa baru jejak kaki kat situ,jumpa dak junior gopeng gak.Laki.X tau nama jugak.tapi cam la muka.He3..kecik betoi Mesia,asyik jumpa secara x sengaja ja.

Ahad tu ingt nak rest,tpi ada member ajak p PC Fair kat KLCC.aku pun p la teman dia.Shopping sakan kot beliau.Aku just ikut ja.Mcm budak baik pun ada aku jadinya.ramainya orang xyah ckp.jalan pun asyik dok berlaga bahu ja.he3.Masa kat KLCC hari tu terserempak ngn Liya,junior gopeng aku.Epi2. =)
Isnin aku rest smpai la khamis.

Khamis tu aku p buka posa dengan hana n kak intan dkt The Curve.Makan punya la banyak.Ada la abis around RM100 lebih kat Bumbu Desa tu.Standard la mkn kat tempat mcm tu.
Lepas tu Hana hantaq aku p shah alam,umh tipah.Malam tu aku p i-city plak.Tipah jadi pemandu pelancong aku.dia tukang amik pic aku.Aku just kena posing ja.He3.So aku bersahur disana la pagi tu.Tipah layan aku baik punya.Terharu+tergaru aku.he3.
Jumaat tu buka posa kat umh tipah,lps tu kak ngah aku amik bwa p umh dia.

Sabtu,iaitu ptg semalam buka posa ngn kak ngah aku lak.Dia soh aku buat agar2 sarsi,dia buat mee sanggul.Biasa la.orang mengandung.Ngidam mcm2.Lpas ja buka posa dlm sejam lbh,abis kak ngah aku muntah2.Sian beliau.He3
Hari ni ahad.Kata kak ngah aku,abg wan a.k.a suami kak ngah aku nak wat nasi kerabu.Mkn nasi kerabu plak la aku buka posa ni.

Sepanjang aku kat sini,terawih aku just buat sendiri ja,.Tu pun just buat 8 ja.InsyaAllah balik penang ni aku nak buat sampai 20 rakaat.aminn =)