Monday 20 September 2010

Tips Tidur Selesa Anda




Perbaiki tidur malam anda! Berikut adalah perkara-perkara yang patut anda cuba dan peka demi mendapat tidur malam yang lebih baik! Jangan tidur siang hari. Jika anda sukar untuk tidur di malam hari, cuba untuk tidak tidur di waktu siang – tidur siang akan mengganggu keadaan kebiasaan badan dan akan menyebabkan kesukaran yang lebih untuk tidur di waktu malam. Jika terlalu letih, dan keadaan mengantuk yang terlalu berat dan tidak boleh dielak, maka tidur sekejap sahaja di waktu siang (kurang dari 30 minit). Ini boleh dilakukan pada awal waktu siang.
Hadkan pengambilan caffeine dan alcohol. Elakkan pengambilan bahan-bahan ini beberapa jam sebelum tidur malam. Walaupun ia boleh menenangkan, ia juga bertindak mengganggu corak tidur normal anda!Jangan merokok. Ia mengandungi nikotina yang akan menyukarkan tidur anda.
Dedahkan diri anda kepada cahaya matahari atau cahaya yang terang sebaik sahaja anda bangun tidur. Ini bagi melatih badan anda supaya menerima keadaan gelap sebagai tidur, dan terang sebagai bangun. Bersenam di awal pagi. Ambil masa selama 20 – 30 minit untuk bersenam setiap hari, dan pastikan anda melakukannya di pagi atau di petang hari sahaja. Jangan lakukan sebelum tidur.
Periksa kandungan besi di dalam darah anda di klinik atau hospital. Kandungan besi yang kurang akan menyukarkan tidur anda.
::just copy n paste::

No comments: