Wednesday 30 June 2010

dilema wanita



Hahaha.Ada sedikit kepoyoan disitu.Wanita la sangat aku ni.he3..saja nak bgi tajuk gempak..padahal nothing pun...hurm...

B4 paper Physiology,niat aku nak balik Mesia tetiba timbul n berkobar-kobar.Pastu berniat la lps paper Physio nak call mak ayh ckp hal ni,tapi,time dpt ja paper Physio,aku terus ubh pikiran disebabkan ketidakyakinan aku dlm menjawab exm bru2 ni.

Tapi penahkah insan bernama Farhah ni berpuas hati dengan performance nya exm kali ni?Hampir semua paper kot aku mengeluh.(Aku bukan tidak bersyukur,tpi.....)Hurm.Setiap kali rasa x boleh buat y terbaik,sure ingtan tertumpu kat mak ayh,sure sebak time tu.Tengah dok jwb exm bleh plak sebak2 ni.Tu la aku sekarang..

Ptg tdi call la mak,sbb esk mak nak p umrah ngn Pan.Pan y nak p sbb dia nak SPM thn ni..Dia kata nak beribadat depan Kaabah n minx ngn Allah,so mak perkenankan niat dia(Agak jeles disitu).hahaha.
Pastu ckp la ngn mak apa suma.Bermula lah perbualan antara anak diperantauan dan ibu kesayangan di Kampung Tersusun tercinta.Cewah..
Tapi masalahnya line tenet plak buat hal..potong feel aku ja ckp ngn mak.N aku berniat nak call lagi sebelum mak fly rini.

Akan tetapi,mlm tadi aku ada la bagi email kat ayah aku.(mmg cara aku berhubung dengan ayah melalui email,xpun call ja).Aku bagitau la kata nak balik Mesia apa semua.Cerita la pasai paper Physio apa suma siap.Cerita la pasai tukaq fikiran apa suma.Pastu tdi ayah baru ja balas.Macam biasa lah,isi kandungan dia soh aku jangan pk dah pasai paper y dah lepas.N ayah bgtau semua siblings doakan aku kat sini.
Pastu ayah cakap pulak pasai nak balik.Jeng2..poyo lagi.
Ayah cakap,mak ayah x kisah if aku nak balik..Almost welcome BUT ayah aku prefer aku join kak aku kat UK now.Hurm..Mmg aku ada niat nak join dulu,nak p umh mak sedara kat Durham.
Tapi dah terbantut jap.Hiash2...
If aku selfish, aku bleh ja p UK right after exm.Xmau dah tunggu result.
Tapi if aku p,mmg confirm aku x balik raya kat Mesia dah.
Patu bygkan if sumtg bad happen to my result,mcm x best la plak kan berjalan.
Thats mean,aku x bgi adiah sepatutnya kat mak ayh aku dengan result exm aku.Xbest la kan?

Tapi lately ni aku rindu umh.
Rindu mak ayh.
Rindu kak2 n adik2 aku.
Rindu kwn2 aku.
Rindu semua kat mesia.
Rndu katil,bilik,bau bilik aku=p
Tapi ntah la mcm mna...Pabila org len bercerita pasai balik,mula la niat nak balik tu timbul.
Adoi.(jgn byk mengeluh,xbaik )
(Ayat utk memujuk hati y lara)
Tapi bukan terok pun if aku raya kat sini kan?
If aku x balik,aku nak banyak luangkan masa ngn Anah kot di Cairo.
Nak join dia buat apa2 y patut.
Mesir ni kan banyak ilmu,just pilihan kat tangan aku.Sama ada nak or xmau cari ilmu2 tu.
Lagi pun bukan rugi pun belajaq ilmu2 mcm tu.Untuk bekalan kat sana jugak nnti =)
So,apa keputusan anda?
Tak balik ka,mesia ka or uk ka?
Hurm,penin jugak pk.
hahaha.

N/B:khamis ni adalah paper last aku.doakan ya suma...thanks =)


Saturday 26 June 2010

i don't know y



i don't know y..
lately ni aku jdi pemalas sgt.if dlu pas abis jwb soalan,i'll check da answers back..n perbetoi mna slh..
tapi now,when getting old,habit tu dah xdak..abis jwb exm,aku x check dah.
tmbh2 bila jdi pelajar universiti ni.
xtau awt malas sgt..

pastu makin tinggai sikit papers,aku mkin mls nak study,mkin payah nak lekat dlm otak.
dugaan apa ni Ya Rabb??
tu la..byk sgt wat dosa tnpa sedaq kot..
yaAllah..ampunkanlah dosa2 hamba-Mu y hina lgi alpa ini.
::((

Friday 25 June 2010

milo (:


Semalam aku dapat beberapa paket milo fuze dari Jaa..He3..suka bebenaq aku even milo tu dah expired.Tapi xdak la lma mna,dlm bulan jun gak.Aku pun menenangkan hati Jaa ckp boleh mkn agi kot pabila dia ngadu milo n megi dia dah expired.Tup2 dia bgi kat aku sikit milo tu supaya cepat abis.Hahaha..suka bukan kepalang aku.Thanks Jaa 4 da milo even dah expired =p

N/B:lagi 2 papers..iaitu physiology n biochemistry..Isnin ni plak aku kena berperang.Hope Allah kuatkan semangat aku nak berjuang ni..Aminn =)

Thursday 24 June 2010

air sejuk (:



Tahniah paah.
Hampir seminggu sudah aku mandi menggunakan air sejuk,tanpa bantuan sakhonah(water heater).He3..Plik x aku?Di musim panas yang membahang ni pun aku mndi guna air panas+sejuk.Ngada ja lebih kan??Terbawa-bawa habit ni smpai sini.Kat umah mesia dlu pun sllu ja buat keja ni.Memula mndi guna air suam, at last baru guna air pure sejuk.Nak bagi sejuk kepala skit.Tapi yang x tahan,musim panas kat sini pun aku still bleh mndi guna air suam.Panas kat mesir ni sekarang dah smpai tahap 40 lbh darjah celcius.Kluaq umah lama2 xtahan kot.Berpeluh2 abis..
Cuma seminggu kebelakangan ini,mama(isteri tuan rumah) kami x bagi buka air panas sbb apa ntah.Terpaksa la aku mndi guna air pure sejuk.Xdak la worst mna.Ok ja..Nikmat mndi pun ada skali.Hahahaa.Konklusinya,aku boleh ja x manjakan diri,tpi if ada pilihan y lbh baik,sure memanjakan dri akan terjadi diatas diriku ini =)

Tuesday 22 June 2010

semut :(


Agak x sopan disitu..Ada ka patut kelopak mata aku digigit semut.HU3..penih yang amat.Dah la area tu epidermis layer nipis.sure la rasa pedih sgt2.Tapi alhamdulillah la..Maybe Allah hntaq makhluk kecik tu kat aku nak suruh aku bgn dri tidoq kot.Kebetulan lambat plak aku bangun rini.Hahaha..(padahal selalu ja buat keja mcm ni =p)Even pedih n kelopak mata aku menggelembung,tapi aku syukur sebab semutlah aku dapat bgn dri tidoq dan teruskan perjuangan untuk study =)

Teringat tahun lepas,semut rumah ni time musim panas ni la dia bermaharajalela..Abis semua makanan aku dia buat operasi.Tahun ni pun sama,aku dah simpan dah meggi dlam peti ais,biskut,choc lgi la..Xmau aku share makanan ngn semut..hahaha =p

N/B:3 papers lagi akan ku hadapi.YaAllah,berikan aku kekuatan untuk semua ini..Aminnn

Friday 18 June 2010

lampu kalimantan


YEah.Hari ni lampu bilik aku wat hal plak.Dok main lip-lap2 plak..Macam disko dah lampu bilik aku ni.Haish23..suka tau..tahun lepas masa tgh dok busy exm gak dia wat hal..la ni pun sama..apa malang la nasib aku.Ni makin buat aku hidup merantau ni..hahaha

SIsipan:ada lgi 4 papers..hope suma dpt buat ngn baik..aminn..

Tuesday 15 June 2010

gelabah



Tdi ada oral exm histology.Group aku katanya memulakan exm pkul 10.30pgi.So dalam pukul 10 kmi memulakan perjalanan ke universiti.Sampai2 sja, group y sepatutnya buat oral pukul8 ada y x buat lgi.Aku pun budget la aku akn start oral exm lambat.Tapi xdak la rasa bengang sgt sbb aku ada masa g nak baca.Kalau datang lambat,dok kat umh bukan aku nak study pun.Lepas ja tengok aku akan ditnya oleh doctor apa,kak Intan suruh p cari bilik doctor aku tu.Aku pun dengan bersahaja p la cari bilik doctor Said tu.Aku dok jenguk2 dalam bilik,ada x muka2 budak arab y aku kenai.Sampai satu bilik ni,aku terperasan sorang budak laki arb yang aku minat,kebetulan angka giliran aku dengan dia bersebelahan.Aku buat muka cuak,tnya aku kena join dah ek??Pastu laki tu angguk ,then suruh dok sebelah dia sebab kebetulan juga tinggai lagi satu tempat kosong.Exam tu dijalankan 5 orang sekaligus.Aku adalah satu2nya pelajar melayu,dan budak laki tu adalah satu2nya laki dalam kumpulan kami..Aku dah cuak.Memang jantung berdegup kencang.
Dah la aku x sopan sgt masa tu,mana xnya, aku tengah mengunyah chew gum.Tup2,tros aku terpaksa duduk depan doctor.Masa tu aku selawat byk2,pastu pk2 nak buang mna la chew gum ni.LAst2 aku jwb smbil menyorokkan chewgum dalam mulut aku ja.Hope doc x nmpak la ketidaksopanan aku.Aku bertambah gabra lps tu.Mana x nya,mmg aku x revise langsung kot selepas semalam exm written histology,sbb aku kecewa sngt jwb exm semalam.Banyak benda aku jwb aku tertukaq dengan cell lain.Ada soalan tu tnya osteocyte,aku p bgi ciri2 osteoclast.Mmg sure2 salah.Soalan tu tnya palatine tonsil,aku p jawab lymph node.Argh2!!Sangat lah sedih semalam.Aku meroyan sorg2.Sian kak nad n jaa kena melayan aku.Hahaha.

Disebabkan sgt kecewa,aku amik keputusan xmau study,study sbjek seterusnya iaitu Anatomy.Satu sbjk y aku sngt lemah.Pagi tdi bgn lmbt,senang ckp b4 p exm ada la dlm 3 4 muka surat aku belek.Pastu x baca dah.Tup2 p sana terus disoal oleh doc.Hurm..Alhamdulillah doc tu mcm mesra alam.So kurangkan kegelisahan aku.Pastu pulak budak2 arab lain baik ja,siap tlg aku bgi jwpn lagi.
Tapi ntah la..Semalam jwb written terok.Ada ura2 ckp klu x lepas mrkah y sepatutnya utk written,markah utk practical n oral x cmpuq.Hope bukan mcm tu..hu4
Hope everything ok.Suma aku serah pada-Nya..Aminnn

N/B:Khamis ni anatomy plak.One of da killer sbjek tu.Hope suma dak gigian lepas dengan jayanya..Aminnn

Sunday 13 June 2010

exhausted :(


Argh.
I'm really exhausted today.Xtau awt.
Padahal tidoq cukup ja, 7 jam kot hri ni.
Sampai nak study pun mcm x mmpu.Siap mcm parkinson dah aku tadi.
Nak kata lapaq,selera mkn x dak plak.

Maybe otak aku penat ka??

Alahai paah,baru nak masuk 2nd paper otak dah penat???

Banyak g kot paper y aku kena hadapi.
Lagi 6 papers termasuk esk,iaitu histology.Hu3..
Bila otak penat,buat aku malas nak pk byk.

Nak sumbat masuk ilmu dalam otak lagi la malas.
Semalam time jwb exm,ada plak aku kena sindrom malas nak pk.
Bleh plak kan.Ni gara2 penat sangat kot..
Hurm,ntah laa..

Pil barakah aku dah amik.Hope dengan izin Allah,Dia bagi kekuatan kat aku utk teruskan perjuangan utk final ni.
Gudluck juga utk kwn2 gigi.Berusaha sehabis mampu ;)


P/s:Aku baru tau pasai skema nak jwb exm pagi tadi dri seorg senpai gigi.Hope paper semalam doc tengok even aku x mengikut cara2 y ditetapkan.Ameeen

Saturday 12 June 2010

mayyah??



"aiz mayyah"( nak air?)

Terus kepala aku toleh kebelakang,disebabkan meja@tempat exm aku dihadapan sekali,bersebelahan dengan meja pensyarah@doktor2.


Alahai,comelnya exam kat negara mesir ni.
Time kita dok exm ada pulak pacik mai offer kalau2 sesiapa nak air.
Tapi aku hanya melemparkan pandangan kosong ja la kat pacik tu.
Ada la dalam 2 3 kali dia masuk dewan exm aku.
Disebabkan aku dah bawa bekalan air sendiri,aku x terlayan la pacik tu.He3..
Uniknya benda ni.Ka aku ja rasa unik,padahal biasa ja bgi org lain??

#Next paper Histology,14jun ni.Doakan ya =)


Saturday 5 June 2010

Stress

Stress: Baik atau Buruk?



Alhamdulillah atas nikmat hidup yang Allah berikan. Bersyukur masih diberi peluang untuk menghirup udaramu ya Allah. Dalam kesibukan kita mengejar arus kehidupan yang sangat laju, pernahkah kita terfikir untuk berhenti? Pernahkah anda merasa
stress atau tekanan yang sangat hebat?

Pasti setiap diri pernah merasa tekanan dalam kehidupan. Ada banyak sebab kita sering tertekan. Mungkin kerana peperiksaan, masalah kewangan, masalah persahabatan, dan banyak lagi senarai masalah kita.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Pernahkah anda terfikir hikmah mengapa Allah jadikan masalah yang akhirnya memberi tekanan kepada kita? Pernahkah anda merasakan bahawa dugaan yang diterima sangat berat dan tidak tertanggung? Mari sama-sama kita teliti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:286):

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai tuhan kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau Kami tersalah. Wahai tuhan Kami ! Janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada Kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

Petikan dari surah ini menunjukkan Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-Nya. Allah menguji makhluk sesuai dengan keupayaan makhluk tersebut.

Sahabat-sahabat,

Suka untuk saya bawakan satu dimensi berbeza untuk kita melihat tekanan dan ujian yang melanda diri kita. Saya ingin kita sama-sama melihat bahawa tekanan dan ujian itu adalah hadiah dari Allah. Ya, hadiah dari-Nya. Bagaimana?

1) Tekanan yang Allah berikan boleh menjadi salah satu cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.

Sudah menjadi lumrah apabila kita berada dalam kesusahan kita akan meminta pertolongan. Tekanan sebagai salah satu masalah yang menimpa diri kita mampu membantu kita untuk
taqarrub, mengadu, mengaku kesalahan dan kelemahan diri kita. Ya, Allah ingin kita mengadu kepada-Nya. Sedarkah kita apabila kita senang, kita sering melupakan nikmat Allah, jadi tekanan ini membolehkan kita mendekati Allah dan terus mengadu kepada-Nya.



2) Tekanan adalah peluang untuk kita memperbaiki diri.

Sedarkah kita apabila kita tertekan, ia mungkin berkait dengan pengurusan diri yang kurang baik? Saya sendiri jika berhadapan dengan tugasan yang terlalu banyak akan merasa tertekan. Bila difikirkan kembali, ia mungkin berkait dengan ilmu pengurusan masa dan kerja yang kurang efektif. Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah kekurangan ini dan memperbaikinya.


3) Tekanan menjadikan kita lebih tabah dan cekal.

Biasa kita melihat ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anak dengan berjaya selepas kematian suami. Anda rasa, mengapa mereka berjaya? kerana adanya tekanan. Ya, tekanan menjadi
'driving force' atau daya penguat untuk mereka berusaha. Tekanan untuk memastikan yang terbaik diberi kepada anak-anak memungkinkan mereka terus berusaha tanpa memikirkan penat lelah.

4) Tekanan sebagai medium menguji keimanan.

Firman Allah dalam Surah Ali-Imran (3:139):

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

Lihat sahabat-sahabat sekalian, Allah memberikan motivasi langsung kepada manusia. Jangan berasa lemah dan jangan bersedih hati yang berlebihan. Kerana jika kita bersabar, melawan perasaan sedih dan setrusnya berusaha untuk bangkit, kitalah antara orang yang Allah kasihi.

5) Tekanan sebagai batu loncatan bukan sebagai batu penghalang.

Seringkali kita mendengar keluahan orang yang tertekan. Mereka merasakan bahawa masalah yang membawa kepada tekanan akan menyusahkan hidup mereka. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat tekanan sebagai pemangkin kejayaan bukan sebagai pembantut. Bagaimana? Cuba kita bayangkan, andainya kita dapat mengubah tekanan yang kita rasai kepada tenaga positif, ia sebenarnya boleh menjadi kekuatan untuk kita berjaya. Dengan kata lain, kita "menekan" diri kita untuk cuba menyiapkan kerja sebaik mungkin dan tidak mengeluh. InsyaAllah ia akan menjadi kekuatan kepada kita. Bila kita diuji lagi, kita akan terbiasa dan mampu menghadapinya dengan baik.


Motivasi Allah kepada manusia: Jangan lemah semangat dan jangan menyerah kalah!

Satu perkara yang perlu kita sedari ialah, kelahiran kita di dunia ini adalah bukti kita insan yang terpilih untuk hidup di bumi Allah. Jadi, jangan jadikan tekanan sebagai perkara yang melemahkan kita. Merayulah , mengadulah, berdoalah kepada Allah, kerana dia maha mendengar dan memakbulkan permintaan hamba-Nya. Yakinlah sahabatku setiap ujian ada hikmahnya, kita perlu bersabar untuk menyaksikannya.

Sekadar ingatan buat diri ini jua.

Wallahua'lam.

copy n pasted dri iluvislam

Friday 4 June 2010

bila kwnku berpuitis ;)



PENANTIAN

Indahnya mawar ingin ku miliki,
Kan ku simpan di sudut hatiku ini,
Ayu wajahmu ingin ku miliki,
Untukku jadikan penyeri sepi

Telahku luahkan isi ati ku ini,
Kepada si dia yang ku cintai,
Namun ku berdiri sebelah kaki,
Bila cintaku dibuang ke tepi

Bagaikan hari tanpa mentari,
Semua hidupan menyembah ke bumi,
Kini hidupku sepi sendiri,
Mengharap curahan kasih yang tak pasti

Perlukah aku dekatinya lagi,
Mawar yang indah tapi berduri,
Mungkin jua akan ku miliki,
Jika ku cantas batang yang berduri

Namun diriku tak sekejam cemeti,
Melibas pesalah tanpa hati,
Jika itu ketentuan ilahi,
Harus ku terima takdir ku ini


Selepas hujan muncul si pelangi,
Terbias oleh sinaran mentari,
Linangan air mataku mungin terhenti,
Jika aku temu hikmahnya ini

Jauhku pergi membawa diri,
Menaiki bahtera mengelilingi bumi,
Inginku ceriakan hidupku kembali,
Dengan apa yang telah terjadi

Jika nafasku tergantung disini,
Penantianku ini belum terhenti,
Indah mawarmu tetap dihati,
Sampai kesyurga ku kan menanti



Ni adalah hasil karya slh sorg kwn rpt aku..not bad la kan??jiwang gak mamat ni..bru aku tau! Hurm,klu dia asah bkt dia,aku rasa nnti leh jdi pemuitis terkenal paa...hahaha...

p?s:sorry terkutuk anda! ;)